PENGENALAN KEPADA FOREXTentu ramai yang sudah mengenali apa itu FOREX dan mungkin ramai dari anda telah menyertai perdagangan ini.
Namun, apa yang saya cuba paparkan hari ini ialah asas-asas dalam FOREX yang ramai masih belum ketahui. Kita juga ada
FOREX Islam , sistem hibah, tidak bertempoh, tiada rollover dsb.
Namun apa yang saya tuliskan ini hanyalah untuk pengetahuan semata-mata.
Ada di antara kandungan ini memerlukan rujukan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu contohnya
spot trading, opsyen binari dsb. Begitu juga jika ada elemen
penggubahan wang haram - perlu mendapat nasihat pihak berkuasa.
Terdapat 5 perkara penting untuk memahami Forex.
1.
Analisa Asas – merupakan proses analisa pasaran berdasarkan persekitaran dan data makroekonomi berkaitan dengan matawang yang diniagakan.
Saya sering mengingatkan; berdasarkan pengalaman; rakan-rakan supaya mempunyai pengetahuan dalam perancangan kewangan dan unjuran supaya kita memahami apa itu OPR, mesyuarat perbankan dan keputusan/hasilnya, perkembangan industri secara global, politik, aspek atau berita makroekonomi malah cuaca atau laporan bencana alam dsb.
Contohnya: pada masakini E-Coli sedang melanda Jerman dan Eropah, pasaran akan suram disebabkan jangkaan, spekulasi dan sentimen – dengan sendirinya akan memberikan kesan kepada matawang Euro hasil dari sikap berhati-hati dalam mengimpot buah-buahan dan sayur-sayuran oleh negara luar.Jadi, analisa asas dengan mengambilkira keseluruhan faktor ini akan memberikan pelabur satu pandangan yang lebih holistik yang akan mempengaruhi keputusan kita.
Ingat, kadang-kadang berita baik belum tentu tiada muslihat. Kajilah betul-betul terlebih dahulu.
2.
Analisa Teknikal – proses analisa pasaran berdasarkan angka data pasaran, pelbagai carta, petunjuk mudah dan kompleks, jumlah pembelian dan permintaan, data pasaran lampau dll. Analisa ini ialah untuk mengaitkan data teknikal yang akan datang dan yang telah lalu bagi membuat agakan yang tepat.
3.
Pengurusan/Strategi Kewngan – walaupun anda mempunyai kepakaran dalam mengunjurkan perlakuan pasaran tukaran matawang, tanpa satu strategi pengurusan kewangan, anda mungkin akan terkandas dalam dagangan.
Bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan kewangan akan mampu mengadakan stail dan sasaran dagangan yang tersendiri.
4.
Kawalan EmosiKawalan emosi juga penting kerana kadangkala kita boleh menjadi tamak dan tidak berhati-hati dan hasilnya akan merugikan kita sendiri. Antara tips yang boleh saya berikan ialah :
a) jangan terlalu ghairah semasa melihat keuntungan sebaliknya pastikan anda mengikut sasaran asal,
b) terlebih dagangan
c) tiada disiplin dan keyakinan diri
dan yang paling merbahaya ialah mengikuti cakap orang lain secara membabi-buta tanpa membuat kajian dan memikirkan risiko.
5.
Alat untuk berdagang - Trend terkini menunjukkan ramai pedagang yang memilih secara talian untuk berdagang kerana maklumat secara langsung dan mudah diperolehi. Namun begitu, maklumat yang diperolehi kadangkala tidak tepat sekadar khabar angin sahaja. Pastikan anda :
a) memilih syarikat di talian adalah nama yang dikenali umum,
b) maklumat secara langsung (real time)
c) menjalankan arahan anda cepat dan tepat
d) Tidak terlalu banyak komisen diambil
e) mempunyai sistem sokongan yang mudah digunakan bagi pengeluaran dan deposit.
Saya menggalakkan anda menggunakan
FX Open dan buka akaun demo atau simulasi terlebih dahulu sebelum anda menyertai dagangan FOREX
Nota berikut : Bagi yang tidak memahami apa itu Opsyen Binari.
