Petikan dari satu forum tertutup. ("Pok Nik" - salah satu gelaran yang diberikan kepada saya)
Assalamualaikum Poknik,
Saya ada berbincang dengan kawan-kawan berkaitan perniagaan dan keusahawanan, rata-rata bersetuju yang menceburi bidang keusahawanan akan memberi pulangan pendapatan yang baik. Masalahnya, saya dapati ramai kawan-kawan saya ini memberi respon yang mereka ini telah salah "timimg" masuk industri, contoh industri ICT yang terlalu ramai usahawan (players) berbanding peluang kerja yang ada, industri pertanian yang berkembang menyebabkan harga semasa turun dsb.
Persoalan saya:
1. Bagaimanakah cara untuk memastikan yang usahawan itu memasuki pasaran yang diingini pada masa dan tempat yang betul (right time right place)
2. Apakah strategi yang boleh dilaksanakan jika industri yang telah diceburi semakin tepu (dengan andaian tiada peluang dalam industri lain, sukar untuk beralih ke industri lain)
3. Berdasarkan pengalaman Poknik, bagaimanakah pola perubahan dalam sesebuah industri yang bermula dengan fasa permulaan, fasa pertumbuhan, fasa kematangan dan fasa penurunan? Dan bagaimana strategi perniagaan yang boleh diaplikasikan dalam setiap fasa tersebut?
4. Minta pandangan Poknik terhadap peluang dan ancaman jika melibatkan diri dalam bidang pengurusan kebun sawit iaitu, katakan saya bercadang untuk menyewa kebun sawit yang dah berumur 10 tahun untuk tempoh 10 tahun lagi.
Pandangan Poknik dalam perkara diatas saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Jawapan
Wslm
Terima kasih di atas pertanyaan berkenaan.
Sebenarnya semua jenis perniagaan dan keusahawanan dapat memberikan pulangan yang baik jika kena dengan caranya.
Bidang ICT dan pertanian juga adalah dua bidang yang kalau diusahakan dengan kaedah/pendekatan yang tepat, ianya masih dapat menjana pendapatan yang tinggi.
Pendapat saudara mengenai salah 'masa' itu tidak timbul jika kita telah membuat kajian yang mendalam ke atas satu-satu jenis perniagaan. Contohnya ICT, jika dibuat kajian, yang paling digemari ramai sekarang ini adalah yang mempunyai unsur 'skim cepat kaya'. ICT itu sendiri adalah satu bidang yang sangat luas. Jika kita lihat dari konteks pembangunan perisian yang disesuaikan dengan kehendak industri maka dengan sendirinya terdapat banyak peluang pembiayaan dan geran akan mudah didapati.
Sebenarnya, pengurusan kurang memuaskan sesuatu perniagaan itu masih saya kaitkan dengan ilmu - kekurangan ilmu, pengalaman dan ketrampilan adalah penyebab utama kejatuhan mana-mana perniagaan sekali pun.
Kekurangan ilmu ini juga penyebab utama kemasukan dalam pasaran hanya berdasarkan pada trend semasa...kalau 'A' memasuki sesuatu perniagaan, maka 'B' juga akan terlibat sama.
Masa dan berita juga memainkan peranan, contohnya, jika kita ingin menceburi bidang pembinaan, kita perlu meneliti perkembangan umpamanya, harga barang-barang binaan besi semakin meningkat (contohnya) dan ketika itu tidak ada satu harga siling yang ditetapkan, maka kita tidak digalakkan sama sekali untuk menceburi bidang pembinaan.
Tentang strategi tu, berbalik kepada asas penerangan Pok Nik, sejauh manakah kita ini mempunyai ilmu dan maklumat yang terkini kepada kita? Dan adakah kita pandai menilai sumber maklumat berkenaan? Adakah ianya perlu ditapis? Adakah ianya hanya satu 'rumour' semata-mata? Perkara ini perlu ada dalam diri seorang usahawan sejati.
Masalah kita ialah kita tidak mahu melabur dalam mendapatkan ilmu - contohnya jika sesuatu kursus/persidangan yang bertaraf antarabangsa, mungkin kita tidak ceburi kerana harganya mahal bagi kita, walhal kita memerlukan ilmu berkenaan.
Secara ringkasnya, pola perubahan berkaitan dengan suasana ekonomi itu sendiri. Kadang-kadang jurang antara fasa tidak begitu ketara kerana faktor 'sustainability' (kesinambungan).
Cuma ramai yang salah faham, bila berlaku 'fluctuation' di antara fasa ke fasa, mereka beranggapan ianya adalah tanda kejatuhan. Jadilah 'panik' dalam pasaran tak pasal-pasal.
Sebenarnya ianya adalah 'market correction'. (jika 'average gap' tak besar le) Faktor ini mungkin disebabkan oleh Keluaran Negara Kasar tetapi 'growth' berlaku secara konstan (Hodrick-Presscott - HP) walaupun terdapat 'naik turun (fluctuations) - input yang perlu kita perhati dan pertimbangkan ialah :
a) pasaran buruh,
b) produktiviti,
c) cara organisasi menggunakan modal atau tenaga kerja,
d) Stok Modal (capital stock)
e) Nilai mesin
f) Bangunan
g) lain-lain peralatan/mesin yang membantu organisasi mengeluarkan barangan mereka.
Perniagaan kelapa sawit adalah satu perniagaan yang berpotensi tinggi.
Dari segi ekonomi, rantau ASEAN adalah salah satu daripada rantau yang dapat mencapai pertumbuhan yang pesat di dunia dengan iklim pelaburan yang paling menggalakkan di mana lebih 70% minyak kelapa sawit dikeluarkan. Kekayaan sumber asli ini akan terus menjadi penggerak kepada pertumbuhan yang berterusan bagi rantau ini dalam dekad yang akan datang. Pengeluaran minyak kelapa sawit akan terus meningkat, walaupun pada kadar yang lebih rendah dari yang telah dicapai sebelum ini memandangkan tanah yang sesuai untuk pertanian semakin berkurangan.
Kini teknologi baru telah mula diperkenalkan antara lain ialah untuk menjimatkan tenaga buruh dan Pok Nik pasti, dalam 1 dekad akan datang, teknologi akan menjadi lebih matang.
Itu belum lagi Pok Nik sentuh kepada produk-produk sawit - yang masih ada dan masih dikehendaki dalam pasaran setakat ini.
Sekian, wassalam