ISU TELUR
Sebagai pelan jangka pendek, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengenal pasti beberapa sumber dari luar untuk menampung keperluan bekalan dalam negara dengan kadar segera bagi memastikan keterjaminan telur ayam di pasaran.
Masalah sekarang seperti yang disentuh oleh YAB PM baru-baru ini ialah menangani masalah kartel terlebih dahulu - yang telah lama menguasai pasaran dan "supply chain" - termasuk pasaraya, pembekal malah penternakan ayam itu sendiri.
Kartel ini sangat berpengaruh - mampu "mengugut" kerajaan - bagaikan gengster, mampu menjadikan kes sorok besar-besaran malah mampu memindahkan bekalan telur (Gred C) dari stor pasaraya supaya rak-rak telur hanya meletakkan telur yang gred tinggi termasuk Omega. Ini semua berlaku kerana kurangnya ketegasan penguatkuasaan KPDNHEP.
Jika sumber luar seperti yang disebut itu berjaya dimasukkan ke pasaraya, tidak mustahil akan berlaku banyak sabotaj, contohnya kes kekurangan bekalan gula dulu, saya lihat banyak gula telah ditebuk supaya bocor di pasaraya-pasaraya yang saya lawati.
Tidak mustahil kalau ada pihak yang memecahkan telur-telur ini atau menukarnya dengan telur yang sudah rosak kerana kawalan keselamatan di pasaraya kadang-kadang amat longgar.
Kita kena berfikir di luar kotak, jika kartel berjaya dimusnahkan monopoli mereka, saya sebagai rakyat akan rasa lebih aman kerana saya tahu kos/harga telur akan dapat dikurangkan.
Seperkara lagi kes bekalan ayam, ini perlu diberikan perhatian serius. Kos makanan/dedak sangatlah mahal kerana kita mengimpot sesetengah bahan dari negara luar, sekurang-kurangnya ladang-ladang jagung perlu diperbanyakkan kerana jagung juga boleh menjadi sebahagian dari makanan ayam.
https://nikzafri.blogspot.com/2022/07/krisis-ayam-bila-akan-berakhir-nota.html
ISU MONOPOLI
Saya bersetuju dengan pandangan beberapa rakan di Facebook bahawa penguasaan beras oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bukan satu isu kerana harga beras masih terkawal (RM13.00 atau RM12.95) untuk beras 5kg gred rendah dan ramai lagi yang mampu membeli beras.
(walaupun atas sebab-sebab yang agak tidak munasabah, kita masih mengimpot beras dari negara jiran walaupun pesawah padi di beberapa negeri telah mampu menanam padi grednya sama. Ada yang menyebut harga beras impot negara jiran lebih murah dan kualiti tinggi tetapi masalahnya duit kita mengalir keluar. Saya lebih rela membeli dengan syarikat tempatan kerana saya tahu duit yang saya belanjakan akan menjadi pendapatan negara dan bukan milik negara jiran dan harga beras juga dapat dikurangkan) Sekiranya "monopoli" beras dipecahkan, saya bimbang kalau harga beras akan melambung tinggi sehingga harga siling contohnya RM14.50 - RM15.00 utk 5kg beras gred rendah. Sememangnya monopoli perlu ditangani, tetapi ada lagi isu-isu yang lebih penting iaitu a) Pada zaman salah seorang PM dulu, ada syarikat (kroni) yang mendapat "Central Contract" (kontrak berpusat) untuk pelbagai perkakasan ODM/OEM jentera/komputer - yang TIDAK sepatutnya berlaku. Walaupun syarikat berkenaan cuba mengadakan VDP, namun, ianya gagal kerana sistem itu menjadi terlalu mahal untuk dilaksanakan. Walau apapun konsep "Central Contract" ini MESTILAH DIHAPUSKAN. (Isu yang sama pernah saya sebut pada pasca PRU-14) (tidak mahulah saya menyebut beberapa syarikat lagi dalam industri seperti makanan yang ada hubungan kekeluargaan dengan PM berkenaan b) Pada zaman seorang lagi PM, ada syarikat yang menguasai bahan-bahan penting dalam binaan (contohnya konkrit, besi dsb) dan semua kontraktor (kroni) yang dipilih WAJIB membeli bahan-bahan berkenaan dengan mereka untuk satu projek yang bernilai puluhan billion ringgit. Ini juga satu bentuk MONOPOLI yang wajib Kerajaan hapuskan. (Isu ini juga pernah saya sebut pada pasca PRU-14) (tidak mahulah saya menyebut siapa pemonopoli dan juga kontraktor-kontraktor berkenaan kerana kami dalam sektor pembinaan mengenali siapa kontraktor berwibawa/berpengalaman atau kontraktor "bidang terjun" yang "membeli syarikat yang mempunyai lesen G7 serta bertaraf bumiputera dengan pengetahuan sesetengah pegawai 2 agensi tanpa melalui proses yang betul") Remember, Good Governance is extremely important and Good Governance involve TRANSPARENCY!
ISU SEMASA PASCA PEMBENTUKAN KABINET 2022
----------------------