Keunggulan Pedagogi - Menangani Krisis dan Konflik
(Panduan Psikologi Menangani Masalah Pelajar dan Pendidik)
Usahasama: Nik Zafri dan Tetty Henney Zulkifli
© 2000 - Kajian ini telah diambil daripada banyak sumber dan telah diolah kembali dengan mengambilkira faktor-faktor semasa termasuk pengalaman sidang pengarang. Sebarang penyalinan/aplikasi kembali harta intelek ini dalam apa juga bentuk tanpa kebenaran daripada sidang pengarang adalah salah disisi undang-undang.
1.0 MENANGANI KRISIS
Apabila perancangan dan teknik mempengaruhi tingkahlaku pendidik gagal untuk menangani kenakalan pelajar, pendidik perlu mewujudkan pelan pengurusan krisis yang terdiri daripada:-
- Takrif khusus "krisis"
- Strategi pencegahan
- Prosedur yang melibatkan kerjasama berpasukan
- Corak melaporkan krisis atau sesuatu insiden
- Log atau folder pelajar
- Sistem kakitangan sokongan
Suatu krisis biasanya terdiri daripada 5 fasa yang khusus dan mudah dikenali. Mengenalpasti tanda-tanda krisis akan membantu pendidik atau lain-lain kakitangan untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan.
1. Fasa Trigger
Sesuatu perlakuan yang muncul atau menyebabkan tekanan fisikal dan mental. Ini menyebabkan pelajar tidak memberikan maklumbalas, berdiam diri, berwajah masam dan tidak menjawab walaupun ditanya guru beberapa kali. Cara menanganinya ialah pendidik perlu memberikan sokongan dengan bercakap dengan pelajar secara lemah lembut. Cuba tarik perhatian pelajar dengan jenaka ringkas, atau mungkin mengajak pelajar melihat pemandangan sekeliling.
- Fasa Semarak
- Fasa Meletup (Blow-Up)
Pelajar menunjukkan tanda-tanda tekanan (distress) Tandanya dapat dilihat apabila otot-otot dilihat menegang, ketinggian suara atau bercakap dengan laju, tidak boleh duduk diam diatas kerusi, pandangan tidak tetap kadangkala kekiri dan kekanan, tapak tangan menggosok muka atau lain-lain gesture. Ini disebabkan oleh darah yang mengalir dengan pantas daripada otak ke bahagian otot yang menyebabkan berlakunya tekanan. Pendidik perlu memberikan ruang untuk pelajar merehatkan diri sejenak atau mungkin cuba mengajak pelajar-pelajar bangun dan bersenam/riadah ringkas.
Pelajar gagal mengawal kata-kata dan tindakan fisikal. Anjakan ke bawah (downshifting) akan berlaku dan adrenalin mula mengepam (dan akan berlaku selama 30 minit), dan pelajar menjadi agresif secara tiba-tiba serta gagal memproses atau sintesis maklumat. Keupayaan untuk memproses bahasa secara lisan atau tulisan termasuk mengenali corak juga akan mengalami kegagalan. Ketika ini, pelajar berpotensi bertindak tidak rasional, merbahaya dan destruktif. Pendidik perlu memastikan keselamatan dirinya, pelajar berkenaan dan pelajar-pelajar lain semasa krisis. Cuba memujuk dengan suara yang lemah lembut, jangan ada sebarang provokasi, stimuli, dan sasaran samada daripada pendidik atau pelajar-pelajar lain. Asingkan pelajar lain seberapa segera dan cuba berundur untuk meminta bantuan kakitangan lain jika gagal.
- Fasa Stabil dan Recovery
Walaupun pelajar mula tenang tetapi tekanan masih ada dalam dirinya dan jika beliau terasa "diancam" dengan provokasi; walaupun secara lemah-lembut; akan menyebabkan ia "meletup" kembali. Nafasnya juga pendek dan warna wajahnya akan berubah menjadi tenang dan otot akan menurun. Pendidik perlu bertenang dan cuba bantu menenangkan pelajar. Jangan mengugut dengan denda atau hukuman dan lain-lain tekanan. Tunjukkan keprihatinan terhadap pelajar berkenaan.
