I value the professional insights of the Malaysian Medical Association and other voices, suggesting that making the Covid-19 booster mandatory should be reconsidered, except for individuals at high risk. This recommendation comes despite the recent rise in infections, as many cases exhibit mild symptoms that could potentially recover through adequate rest and medication.
Masih teringat beberapa kisah tragis yang membabitkan saudara-mara dan rakan-rakan saya semasa PKP pada mana-mana fasa - yang :
a) ramai juga saudara-mara dan kawan-kawan saya yang meninggal tidak lama selepas mengambil vaksin atau booster walaupun telah menjalani saringan dan didapati sihat sebelum pengambilan,
b) kakitangan kerajaan - termasuk kes seorang guru yang cacat penglihatan telah diasingkan ke dalam stor kerana tidak mengambil vaksin. Malah, ada guru yang tidak mengambil vaksin diarah untuk membawa makanan sendiri dan tidak dibenarkan ke kafeteria atau kantin (banyak lagi kes yang melibatkan guru-guru)
c) ada juga kakitangan kerajaan yang digantung kerja, diberi amaran keras atau dibuang kerja - juga kerana tidak mengambil vaksin.
Setakat ini, guru-guru dan kakitangan-kakitangan kerajaan berkenaan masih sihat dan masih hidup.
d) ada yang hampir membunuh diri dan ada juga yang telah membunuh diri disebabkan tidak ada bantuan, tidak ada wang dan kehilangan punca pendapatan.
e) mereka di sektor swasta adalah golongan yang paling teruk dilanda masalah semasa PKP.
Tuntutan penjelasan malah gantirugi telah dilakukan oleh banyak pihak tetapi tidak mendapat jawapan yang jelas. Apa yang jelas, terdapat kes yang mirip kepada penganiayaan semasa PKP pada semua peringkat berlaku.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan beranggapan ini adalah takdir.
Tetapi kita perlu ingat, betapa parahnya nasib sebahagian besar rakyat yang mungkin terasa mereka teraniaya. Malah kerajaan ketika itu telah menghabiskan banyak wang berbelanja untuk membeli vaksin malah untuk mengadakan aplikasi MySejahtera.
Sehingga sekarang, masih belum wujud vaksin buatan Malaysia jauh sekali dengan "antedote" Covid-19 di mana-mana negara di dunia.
Ini bukan soal pro vaksin atau anti vaksin atau teori konspirasi, tetapi ramai yang telah lupa kisah-kisah tragis ini yang menyebabkan rakyat mengalami stres yang amat hebat - malah berlakunya kes bunuh diri seperti dalam faktor (d) di atas.
Ada yang akan beranggapan; dalam keadaan ekonomi yang belum stabil; sudah pasti lebih banyak duit akan dibelanjakan ke atas "booster" ditambah pula dengan trauma yang dialami semasa PKP akan kembali sekiranya kerajaan berhasrat untuk melaksanaka PKP.
Apa yang sepatutnya dilakukan ialah tindakan pencegahan dan pengesanan yang lebih bersistem. Individu boleh la memakai pelitup muka di tempat-tempat kunjungan dan berkumpulnya orang ramai serta menggunakan sanitizer.
Jika boleh, janganlah memaksa rakyat menggunakan aplikasi MySejahtera untuk memastikan "warna diraja" muncul di skrin, barulah dibenarkan masuk ke restoran atau kedai dsb. Elakkanlah mengadakan semula Perintah Kawalan Pergerakan kerana ianya akan meninggalkan kesan.. Cukuplah dengan mengambil suhu dan atau menggunakan kit ujian kendiri.
Langkah-langkah ini contohnya memakai pelitup muka di kawasan awam atau menggunakan sanitizer - bukanlah hanya untuk mengurangkan impak Covid 19 sahaja tetapi juga gejala-gejala lain yang berjangkit.