Saya teruja melihat usaha Kerajaan Malaysia Baharu begitu gigih ingin menjalankan satu bentuk reformasi yang amat besar terhadap kabinet dan seluruh warga Kementerian.
Seorang sahabat intelek meminta saya mencadangkan wujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan - dan saya juga bersetuju dengan cadangannya itu. Saya harap Kerajaan telah mengambilkira apa yang bakal saya tuliskan dalam ruangan yang agak terhad ini
Kementerian Pembangunan Usahawan pada awalnya di tahun 90an hasil idea Tun Dr. Mahathir - telah diwujudkan untuk tujuan pembangunan usahawan Bumiputera. Pelbagai program yang baik telah dirancang dan dilakukan umpamanya sistem vendor, francais, payung dan sebagainya khusus untuk membangunkan usahawan dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat maju.
Pembiayaan dari agensi-agensi yang dilantik di samping institusi perbankan dan kewangan juga amat menggalakkan. Tidak dinafikan Kementerian Pembangunan Usahawan boleh
dikatakan amat berjaya ketika itu.
Namun, dari tahun 2004, Kementerian ini telah ditukar namanya menjadi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MECD).
Walaupun agensi ini masih tetap dengan agenda pembangunan usahawan bumiputera, namun terlalu banyak agensi, intitusi perbankan dan kewangan telah di "parkir" di bawah Kementerian ini.
Antara lain Bank Rakyat, Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad, Maktab Kerjasama Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tekun Nasional, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB)
Akibat dari terlalu banyak agensi yang terlibat, banyak tindanan-tindanan kuasa, tugas dan tanggungjawab telah berlaku. Malah MECD sebelum diserap ke MITI, ianya kelihatan seperti bermasalah apabila terdapat banyak aduan yang timbul antara lain ialah ramai usahawan bumiputera yang "viable" dengan projek yang "feasible" GAGAL mendapat pembiayaan kewangan walaupun terdapat banyak agensi dan institusi perbankan dan kewangan di bawah MECD.
Selain itu, terdapat masalah perlanggaran "harta intelek" juga berlaku, di mana ramai usahawan yang mendakwa bahawa kertas kerja/cadangan mereka telah "ditiru dan diubah" oleh usahawan-usahawan lain yang telah mendapat pembiayaan berkenaan.
Banyak lagi kes-kes lain yang berlaku menyebabkan keyakinan usahawan bumiputera sudah mula pudar terhadap "MECD" dan "MARA".
Tidak menghairankan jika terdengar usahawan bumiputera berkata : "MARA tidak lagi mampu membantu" atau "banyak bayaran belum dijelaskan untuk latihan, perundingan, produk yang dibangunkan dan lain-lain..malah bayaran itupun hangus sampai sekarang".
Ada juga dakwaan yang menyatakan MECD pernah menjadi "front" kepada MITI (kebetulan mantan pemimpinnya pernah menerajui KPUN) untuk menjadi "kilang permit/AP". Dengan adanya TPPA pula, usahawan bumiputera semakin lama semakin hilang dari radar dan terpaksa berlindung di bawah MLM malah terperangkap pula dengan Skim Cepat Kaya.
(masih teringat sindiran sinis seorang sahabat bila menyebut mengenai KPUN dan MARA, komennya "oh itu 'Kementerian Kelantan', itu agensi "Kelantan)
Akhirnya, mungkin kerana masalah-masalah yang timbul, Kementerian ini terpaksa ditutup dan diserap ke dalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan lain-lain Kementerian seperti Kementerian Kemajuan Luar bandar dan Wilayah.
Kini bibit-bibit dan tinggalan "MECD" masih kelihatan walaupun diterajui oleh MITI. Namun, seminar-seminar, persidangan-persidangan dan pameran yang bertaraf antarabangsa yang sering diadakan sepertinya tidak membawa apa-apa kesan terutamanya kepada usahawan kecil. Sesetengahnya masih kelihatan berniaga di bangunan MARA, di Chow Kit dll kini banyak menggunakan modal sendiri. GST dan kos pengeluaran dalam "Supply Chain" amatlah tinggi sekali. Bagi ubat-ubatan (tradisional terutamanya) pula, terlalu banyak persijilan dan pengiktirafan yang diperlukan, GMP, HACCP, Halal, KK, SIRIM dsb.