5. Selepas Krisis/Depresi
Dalam fasa terakhir, apabila kimia badan menurun ketahap normal, pelajar mungkin penat, mengantuk atau tidak berapa berminat melibatkan diri dalam aktiviti selanjutnya. Ada juga pelajar yang seperti "terlupa" dengan apa yang telah berlaku dan cuba untuk mengelakkan sebarang perbincangan atau memberi pandangan berbentuk sinis mengenai insiden berkenaan. Rasa malu yang berlebihan, merasa dipandang rendah oleh rakan-rakan dan sebagainya akan menyebabkan tindakan pelajar kembali agresif. Jika perlu, pelajar berkenaan harus diberikan cuti.
Cuba berbincang kembali dengan pelajar bermasalah secara bersendirian dan pelajar-pelajar lain secara berasingan. Bincangkan apa yang berlaku dan apakah reaksi jika ianya berlaku lagi. Insiden berkenaan perlu direkodkan untuk mencari tindakan pembetulan dan pencegahan secara proaktif dan reaktif.
2.0 MENANGANI KONFLIK
Pelajar bergantung kepada pendidiknya sebagai "orang dewasa" sebagai role-model atau contoh. Pendidik perlu mengawal suara, body language dan kata-kata yang dikeluarkan. Emosi pendidik dibayangkan menerusi suara dan gerak badan.
Suara Rendah, Terkawal dan Terhormat
pitch: sentiasa bertukar tetapi tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah/perlahan. Terlalu tinggi boleh menyebabkan elemen hilang kawalan dan jika terlalu rendah/perlahan - mungkin menyebabkan keletihan atau mengantuk.
resonan: dari dada ke kepala
irama: gabungan pitch dan resonan serta "kemas"
suara: bernafas seperti biasa, steady dan mudah didengari.
kelajuan: normal, jika terlalu laju akan menyebabkan kebosanan.
Gerak Badan secara Minima dan Dimana Perlu
gerakan: perlahan dan tidak panik atau membayangkan jiwa bermasalah.
Kedudukan/jarak dengan pelajar: lebih kurang 3 kaki, tidak terlalu dekat "muka dan muka", tidak terlalu "mengerumuni" dan sebagainya.
Tahap-mata: sentiasa memandang terus kepada mata pelajar-pelajar secara rawak.
Memek muka: ceria dan tersenyum - bukan ketawa terbahak-bahak.
Postur yang rileks: tangan tidak digenggam, kaki/sendi yang rileks dan lain-lain. Kurangkan menunjuk dengan jari telunjuk. Cuba gunakan nama pelajar dan angguk serta senyum sedikit selepas pelajar bangun untuk menjawab.
Penggunaan Perkataan
- Gunakan nama pelajar
- Berinteraksi kurang dari seminit semasa sesi tanya jawab.
- Terikat kepada apa yang sedang dipelajari dan tidak terlalu terbawa-bawa kepada apa yang tidak berkaitan dengan pelajaran atau contoh yang sepatutnya berkaitan dengan topik dibawa-bawa kepada sub-topik yang tidak penting kepada topik yang sedang dipelajari.
- Elakkan sindiran terlalu sinis atau terbuka terhadap pelajar bermasalah.
Membuat Permintaan/Memberikan Arahan
- Membuat permintaan/arahan secara bersopan - jangan menggunakan soalan - hanya satu permintaan/arahan pada setiap masa - memberikan panduan untuk pelajar membuat dan bukannya yang tidak boleh dibuat - gunakan perkataan "tolong" atau "please" pada arahan permintaan pertama.
- Berikan 5-10 saat pelajar untuk memberikan maklumbalas - jangan mendesak
- Jika jawapannya positif, jelaskan rasional disebalik permintaaan/arahan berkenaan secara ringkas supaya pelajar memahami dan ikhlas melakukannya kerana ingin membantu gurunya dan bukannya kerana dipaksa.
- Ucapkan terima kasih dan tunjukkan penghargaan pendidik dengan senyuman atau tidak keterlaluan jika membelanja pelajar di kantin/kafeteria.
No comments:
Post a Comment