Dua persoalan utama yang sering diajukan kepada saya berkaitan silsilah keturunan keluarga
Soalan 1
Terdapat dua jalur utama dalam keturunan Ummi dan Baba saya:
- Tok Ayah Wan Hassan telah berkahwin dengan Halimah Saad, nenda saya, dan daripada perkahwinan inilah baba saya Wan Abdul Majid dilahirkan,
- Tok Wan Omar pula berkahwin dengan Nik Zainab, nenda saya, dan daripada perkahwinan ini lahirlah ummi saya Nik Zawahir.
Ibu dan bapa saya merupakan sepupu, dan hubungan ini berpunca daripada Wan Abdullah (ayah kepada Wan Hassan dan Wan Omar) yang berkahwin dengan dua wanita yang berbeza:
1) Wan Mas (keturunan Tuan Dewi/Kembang), ibu kepada Tok Wan Omar
2) Wan Mah (Wan Fatimah), ibu kepada Tok Ayah Wan Hassan
Kekeliruan sering berlaku kerana Tok Ayah Wan Hassan juga pernah berkahwin dengan Wan Fatimah (keturunan Mufti Wan Musa dan namanya sama dengan ibu mertuanya), yang melahirkan Wan Ahmad, bapa saudara saya, seorang veteran Utusan Malaysia. Oleh sebab nama dan hubungan yang bertindih, salasilah ini sering disalahfahami.
Soalan 2
Atas sebab inilah saya kurang gemar menghuraikan silsilah secara “bercabang-ranting”, sebaliknya lebih selesa menggunakan pendekatan terus kepada punca (direct).
Persoalan seterusnya ialah - bagaimana pula ada ahlul bayt berpangkal "Syed/Syarifah" menjadi saudara rapat kepada saya?
Contohnya (Ayah Ku) Syed Abdul Rahman dan adik-beradiknya adalah sepupu kepada Ummi saya. (menjadikan Syed Abdul Rahman sebagai ayahanda sepupu saya)
Jawapannya perlu ditelusuri melalui Nik Zainab, nenda saya yang berkahwin dengan Tok Wan Omar`.
Kakak kepada Nik Zainab ialah Tuan Kembang (Che Kembang/Ku Kembang). Mereka berkongsi ibu yang sama, iaitu Nik Jah (moyang saya) tetapi berlainan bapa (Nik Jah sendiri telah berkahwin beberapa kali dan mempunyai zuriat dari suami yang berbeza). Tuan Kembang adalah anak kepada seorang kerabat Long Gaffar (tidak dapat dikesan)
Tuan Kembang telah berkahwin dengan Syed Nor daripada keluarga Al-Edrus/As-Saqqaf, yang mempunyai kaitan dengan keluarga Tok Ku Paloh/Syed Assaqqaf. Daripada perkahwinan ini lahirlah salah seorangnya (Ayah Ku) Syed Abdul Rahman, sepupu kepada ibu saya.
Dalam tradisi keluarga berpangkal Syed, adalah perkara biasa anak-anak menggunakan gelaran seperti Tuan, Engku dan Syarifah. Juga menjadi tradisi memanggil mereka yang berpangkat Syed sebagai "Ku". Oleh itu, anak-anak Syed Abdul Rahman merupakan dua pupu saya.
Syed Abdul Rahman juga pernah berkahwin dengan Engku Khadijah, kakak kepada Tan Sri Engku Ibrahim bin Engku Ngah (Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja). Anak-anak daripada perkahwinan ini juga merupakan dua pupu saya, dan pada masa yang sama adik-beradik tiri kepada anak-anak Tuan Kembang.
Catatan Tambahan
Nik Hassan, bapa kepada Nik Jah, turut pernah berkahwin dengan seorang daripada kerabat Long Gaffar (maklumat lanjut tidak dapat dikesan). Nik Hassan dan ramai dari keturunan saya juga telah disemadikan berhampiran maqam Long Gaffar, menandakan hubungan yang rapat antara keluarga ini sejak dahulu.
Nota
Perkahwinan antara keluarga saya dengan keturunan Long Gaffar adalah tradisi dari Tuan Halus (keturunan asal) di mana Tuan Halus merupakan anak kepada Long Nuh. Keturunan Tuan Halus bermula dari Nik Muhammad juga telah mengahwini kerabat Long Gaffar sebagai mengekalkan tradisi keluarga.
Bermulanya pangkal "Nik" dalam keturunan saya adalah dari "Nik Muhammad" cucunda kepada Long Nuh. Pertukaran "Nik" kepada "Wan" bermula dari Nik Muhammad iaitu anaknya "Wan Abdul Rahman", pertukaran ini dipercayai dilakukan sebagai mengelakkan dari diburu Siam (kes yang sama berlaku kepada keturunan Tuan Lembut dan Raja Bakar)
1) Tuan Halus
2) Nik Muhammad
3) Wan Abdul Rahman
4) Wan Abdul Manaf
5) Wan Abdullah
6) Wan Hassan Wan Omar
7) Wan Abdul Majid (Baba saya) Nik Zawahir (Ummi saya)


No comments:
Post a Comment