Itu belum lagi dicampur kos Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) yang sukar mendapatkan geran. Sedikit sebanyak telah menjadikan industri ubat-ubatan (tradisional) yang ingin diusahakan oleh usahawan kecil bumiputera telah GAGAL SEBELUM menembusi pasaran terutamanya jarang kelihatan di rak-rak farmasi terkenal.
Malah dengan tiadanya SALAH SATU dari persijilan/pengiktirafan yang disebutkan di atas, pengusaha kecil bumiputera mungkin menghadapi risiko diserbu dan ditangkap malah diaibkan media kerana digambarkan seolah-olah mereka berniaga "cara haram" walhal ianya cara yang "halal".
Kita selalu sibuk memperkatakan mengenai warisan tetapi kita lupa, kitalah juga yang memusnahkan warisan berkenaan. Lebih baik kita cari herba semulajadi di dalam hutan dan bancuh sendiri untuk minum. Nak harapkan berniaga terlalu banyak pula "songe" nya. Malah "daun ketum" yang pernah dicadangkan untuk diusahakan cara yang betul oleh sebuah IPTA juga telah ditolak mentah-mentah kerana bimbang pemain-pemain industri farmasi akan menentang. Jadi, jangan salahkan usahawan bumiputera dan jangan menuduh mereka MALAS.
MARA juga masih didakwa menghadapi masalah dalam pembiayaan pendidikan mungkin disebabkan oleh pengurusan kewangan yang perlukan penambahbaikan kerana pembiayaan banyak ditumpukan kepada projek-projek yang kebanyakannya telah gagal atau lambat mendapat pulangan. Kerugian besar terpaksa ditanggung oleh MARA. Alasan yang sering diberikan ialah "terlalu ramai pelajar", "ekonomi agak lembab" dan sebagainya.
Malah apabila ada "anggota MARA" menjadi ahli Lembaga Pengarah sesebuah syarikat/projek (yang tidak sepatutnya berlaku) yang mendapat/perlukan bantuan, apabila syarikat itu gagal beroperasi mengikut lunas perundangan, tidak telus, tiada unsur urustadbir korporat dsb, "anggota MARA" boleh pula berlepas tangan malah membiarkan syarikat ini gagal tanpa sebarang tindakan diambil. Setelah mendapat pembiayaan, projek/produk tidak berjalan dan syarikat ditutup?
Pada saya, CIDB perlu berada di bawah Kementerian Kerja Raya atau Kementerian Kewangan kerana ianya lebih kepada pembangunan industri pembinaan. Tetapi CIDB juga dilihat sebagai banyak tindanan kepada JKKP, Institusi Professional seperti IEM, BEM, Kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan, badan persijilan dll
Begitu juga dengan Perbadanan Kemajuan Ekonomi negeri dan apa-apa yang berkaitan dengan Koperasi. Koperasi juga dilihat sudah kurang menyumbang untuk ekonomi negara. Malah terdapat kes-kes penipuan yang tidak dilaporkan berlaku di banyak agensi-agensi ini.
Walaupun demikian Kementerian ini jika diwujudkan kembali di masa-masa hadapan masih boleh melakukan program usahasama dengan CIDB, Koperasi, LPKP dll.
Banyak lagi yang boleh saya perkatakan di sini umpamanya MOU yang telah banyak ditandatangani tetapi tidak dilaksanakan kerana alasan "kekurangan bajet".
Apakah pula nasib dengan persatuan-persatuan/institusi-institusi professional yang ditubuhkan seperti Persatuan Francais Malaysia yang berusaha untuk menaikkan sistem francais bumiputera di Malaysia namun telah mula menjadi hambar.(sekadar menyebut satu contoh..kerana banyak lagi persatuan-persatuan/NGO yang tumbuh bagai cendawan tetapi kini sudah menjadi agak beku aktivitinya disebabkan dilihat sebagai "tindanan")
Saya ingin cadangkan kepada Kerajaan Malaysia mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan (tanpa "koperasi") Lakukan satu audit "due diligence" dan analisa risiko secara keseluruhan terhadap semua agensi dan institusi perbankan/kewangan yang pernah berada dalam kementerian ini. Kenalpasti apa yang sebenarnya telah berlaku?