Contoh : Opsyen Binari Forex
Contohnya - USD Yen kini bernilai 92.265. Untuk memastikan USD menjadi lebih kuat di sebabkan
KNK yang memberangsangkan dan anda memilih untuk tidak memantau akaun marjin secara harian. Sistem dagangan binari opsyen akan menggunakan kontrak USD100.00
Jam 11.15 pagi, anda membeli opsyen binari 'call' ke atas USD/Yen yang didagangkan pada harga spot 92.265 setiap dollar. Kontrak akan tamat pada tengahari dan pembayaran yield adalah 62%.
Selepas tamat tempoh, sekiranya harga spot ialah 93.000, anda akan mendapat USD162.00
Nota :
Sample Forecast 29 June, 2011
The EURUSD attempted to push lower yesterday, bottomed at 1.4236 but further bearish pressure was rejected and whipsawed to the upside, topped at 1.4396 and hold above 1.4320 after market reacted positively on Greece budget plan approval. Overall price is still in a consolidation phase inside the triangle formation but the fact that price broke above 1.4320 change my intraday bias to bullish especially if price able to make a clear break above 1.4400 and the minor trend line resistance (blue) testing 1.4441 – 1.4500 and the upper line of the triangle. On the downside, another move back below 1.4320 could lead us to neutral zone in nearest term testing 1.4250/30 region and give another chance for downside attempt retesting the lower line of the triangle but as long as price moves inside the triangle my h4 /daily chart outlook remains unclear. (FX Open)---------------------------------
READ MORE SHORT NOTE :
COMMODITY PRICE CORRELATION TO OIL, GOLD AND CURRENCY - BY NIK ZAFRI WHAT'S DRIVING GOLD?--------------------------------
TEKNIK FIBONACI (petikan artikel Nik Zafri (menggunakan nickname Pok Nik) dari forum Pengurusan dan Teknologi)
Peringkat pengesanan kembali (Fibonacci Retracement) adalah: 0.382, 0.500, 0.618 — 3 peringkat pengesanan yang paling utama digunakan untuk menyokong (support) dan bertahan (resistance)
Peringkat Pemanjangan (extension) ialah 0.618, 1.000 dan 1.618 – 3 peringkat pemanjangan yang digunakan bagi pengambilan untung.
Jadi apakah yang kita pelajari ialah bagaimana menggunakan peralatan Fibonacci bagi menterjemahkan hasil yang kita lihat pada skrin
Yang perlu diketahui sebelum menggunakan kaedah ini ialah :
a. Adakah suasana trend kenaikan (uptrend) atau trend penurunan (downtrend)
b. Hayunan (swing) paling tinggi atau paling rendah (poin A,B)
dan meneruskan mengikut trend.
Klik pada peralatan Fibonacci yang anda gunakan.
Di sini kita lihat trend kenaikan. A adalah hayunan (swing) terendah, B ialah hayunan tertinggi. Jadi kita menjangka akan membeli beberapa lot pada harga terendah untuk kita naik bersama-sama dengan trend.
Klik A dan bawa ‘cursor’ ke B. Anda akan melihat garisan-garisan berbeza terbit pada carta.
Garisan-garisan ini dipanggil “Pengesanan Semula” (Retracement) dan “Pemanjangan” (Extension)
Jadi kita kini dapat mengagak bahawa harga akan ‘mengesan semula’ (retrace) iaitu turun dari poin B ke “poin C” kemudian meneruskan arah mengikut trend.
3 garisan titik - 0.618, 0.500, 0.382 pada gambarajah seterusnya menunjukkan 3 pengesanan semua di mana kita akan dapat menjangka harta akan melakukan pusingan ‘U’ dan naik semua. Ketika inilah kita akan meletakkan pesanan “BELI” (BUY)
Suasana terbaik ialah membeli pada harga paling rendah – 0.618 – poin C tetapi 0.500 juga peringkat terbaik untuk membeli.
