Dalam sektor pembinaan, klien memerlukan setiap projek disudahkan berasaskan elemen-elemen berikut :
* masa dan belanjawan yang ditetapkan,
* tanpa sebarang kerosakan,
* efisien
* spesifikasi yang ditetapkan,
* selamat dan berkualiti,
* dibekalkan oleh sebuah syarikat/kontraktor yang berwibawa (dari segi kewangan dan pengurusan)
Klien yang telah mempunyai track record dengan kontraktor yang sama mengharapkan pengurangan dalam kos dan masa projek.
Tujuan adanya Indeks Prestasi Utama (KPI/IPU) adalah untuk memastikan satu bentuk ukuran diwujudkan ke atas prestasi projek dan kontraktor yang menjalankan operasi pembinaan. Maklumat ini akan digunakan sebagai tandaras yang akan menjadi komponen utama sesebuah organisasi bagi mencapai konsep amalan terbaik.
Klien biasanya akan menilai kesesuaian kontraktor dengan sesebuah projek yang dijalankan dengan meminta kontraktor supaya membekalkan maklumat bagaimana mereka dapat menunjukkan prestasi mengikut petunjuk-petunjuk yang telah ditetapkan oleh klien.
Sesetengan maklumat ini boleh didapati daripada kontraktor yang telah pun menjalankan inisiatif penandarasan atau objektif organisasi yang telah diukur dan lain-lain. Maklumat ini akan menentukan kekuatan dan kelemahan sesebuah organisasi/kontraktor dan rancangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka secara berterusan.
IPU/KPI untuk sektor pembinaan perlu mengambilkira elemen-elemen seperti, masa, kos, kualiti, kepuasan klien, pindaan kerja yang dilakukan oleh klien, prestasi perniagaan dan keselamatan kerja.
Terdapat pelbagai petunjuk yang digunakan bagi tujuan analisa samada di peringkat projek atau di peringkat organisasi/kontraktor itu sendiri. Sebelum mendefinisikan IPU/KPI, 5 peringkat utama perlu dikenalpasi iaitu :
* Kesanggupan untuk melabur oleh klien di mana syarat dan keperluan perniagaan serta rekabentuk konsep akan bermula,
* Kesanggupan untuk membina bila masa klien telah mengarahkan pasukan projek memulakan operasi,
* Sediada untuk digunakan apabila projek telah disiapkan dan persediaan untuk menggunakannya telah diatur,
* Tempoh Liabiliti Kerosakan di mana kontraktor perlu memperbaik sebarang kerosakan sehingga tempoh ini tamat,
* Kelupusan Jangkahayat Projek – apabila apa yang dibina telah sedia untuk digunakan oleh pengguna.
Sebelum memulakan aktiviti IPU/KPI, jenis projek dan cara ianya dijalankan perlu diambilkira umpamanya ‘Rekabentuk dan Bina’ (D & B), Turnkey, ‘Kejuruteraan, Pembelian, Pembinaan dan Commissioning (EPCC), Inisiatif Pembiayaan Projek (PFI/IPP), Konvensional dan lain-lain.
Antara petunjuk-petunjuk yang biasa digunakan (IPU/KPI untuk sektor pembinaan) pula ialah:
* Masa – Tempoh pembinaan, tempoh ramalan – rekabentuk dan pembinaan, penukaran spesifikasi yang dijangka/tidak dijangka oleh kedua-dua klien/kontraktor dan tempoh membaikpulih kerosakan.
* Kos – kos pembinaan, kos ramalan – rekabentuk dan pembinaan, kos penukaran spesifikasi yang dijangka/tidak dijangka oleh kedua-dua klien/kontraktor, kos membaikpulih kerosakan dan kos semasa.
* Kualiti – kerosakan mengikut tret/kategori/lokasi dan sebagainya – sebelum, semasa dan selepas tempoh pembinaan, isu kualiti secara proaktif dan reaktif,
* Kepuasan Pelanggan – sebelum (pra-tender/kontrak), semasa (operasi/tempoh kontrak/projek) dan selepas (DLP/CPC/CMGD/CF)
* Penukaran Spesifikasi/Kerja (deviation/amendment) – oleh klien dan kontraktor,
* Prestasi Perniagaan – Keuntungan, produktiviti, pulangan modal kerja, pulangan & ratio tambah nilai (value-added), faedah, pulangan pelaburan (ROI), ramalan keuntungan projek, pesanan ulangan (repeat order) dari klien yang sama, baki kewangan dan tempoh capaian akaun penutup (final accounts)
* Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan – Kemalangan, kematian dan kecederaan (accident/incident) yang dilaporkan (termasuk elemen aktuari jika perlu), dan kemalangan/kematian/kecederaan yang melibatkan kerugian tempoh (loss-time injury/accident/incident – LTI)
Nota : Elemen dan petunjuk sebagaimana yang dipaparkan di atas (faktor a. – g.) adalah panduan pengarang semata-mata dan perlu disesuaikan mengikut jenis projek yang dijalankan. Kadangkala tidak kesemua elemen atau petunjuk adalah bersesuaian.
Klien dan kontraktor (termasuk perunding projek – pelbagai tret) perlu mengambilkira elemen/objektif/petunjuk yang dipilih mengikut prioriti/keutamaan pada masa perancangan IPU dimulakan dan jenis peralatan (seperti QCC/MP) yang sesuai.
No comments:
Post a Comment