(Saya membenarkan sesiapa untuk menyalin kembali tulisan ini asalkan kredit diberikan pada penulisnya - untuk artikel ini, tiada foto akan digunakan)
Satu nama di lipatan sejarah yang sentiasa menjadi konflik di kalangan sejarawan dan pengkaji mahupun cerita mulut ramai orang. Watak ini sentiasa diwarnakan dengan kejadian mistik, dakwaan mimpi, kehebatan Taming Sari, kisah pertarungan dengan sahabat baiknya Hang Jebat dan banyaklah lagi.
Laksamana Hang Tuah juga dikatakan seorang pelayar yang hebat. Menggunakan kapal yang dinamakan Mendam Berahi (Galley Class), beliau dikatakan telah menjelajahi sekurang-kurangnya 14 buah negara atau bandar, iaitu Majapahit, Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Acheh, Brunei, Siam, Benua Keling, Benua China, Mesir, Jeddah, Mekah, Madinah dan juga Benua Rom Uthmaniah Istanbul.
Rujukan-rujukan yang menjadi pegangan selama ini telah bertukar menjadi kabur dan inilah puncanya ia menjadi polemik yang besar. Malah "timeline" juga menjadi konflik.
1) Hikayat Hang Tuah - sebahagian kandungan hikayat ini hampir sahaja ditolak oleh pakar sejarah sehingga pada tahun 2003 - sebuah artifak keris Melayu yang mempunyai sembilan lok dan sepanjang 22 cm yang ditemui di Kuil Enkakuji, di tapak yang berdekatan dengan Istana Shurijo, yang berusia abad ke-15 Masihi. Apabila dipadankan, ianya sama jalur masanya dengan kisah Hang Tuah ke Jepun.
Turut dijumpai ialah 21 pucuk surat yang berusia 444 tahun (sekitar 1480an) yang didakwa ditulis oleh Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu (Rekidai Hŏan) - mengenai hubungan kerajaan Ryukyu &
Melaka. Hal yang sama juga disebut dalam buku "Ryukyuan Relations with Korea and the South Sea Countries: An Annotated Translation of Documents in the Rekidai Hŏan. Kyoto: Kawakita Printing" karya Atushu Kobata dan Mitsugu Matsuda. (1969) di mana gelaran "Lo-Shi Ma-na" (Laksmana) digunakan.
Juga disebut dalam Hikayat ini ialah pertarungan beliau dengan seorang Samurai atau Shogun.
2) Sulatus Salatin - Sejarah Melayu - yang menyebut nama Hang Tuah sebanyak 120X termasuk kisah-kisahnya
3) Sejarah Rasmi - hanya mencatatkan peristiwa dan nama-nama penting sahaja.
Di dalam jurnal Alfonso de Albuquerque yang tercatat pada "The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, Afonso Albuquerque Vol. I- IV, 1744 Portuguese Edition,
(Tr.) Walter De Gray Birch.1875-1884. London: Hakluyt Society. (Berdasarkan catatan asal Afonso Dalboquerque kepada Raja Don Emmanuel 1469-1521)
menyebut mengenai seorang "Laksamana" ("Huang" Tuah) yang sangat hebat (dari segi ilmu kebatinannya) dan sukar diajak berunding - berada di Temasik ketika beliau mengetuai armada
Portugis menawan Melaka 1511. Ketika itu Hang Tuah telah pun berusia 80 tahun. Jurnal yang sama juga didakwa bahawa Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan cucu pada Hang Tuah atas dasar
perkahwinan Sultan Mansur Shah dan Puteri pada Hang Tuah.
Kedua-dua kisah ini juga terdapat dalam Suma Oriental que trata do Mar Roxo até aos Chins (Summa of the East, from the Red Sea up to the Chinese) atau ringkasnya Suma Oriental.
B) DAKWAAN ASAL-USUL HANG TUAH :
1) Dari Sungai Duyong, Melaka
2) Dari Sungai Duyong, Pulau Singkep, Indonesia - keturunan Sekana - suku Melayu asli laut Indonesia
3) Dari Bukit Yong atau Pulau Melaka, Kelantan - mempunyai darah diraja Kelantan/Patani
4) Dari Ayuthia Thailand - mempunyai darah diraja pemerintah Islam Thailand
7) Dari China - mempunyai talian darah dengan keturunan Syed
PENGUASAAN KERAJAAN MELAYU MELAKA
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dikatakan muncul/diasaskan di bawah Kesultanan Kedah/Nusantara/Sri Vijaya pada zaman Sultan Muzaffar 1.
Kesultanan Melaka sehingga ke abad 15 telah menguasai (atau mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan) Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pattani. Selain itu di Indonesia - Rokan, Siak Sri Indrapura, Riau, Rengat dan Inderagiri. Adalah difahamkan lokasi Negeri Melaka yang dikenali sekarang adalah Ibunegara kepada Kerajaan/Empayar Kesultanan Melayu Melaka di mana terdapat Kota Melaka sebelum serangan Portugis.