Banyak agensi perlu diletakkan kembali kepada yang asal dan selayaknya. Dicadangkan institusi perbankan/kewangan seperti Bank Rakyat dan Bank Pembangunan & Infrastruktur Malaysia Berhad dipisahkan dari mana-mana kementerian kerana mereka sepatutnya menjadi "independent" dan tidak dilihat seperti "dikawal" oleh kementerian tertentu kecuali yang bersabit dengan peraturan seperti Akta BAFIA, Akta Penggubalan Wang Haram, Kementerian Kewangan dan juga Bank Negara/Suruhanjaya Sekuriti. (CGC juga boleh memainkan peranan dalam memberi jaminan untuk pembiayaan bank-bank ini khusus untuk bumiputera yang berpotensi tetapi masih bertatih)
Koperasi pula dicadangkan berada di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Kementerian Dalam Negeri atau mungkin Kementerian Kewangan kerana ahli-ahlinya perlu dijaga kebajikan dan pelaburan mereka. Pulihkan kembali imej koperasi di Malaysia. Begitulah juga dengan yang lain.
Ini hanyalah cadangan saya dan rakan saya, bergantunglah bagaimana ianya distrukturkan oleh Kerajaan Malaysia, yang penting, ianya perlu diwujudkan dan diberikan nafas baru segera!! Pada saya kementerian inilah harapan usahawan-usahawan kecil bumiputera untuk maju ke hadapan.
Pendekata Kementerian ini memerlukan penstrukturan kembali supaya dapat mengembalikan keyakinan usahawan bumiputera terhadapnya.
DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU
KEMBALIKAN MARUAH INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU
Mengembalikan maruah Institusi Raja-Raja Melayu
Ini merupakan harapan saya yang terbesar terhadap Kerajaan baru. Institusi Raja-Raja Melayu termasuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah dilindungi secara eksklusif oleh Perlembagaan, Undang-Undang Tubuh Negeri, Agama dan Adat Istiadat.
Tetapi tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat suara-suara sumbang yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sistem beraja menggunakan kaedah provokasi dan mengeluarkan kata-kata biadap terhadap Raja-Raja Melayu menerusi media sosial dsb.
Lebih menyedihkan, ianya datang daripada golongan Melayu yang beragama Islam sendiri. Malah terdapat "bisikan-bisikan" yang jahat ini datang daripada segelintir manusia dari beberapa parti-parti siasah yang mendakwa mereka adalah pejuang raja, bangsa dan tanahair.
Malah, senario politik terdahulu dilihat seolah-olah kembali ke zaman Residen yang kononnya menasihati Raja-Raja Melayu tetapi secara sedar dan tidak sedar, Residen telah mengikis kuasa Raja-Raja Melayu di samping memegang kuasa "veto".
Alhamdulillah, walaupun ada percubaan seperti catatan hitam sejarah, kerajaan baru akan memastikan bahawa kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara.
Fakta sejarah juga sedikit sebanyak diubah untuk memburukkan imej Raja-Raja Melayu walhal kisah sebenar, dalam diam-diam tanpa diketahui penjajah, merekalah yang menjadi pencetus kepada bangkitnya semangat perjuangan pahlawan-pahlawan kita tidak kira menggunakan keris, tombak mahupun tentera yang menggunakan senapang, meriam dsb.
Fakta sejarah sebenar ini penting kerana Raja-Raja Melayu banyak difitnah menerusi sejarah yang mendakwa mereka menjual negara dan kononnya tunduk kepada penjajah - walhal banyak kisah Raja-Raja Melayu turun sendiri ke gelanggang perang contohnya Sultan Ahmad Tajuddin Kedah. Dan bagaimana kasihnya raja kepada rakyatnya dan tidak mahu rakyatnya terkorban disebabkan kezaliman.
Pada saya secara peribadi, perbuatan cuba memalukan Raja-Raja Melayu ini adalah satu perbuatan yang amat tidak boleh kita ambil ringan.
