Artikel ini merupakan promosi kepada bengkel 'Hi-Impact' yang bakal saya adakan berdasarkan pengalaman mengadakan bengkel yang sama di banyak syarikat. Kandungan artikel ini tidak bermaksud untuk diaplikasikan kerana ianya perlu diselaras dan disesuaikan dengan jenis industri, perilaku organisasi, sistem yang dibangunkan dll.
Sudah banyak pihak samada individu mahupun kolektif telah berjaya bukan sahaja menguruskan syarikat dengan baik malah berjaya dalam membangunkan diri sendiri.
Sila hubungi nikzafri@yahoo.com atau mengisi borang pertanyaan 'Enquiry/RFQ' sebagaimana dalam blog ini.
Dari
kajian rambang saya, kegagalan usahawan dalam perniagaan
mengikut skala masing-masing (dari IKS sehingga syarikat yang besar)
adalah disebabkan perkara-perkara berikut (Professional dan Peribadi)
:
Tiada
pengalaman bekerja
dengan organisasi-organisasi yang telah berjaya sebaliknya terus
memasuki bidang perniagaan,
Berpengalaman
kerja tetapi organisasi-organisasi
yang tidak mematuhi kehendak undang-undang
serta tidak layak dijadikan sebagai pengalaman contoh,
Takut
untuk bekerja dengan syarikat-syarikat multinasional, GLC dan
antarabangsa kerana kekangan bahasa, pengetahuan teknikal, kelayakan
yang terlalu tinggi dsb.
Kesukaran
mendapatkan pembiayaan
kerana tanggapan
syarat yang sangat ketat yang ditetapkan oleh pihak perbankan,
kewangan mahupun agensi-agensi kerajaan sendiri,
Cara
pemasaran
yang tidak strategik
– samada dari segi kajian, periklanan, penjenamaan, kehendak
pasaran, persaingan yang tidak sihat/monopoli dsb.
Pengurusan
aset
dan harta yang salah,
Perancangan
yang tidak lengkap
dari segi pembelian, perakaunan, kewangan, pelaburan
Pengurusan
sumber manusia yang tidak mengikut undang-undang
dan panduan,
Pengurusan
tertinggi tidak memberikan sokongan
moral dan material terhadap kakitangan,
Latihan
dan Pembangunan, pendidikan dan kemahiran tidak dipentingkan,
Sistem
Dokumentasi dan Rekod tidak teratur
atau tidak ada dalam organisasi,
Operasi
yang tidak sistematik dan berkaedah
– pertemuan dan mesyuarat yang tidak mengikut prosedur, pengurusan
logistik yang tidak berkesan, kurang pemantauan dan pemeriksaan,
kesalahan dan kerosakan tidak diendahkan, aduan pelanggan tidak
diperbetulkan, dll
Tiada
usaha peningkatan berterusan, gagal memasuki pasaran kebangsaan dan
global dsb.
Tiada
pesanan semula, disenaraihitamkan
dsb.
Penipuan
jenayah
kolar putih
disebabkan ketidakstabilan dan memanipulasi sistem kerja yang lemah.
Termenung tidak akan
menyelesaikan masalah,
tindakan perlu diambil
Apa
yang dipaparkan di atas adalah tip
of an iceberg
sahaja. Sebenarnya, sebab-sebab yang lebih intrinsik dan mikro
contohnya sebab-sebab tekanan di rumah dan tempat kerja yang
menyebabkan masalah yang lebih besar berlaku.
Modul
yang pernah dan bakal saya perkenalkan ini ini adalah berkonsepkan ‘hi-impact’,
satu cara motivasi diri yang diterapkan dengan unsur-unsur
professionalisma diharapkan dapat meminimakan permasalahan yang
sering timbul dalam organisasi.
Modul ‘Hi-Impact’ semakin
mendapat tempat di Malaysia terutamanya sektor-sektor korporat kerana
keberkesanannya. Modul ini boleh dijalankan secara dwi-bahasa iaitu
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sesuai dijadikan
sebagai program motivasi dan pembinaan pasukan – outbound
dan inbound
serta boleh diringkaskan dalam masa 1 hari atau diperincikan sehingga
5 hari.