Harga telah mencapai poin terendah 0.618 dan melakukan pusingan ‘U’
Apabila kita telah membeli pada C, kita perlu meletakkan sasaran. Gunakan peringkat ‘extension’ – 0.618, 1.000, 1.618) Paling biasa ialah 0.618 dan kerana sasaran kita ialah apabila harga menunjukkan potensi yang baik untuk mencapai 1.000 atau 1.618 level.
Gunakan tempoh pemanjangan 0.618 sebagai sasaran keuntungan dan poin D sebagai poin pengambilan keuntungan.
Peringatan : penerangan ini menunjukkan peringkat pemanjangan (extension) pada 0.618, 1.000, 1.618 – pengiraannya berdasarkan poin B iaitu ‘extension’ 0% . Ada ‘trader’ memulakan pengiraan dari poin A dan jarak antara A & B menjadi 100% dari pergerakan harga. Jadi pergerakan seterusnya ialah 1xxx.x%. Jika dimulakan dari poin A maka poin D adalah peringkat ‘extension’ atau 161.8% pergerakan harga.
--------------------
Petikan artikel Nik Zafri menggunakan nickname Pok Nik- petikan dari forum PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI.
PAIRING (pemasangan)
Semua pasangan matawang adalah berkaitan antara satu dengan yang lain dalam blok perdagangan. Jika kita berdagang CHF against JPY – ianya menjadi CHF/JPY. Pemasangan yang paling terkenal ialah USD, JPY, EUR, GBP, CAD, AUD dan CHF
Cara pemasangan yang terkenal masakini ialah EUR/USD, USD/JPY, USD/CHF, USD/CAD, NZD/USD dan GBP/USD
Pasangan Komoditi pula mewakili blok perdagangan komiditi yang terbesar seperti padi, bijirin, minyak mentah, bahan galian/mentah bernilai dll. Pasangan komiditi ialah USD/CAD, AUD/USD dan NZD/USD. Pasangan komoditi memerlukan apa yang saya maksudkan sebagai Analisa Asas (Fundamental Analysis) iaitu kepekaan kita dalam menerima maklumat seluruh dunia, cara memproses maklumat berkenaan dan cara menggunakan maklumat berkenaan dalam dagangan kita.
Matawang silang (cross) pula tidaklah termasuk USD. Sebelum berlaku silangan matawang, individu yang ingin menukar wang dengan lain-lain matawang perlu menukarnya terlebih dahulu dengan USD dan menukarnya pula dengan lain-lain matawang yang dikehendaki. Contohnya seseorang di Eropah boleh menukar matawangnya ke JPY dengan membuat rujukan kepada kadar EUR/JPY.
Yang paling terkenal dalam matawang silang ini ialah EUR/GBP, EUR/JPY dan EUR/CHF – di mana harga akan diasaskan dari pergerakan 'pasangan' (terutama yang 'major'(utama) lain dan kadangkala boleh menjadi suasana ketidaktentuan. Jika anda ingin memilih 'pasangan dagang' ara ini, pastikan anda tidak memilih USD.
Korelasi
Korelasi matawang dapat diukur ke tahap di mana satu pasangan matawang 'meniru' (mimicking) pergerakan pasangan matawang lain. Jika dua pasangan bergerak pada arah yang sama, maka ini dinamakan korelasi positif. Jika dua pasangan bergerak dalam bentuk berlawanan maka ianya dipanggil korelari terbalik (inverse correlation)
Pedagang perlu berhati-hati melihat kolerasi yang disebutkan kerana jika tidak menghiraukannya, maka kita akan terlalu mendedahkan (overexpose) akaun dagangan kita. Contohnya, memasuki EUR/USD dan NZD/USD dalam tempoh terlalu lama – bermakna akan telah memasuki 2 dagangan pendek (short trades) ke atas UDS. Tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan tetapi perlu berhati-hati atas 'double exposure'.