C) DAKWAAN GURU HANG TUAH
1) Aria Putera, Bukit Panchalusa, Rangkaian Gunung Ledang
2) Raden Mas Arya Putera (Sultan Baki Shah? - Raden Mas Arya di Gunung?)
3) Sayyid Thanauddin Kubra (Sayyid Saman)
1) Hampir 5 orang yang direkodkan pernah bermimpi bertemu dengan Hang Tuah - malangnya versi-versi yang diberikan amat berbeza antara satu dengan yang lain dan tidak dapatlah saya
menggunakan mimpi sahaja sebagai bukti
2) Ada dua orang yang menggunakan gelaran Hang Tuah (dan Hang Jebat) - seorang di Kelantan atau Ayuthia dan seorang lagi di Melaka atau Indonesia
3) Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi muncul di zaman Hang Tuah II
4) Ada 2-3 orang mendakwa mempunyai Keris Taming Sari walaupun Keris Taming Sari sebenar dikatakan telah menjadi milik KDYMM Sultan Perak
5) Ada 2 timeline yang konflik - sekitar abad 12-13 (Hang Tuah 1) dan sekitar abad 14-15 (Hang Tuah 2) Dan dikatakan Hang Tuah 2 adalah keturunan Hang Tuah 1. Dakwaan sama juga diletakkan pada Hang Jebat. Bezanya di zaman Hang Tuah 1 - hanya ada Hang Jebat (dikatakan seorang berketurunan Raja)
6) Hang Tuah ghaib dan akan muncul kembali bila tiba masanya
7) Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat, malah menyuruhnya lari ke Pulau Langkawi.
8 ) Hang Tuah dikatakan pada usia 80-an telah beruzlah/ mengasingkan diri kerana kekecewaannya terhadap pembelotan orang-orang Melayu terhadap negeri dan rajanya.
E) DAKWAAN LOKASI KUBUR HANG TUAH
1) Tanjung Kling Melaka - Catitan Sulatussalatin Tun Sri Lanang
"Hatta maka Laksamana Hang Tuah pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, maka (titah) oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh adat dianugerahkan; tiga hari baginda tiada nobat. Maka Khoja Hassanlah jadi Laksamana, menggantikan mertuanya. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang lelaki, bernama Tun Abdul. Wallahu a'lamu bi'l sawab, wa ilaihi'l marji'u wa'l ma'ab".
Namun ada dakwaan dari seorang pengkaji menyatakan Kubur Panjang di Tanjung Keling Melaka adalah milik Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir iaitu ayahanda Permaisuri Tun Fatimah. Dakwaan lain turut menyatakan kubur ini adalah milik ulama Islam berasal dari Gujerat, India
2) Bandar Maharani, Muar, Johor - Jalan Bakri 1 - Kubur berunsurkan Aceh yang dipindahkan dari tempat lain ke Jalan Bakri - tidak diketahui milik siapa.
3) Palembang, Indonesia - sebuah kubur purba (dianggarkan 300 tahun usianya) di Kompleks Pemakaman Kerajaan Palembang Darussalam di Jalan Candi Welan, yang didakwa penduduk sebagai makam Laksamana Hang Tuah (ianya dikatakan hasil "mimpi" penduduk setempat)
- Tahun kelahiran sehingga berusia 13 tahun / zaman kanak-kanak
- Pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444)
- Berusia 13 tahun hingga 25 tahun / zaman remaja
- Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)
- Berusia 25 tahun hingga 46 tahun / zaman dewasa
- Pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477)
- Berusia 46 tahun hingga 57 tahun - zaman pertengahan
- Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) - dikatakan Sultan yang paling muda diangkat menjadi Sultan Melaka
- Berusia 57 tahun hingga 80 tahun - zaman tua
- Pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511)
Hang Tuah memang wujud dan beliau adalah seorang Laksamana dan Duta kepada Kerajaan Melayu Melaka.
Beliau adalah seorang yang berdisiplin dan beretika, memiliki ilmu pertahanan diri dan ilmu kebatinan yang hebat, seorang yang telah bersumpah taat setia pada Rajanya dan berkhidmat hanya untuk kepentingan mertabat bangsanya iaitu orang-orang Melayu, seorang yang mempunyai kehebatan penulisan dan ilmu persuratan yang tinggi dll.
Apapun polemik, dakwaan dan konflik yang timbul, nama Hang Tuah akan tetap segar di ingatan kita dari generasi ke generasi.
Saya berbangga kerana banyak negeri/negara dan pelbagai bangsa mengaku bahawa sejarah Hang Tuah adalah "milik mereka" Itulah kehebatan Hang Tuah sehingga dia jadi rebutan ramai manusia.
Hang Tuah dilihat sebagai satu figura yang mampu menyatukan orang Melayu, warisan persilatan, memertabatkan Raja-Raja Melayu dll.