Selaras
dengan itu, mana-mana pihak menjadi nadi utama untuk membangunkan secara
seimbang untuk pekerjaan berpendapatan tinggi, pemilikan syarikat
besar dan dalam sektor-sektor pertumbuhan tinggi ekonomi, maka
pengenalan modul ini disasarkan ‘kena pada tempatnya’ agar
komplimentari dengan modul-modul pengurusan dan kewangan yang
sediada.
Sasaran
modul ini adalah kepada syarikat-syarikat kecil dan industri kecil
dan sederhana kerana sektor ini amat penting menjadi tiang utama
kepada syarikat gergasi bumiputera dalam usaha menjadi pembekal,
sab-kontraktor, vendor dan francaisi yang lebih bermutu tinggi.
Kejayaan tidak datang bergolek,
carilah jalan kejayaan
BAB
PERTAMA – PENINGKATAN
Peningkatan
diri
Keluarga
Persekitaran
Rakan-Rakan
Sejawat
Kumpulan
yang lebih besar/Organisasi
Masyarakat
Daerah
Negeri
Negara
DUNIA!
Keterangan
:
Peningkatan
faktor diri sendiri, keluarga dan persekitaran amatlah penting kerana
ianya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap peningkatan diri,
rakan-rakan sejawat dan persekitaran organisasi itu sendiri.
Tanpa
ada sebarang persediaan mental di rumah, maka persediaan mental untuk
melakukan kerja akan pasti terganggu. Senario ini menjadi pencetus
perasaan seperti tidak ada apa-apa perubahan/perbezaan yang boleh
dilakukan apatah lagi ke peringkat lebih besar termasuk dunia. Hidup
peribadi dan professional dirasakan sebagai stereotaip.
Bab
ini akan cuba mencungkil dilema yang dihadapi dan memberikan
penyelesaian-penyelesaian yang konkrit untuk memaksimakan potensi di
tempat kerja bagi memastikan terdapat jalan keluar dari sebarang
permasalahan yang timbul.
Moto
: Jika kita tidak dapat menjaga yang urusan yang kecil, bagaimana
untuk menjaga urusan yang lebih besar
BAB
KEDUA – MELAKUKAN PERUBAHAN
Apakah
yang boleh individu lakukan untuk membuat perubahan di dunia yang
didiaminya?
Apakah
sumbangan individu bagi merealisasikan perubahan tersebut?
a) Memberikan derma
kepada mereka yang memerlukan
b) Membuka peluang kerja
c) Menyertai kumpulan
sukarela/membuat kerja secara sukarela
d) Menjadi sumber
inspirasi kepada orang lain
e) Membuat kajian
terhadap penawar/vaksin terhadap sesuatu wabak atau penyakit.
Keterangan
:
Modul
ini ialah untuk membentuk jiwa individu bagi mengenali tanggungjawab
sosial korporat ke atas persekitarannya bertujuan mendidik jiwa untuk
bukan melakukan sesuatu kerja hanya untuk gaji dan keuntungan
semata-mata.
Bagi
melakukan sesuatu perubahan, seseorang individu harus melakukan
sesuatu yang jarang dilakukannya contohnya memberikan derma semasa
diri sendiri masih kekurangan. Ini akan menggalakkan lagi individu
itu bekerja lebih keras bagi demi kebaikan dirinya dan organisasinya
serta masyarakat yang memerlukan bantuannya.
Moto
: Jika kita tiada masa, maka 'cipta' masa!
BAB
KETIGA – MERANCANG
Rancang
secara teratur – mewujud, melihat kembali dan menambahbaik program
kerja, pelan produk dan perkhidmatan, tandaras, KPI/KRA, Wawasan,
Misi, Objektif, Sasaran, Dasar dsb.
Sumber
– mewujud, melihat kembali dan menambahbaik sistem belanjawan,
sumber manusia, mesin dan peralatan, ICT dan suasana kerja yang
kondusif.
Keterangan
:
Perancangan
sememangnya mudah disebut tetapi amat rumit unuk dilakukan.
Banyak
perancangan walaupun mempunyai sistem berasaskan ISO 9000 sekali pun
masih gagal menunjukkan hasil yang dirancang oleh sesebuah
organisasi.