Saya cadangkan supaya :
1) Kerajaan dapat mendidik rakyat jelata (TANPA mengira kaum) mengenai Perlembagaan (contohnya Perkara 38) dan kenapa perlunya kesetiaan kepada Raja dalam Rukun Negara, apakah dia Mesyuarat Durbar, apakah peranan Majlis Perajaan, apakah signifikannya (kerana saya rasa, ramai lagi generasi muda yang semakin jauh dengan sejarah Raja-Raja)
DYMM Sultan Nazrin Shah pernah menyuarakan kebimbangan terhadap kecenderungan rakyat negara ini yang semakin hilang sifat tolak ansur menyebabkan wujud pemisahan masyarakat mengikut etnik dan agama di mana terdapat kumpulan masyarakat yang tidak senang hati terhadap layanan istimewa manakala kumpulan lain melihat layanan istimewa itu hak yang tidak boleh dipersoalkan (Utusan Malaysia 2007)
2) Kerajaan perlu mengkaji semula sejarah kerana terdapat fakta sejarah yagn mungkin telah diubah oleh penjajah dan ejen-ejennya, contohnya dikatakan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong adalah berdasarkan Perakuan Suruhanjaya Reid dan tentangan terhadap Malayan Union.
Walhal jika disingkap kisah sebenar, terdapat konflik mengenai konsep Raja kepada Raja-Raja ini kerana konsep ini telah ada di zaman Sultan Muzaffar 1 (Maharaja Durbar II Raja Phra Ong Mahawanser, Raja Kalaha yang ke-9 (1136 Masihi/531 Hijrah) di mana baginda dianggap sebagai Raja kepada Raja-Raja di Nusantara (Kedah Lama) dengan Islam sebagai agama Rasmi oleh Sayyid Syeikh Abdullah Al-Qumairy - JAUH lebih dahulu daripada perakuan Suruhanjaya Reid.
3) Kerajaan perlu mempromosikan konsep "ulama-umara" iaitu Ulama yang ahli dalam babnya adalah penasihat kerohanian/keagamaan/hukum (usul/fiqh/tauhid/tasauf) kepada Raja-Raja Melayu,
4) Kerajaan perlu mempromosikan konsep "raja dan rakyat berpisah tiada",
5) Kerajaan perlu menjelaskan apakah hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dan apa pula peranan kerajaan dalam membantu menegakkan sistem monarki.
6) Kerajaan perlu bertindak TEGAS mereka yang "mengutuk" dan "menghina" Raja-Raja Melayu dalam apa juga media cetak atau sosial,
Saya juga berpendapat, Raja-Raja Melayu atau wakil diraja (jika baginda gering/uzur) supaya lebih mencemar duli "turun ke lapangan/padang" untuk mendekati rakyat serta memudahkan urusan/protokol bagi sesiapa yang ingin mengadap atau mengutuskan surat kepada mereka. (Majlis Adat Istiadat atau Bahagian Protokol/Etika Istana perlu membuat lebih banyak pendedahan kepada ramai rakyat jelata mengenai perkara ini)
Sememangnya telah terdapat Raja-Raja Melayu atau wakil diraja kelihatan turun bertemu rakyat tetapi rasa, mungkin ianya boleh ditingkatkan lagi.
Ini sudah menjadi perkara biasa bagi kerabat-kerabat Di Raja yang bergaul mesra dengan orang ramai sehingga tidak terlihat langsung perbedaan taraf.
Saya pasti rakyat akan sangat teruja melihat Raja-Raja Melayu atau wakil diraja merendah diri untuk mengetahui secara langsung perkembangan rakyat mereka.
DIRGAHAYU TUANKU, DAULAT TUANKU
(15)
Ex-AG released a very good statement something like this : "Less talk, work hard"
I think he was responding to some VIPs coming out with "too much" statements which could affect the pending investigation.
Mr. VIP, please refrain yourself from making more statements about "what has transpired in the past", just keep them to yourself for now and reveal them only to the investigation committee.
You're not the only one who has "suffered" in the past, there are MANY MORE out there. (including me of course)
When you're being appointed to an important position, the new Government ALREADY KNOW your "past dreadful story"..there is NO need for you to rephrase it to the general public.
So...Don't get too "excited"...
Be professional.
(16)