Suasana Ketidaktentuan dan 'range' dagangan
Sikap berhati-hati dalam 'range' dagangan ke atas pasangan amatlah penting kerana sikap ini akan membantu kita dalam menentukan tahap kerugian (di mana patut kita berhenti) dan di mana kita boleh mengambil untung. Bagi mereka yang melihat pergerakan yang besar, mungkin anda berminat untuk mendagangkan GPB/USD kerana ianya dapat mencapai pukulrata lebih 200 pip sehari. Namun jika anda tiada pengalaman, gunakan pasangan EUR/USD dan EUR/GBP.
Sila ambil perhatian bahawa tidak semua pasangan matawang mempunyai nilai pip yang sama. Contohnya satu pip bergerak atas EUR/GBP boleh bermaksud lebih wang dibandingkan dengan pergerakan GBP/JPY.
Hedging
Hedging merupakan satu strategi untuk 'offset'kan pendedahan yang menyebabkan potensi kerugian. Contohnya memasuki dagangan EUR/JPY terlalu lama dan pada masa yang sama dagangan pendek (tempoh) CHF/JPY – bermakna hedging melawan (against) pergerakan JPY.
Cara hedging ini kadangkala tertakluk kepada undang-undang kerana sesetengah negara tidak membenarkan dagangan bertempoh panjang dan pendek menggunakan akaun dagangan yang sama. Walaubagaimanapun pelabur boleh menggunakan sab-akaun untuk memasuki dagangan berlawanan (opposing trade) ke atas pasangan yang sama atau membuka dagangan berlawanan dengan pasangan yang mempunyai korelasi inverse.
Kecairan
Sesetengah pasangan mempunyai kecairan yang tinggi kerana pasangan ini mewakili saiz ekonomi yang berbeza contohnya EUR/USD.
Sebagai poin mula, kita perlu melihat 8 pasangan utama EUR/USD, GBP/USD, USDJPY dll untuk memilih pasangan matawang yang ingin didagangkan. Lebih kecairan akan menyebabkan lebih 'tight spread', lebih mudah dijangka dan dagangan yang lebih efisien.
Spread
Kecairan memberi kesan ke atas 'spread'. Dalam keadaan tertentu pasangan matawang mempunyai spread di bawah satu pip – contohnya EUR/USD dan EUR/GBP – ini bergantung ke atas broker anda.
Tempoh Dagangan
Peratusan yang besar volum dagangan berlaku disebabkan oleh dagangan komersil, aktiviti pasaran komoditi, ekuiti dll. Kadang-kadang berlaku kenaikan mengejut dalam aktiviti dagangan apabila insitut perbankan dan kewangan atau lain-lain perniagaan memulakan aktiviti dagangan. Ini perkara biasa.
Masa terbaik dagangan ialah waktu pembukaan perniagaan – jadi kita di Malaysia ini – waktu tengahmalamlah adalah waktu yang terbaik (atau awal pagi)
Pembayaran Untung
Satu kelebihan dalam berdagang FOREX ini lah pedagang mendapat bayaran secara 'overnight trading position' (satu malam) – sebanyak mana pedagang itu meraih untuk bergantung di atas pembayaran yang diterima dan pembayaran yuran 'rollover' kepada broker.
Strategi pasaran ialah untuk mengambil peluang ke atas perbezaan nilai matawang – yang dipanggil 'carry trade'. Pedagang/pelabur akan mencari pasangan yang lebih menguntungkan. Contohnya jika 'lending rate' untuk Swiss Franc = 3% dan Yen sebanyak 1%, maka berdagang dalam tempoh yang lama untuk CHF/JPY akan menghasilan 2% pa bayaran yang diperolehi. 'Carry Trade' ada kesang sampingan contohnya jika berlaku elemen ketidaktentuan atau kepanikan dalam pasaran, 'carry trade' ini akan bergerak ke arah berlawanan dan pedagang/pelabur akan terdedah kepada risiko. Jadi analisa asas kepada ekonomi dunia sangat perlu terutamannya semasa ekonomi sedang 'bullish' dan bukannya 'bearish'.