Modul
ini akan mengenalpasti samada sesebuah organisasi itu melaksanakan
sistem pengurusan hanya berdasarkan trend, kerana meniru organisasi
lain, kerana terpaksa melakukan dsb.
Moto
: Gagal untuk merancang dan merancang untuk gagal
BAB
KEEMPAT – BEKERJA DENGAN BIJAK DAN BEKERJA LEBIH KERAS
a)
Mencuba perkara baru
b)
Mempelajari perkara baru
c)
Tingkatkan penjenamaan
d)
Tingkatkan pembangunan perniagaan
e)
Peka akan persekitaran
f)
Memasuki pasaran
g)
Mengambil beberapa langkah ke hadapan
Keterangan
:
Modul
ini disasarkan kepada organisasi yang hanya kekal dengan satu jenis
perniagaan sahaja dan enggan untuk 'diversify'.
Tidaklah menjadi sasaran modul ini untuk menyaran sesuatu organisasi
itu untuk meninggalkan jenis perniagaan yang telah berjaya tetapi
untuk melabur dalam perniagaan baru bagi memaksimakan keuntungan.
Moto
: Tidak boleh berpuashati dengan apa yang ada, teruskan perjalanan
BAB
KELIMA – ANTARA INOVASI DAN CIPTAAN
a)
Ciptaan berbeza dengan Inovasi
b)
Ciptaan adalah sains dan inovasi adalah teknologi,
c)
Ciptaan perlukan inovasi
d)
Inovasi perlukan ciptaan
e)
Inovasi terhadap ciptaan yang sediada dipanggil “Ciptaan Baru”
f)
Mencipta inovasi baru juga dipanggil “Ciptaan Baru”
Keterangan :
Modul
ini bertujuan membentuk jiwa inovatif dalam setiap individu agar
dapat memberikan idea-idea yang bernas.
Ianya
juga menyasarkan agar individu lebih banyak melakukan kajian dan
penyelidikan yang komprehensif terhadap sesuatu idea baru di samping
belajar bekerja dalam satu kumpulan.
Moto
: Inovasi dan Ciptaan adalah perkara yang sama, hanya pendapat yang
membezakannya.
BAB
KEENAM – PENAMBAHBAIKAN
a) Mengurangkan kadar
kerosakan dan kesalahan dalam operasi sesuatu produk
atau
perkhidmatan,
b) Akademik (Belajar dan
Membaca) dan Kompetan (Praktikal dan Berdasarkan
Pengalaman) –
Kedua-duanya diperlukan
c) Latihan dan
Periklanan – Resipi kejayaan utama organisasi
d) Tidak merasakan diri
sudah mahir kerana akan ada yang lebih mahir, sentiasa
memberikan
pertandingan yang sihat.
e) Jangan terlalu lama
berada pada zon yang selesa,
f) Mencabar dan mencari
kelemahan dasar yang ada kini bagi memastikan ianya
lebih menepati
dengan skop kerja/perkhidmatan/produk yang dibekalkan
g) Sentiasa melangkaui
kehendak pelanggan
Keterangan :
Modul
ini bertujuan mengurangkan trend kerja secara ala-kadar (mediocrity) dan
memastikan segala kehendak dan spesifikasi dalaman dan luaran
sentiasa difahami, dilaksanakan dan dilangkaui.
Modul
ini juga untuk memastikan setiap kajian yang dilakukan akan dianalisa
bagi mendapatkan langkah-langkah penambahbaikan yang lebih konkrit
bagi memastikan kekerapan perulangan kesalahan yang sama dapat
diminimakan.
Moto
: Organisasi tidak mahu dikenali atau dijenamakan sebagai sebagai ‘selalu buat silap’ dalam apa
juga kerja yang dilakukan atau perkhidmatan/produk yang dibekalkan kepada pelanggan
BAB
KETUJUH – MASA HADAPAN
Modul
ini adalah modul yang agak bebas dalam ‘Hi-Impact’ bertujuan
mendidik individu dan organisasi membuat ramalan dan jangkaan yang
tepat serta meminimakan risiko.
Moto
: Yang lalu tidak boleh diubah lagi, yang akan datang yang perlu
difikirkan.