HANG TUAH - MISTERI DAN SEJARAH YANG MASIH KABUR
(Saya membenarkan sesiapa untuk menyalin kembali tulisan ini asalkan kredit diberikan pada penulisnya ( Nik Zafri ) - untuk tulisan ini, tiada foto akan digunakan) Satu nama di lipatan sejarah yang sentiasa menjadi konflik di kalangan sejarawan dan pengkaji mahupun cerita mulut ramai orang. Watak ini sentiasa diwarnakan dengan kejadian mistik, dakwaan mimpi, kehebatan Taming Sari, kisah pertarungan dengan sahabat baiknya Hang Jebat dan banyaklah lagi.
Laksamana Hang Tuah juga dikatakan seorang pelayar yang hebat. Menggunakan kapal yang dinamakan Mendam Berahi (Galley Class), beliau dikatakan telah menjelajahi sekurang-kurangnya 14 buah negara atau bandar, iaitu Majapahit, Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Acheh, Brunei, Siam, Benua Keling, Benua China, Mesir, Jeddah, Mekah, Madinah dan juga Benua Rom Uthmaniah Istanbul.
Rujukan-rujukan yang menjadi pegangan selama ini telah bertukar menjadi kabur dan inilah puncanya ia menjadi polemik yang besar. Malah "timeline" juga menjadi konflik.
1) Hikayat Hang Tuah - sebahagian kandungan hikayat ini hampir sahaja ditolak oleh pakar sejarah sehingga pada tahun 2003 - sebuah artifak keris Melayu yang mempunyai sembilan lok dan sepanjang 22 cm yang ditemui di Kuil Enkakuji, di tapak yang berdekatan dengan Istana Shurijo, yang berusia abad ke-15 Masihi. Apabila dipadankan, ianya sama jalur masanya dengan kisah Hang Tuah ke Jepun.
Turut dijumpai ialah 21 pucuk surat yang berusia 444 tahun (sekitar 1480an) yang didakwa ditulis oleh Hang Tuah kepada Maharaja Ryukyu (Rekidai Hŏan) - mengenai hubungan kerajaan Ryukyu & Melaka. Hal yang sama juga disebut dalam buku "Ryukyuan Relations with Korea and the South Sea Countries: An Annotated Translation of Documents in the Rekidai Hŏan. Kyoto: Kawakita Printing" karya Atushu Kobata dan Mitsugu Matsuda. (1969) di mana gelaran "Lo-Shi Ma-na" (Laksmana) digunakan.
Juga disebut dalam Hikayat ini ialah pertarungan beliau dengan seorang Samurai atau Shogun.
2) Sulatus Salatin - Sejarah Melayu - yang menyebut nama Hang Tuah sebanyak 120X termasuk kisah-kisahnya
3) Sejarah Rasmi - hanya mencatatkan peristiwa dan nama-nama penting sahaja.
Di dalam jurnal Alfonso de Albuquerque yang tercatat pada "The Commentaries of the Great Afonso Dalboquerque, Second Viceroy of India, Afonso Albuquerque Vol. I- IV, 1744 Portuguese Edition,
(Tr.) Walter De Gray Birch.1875-1884. London: Hakluyt Society. (Berdasarkan catatan asal Afonso Dalboquerque kepada Raja Don Emmanuel 1469-1521)
menyebut mengenai seorang "Laksamana" ("Huang" Tuah) yang sangat hebat (dari segi ilmu kebatinannya) dan sukar diajak berunding - berada di Temasik ketika beliau mengetuai armada Portugis menawan Melaka 1511. Ketika itu Hang Tuah telah pun berusia 80 tahun. Jurnal yang sama juga didakwa bahawa Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan cucu pada Hang Tuah atas dasar perkahwinan Sultan Mansur Shah dan Puteri pada Hang Tuah.
Kedua-dua kisah ini juga terdapat dalam Suma Oriental que trata do Mar Roxo até aos Chins (Summa of the East, from the Red Sea up to the Chinese) atau ringkasnya Suma Oriental.
B) DAKWAAN ASAL-USUL HANG TUAH :
1) Dari Sungai Duyong, Melaka
2) Dari Sungai Duyong, Pulau Singkep, Indonesia - keturunan Sekana - suku Melayu asli laut Indonesia
3) Dari Bukit Yong atau Pulau Melaka, Kelantan - mempunyai darah diraja Kelantan/Patani
4) Dari Ayuthia Thailand - mempunyai darah diraja pemerintah Islam Thailand
7) Dari China - mempunyai talian darah dengan keturunan Syed
PENGUASAAN KERAJAAN MELAYU MELAKA
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dikatakan muncul/diasaskan di bawah Kesultanan Kedah/Nusantara/Sri Vijaya pada zaman Sultan Muzaffar 1.
Kesultanan Melaka sehingga ke abad 15 telah menguasai (atau mempunyai hubungan diplomatik yang rapat dengan) Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Pattani. Selain itu di Indonesia - Rokan, Siak Sri Indrapura, Riau, Rengat dan Inderagiri. Adalah difahamkan lokasi Negeri Melaka yang dikenali sekarang adalah Ibunegara kepada Kerajaan/Empayar Kesultanan Melayu Melaka di mana terdapat Kota Melaka sebelum serangan Portugis.
C) DAKWAAN GURU HANG TUAH
1) Aria Putera, Bukit Panchalusa, Rangkaian Gunung Ledang
2) Raden Mas Arya Putera (Sultan Baki Shah? - Raden Mas Arya di Gunung?)
3) Sayyid Thanauddin Kubra (Sayyid Saman)
1) Hampir 5 orang yang direkodkan pernah bermimpi bertemu dengan Hang Tuah - malangnya versi-versi yang diberikan amat berbeza antara satu dengan yang lain dan tidak dapatlah saya menggunakan mimpi sahaja sebagai bukti
2) Ada dua orang yang menggunakan gelaran Hang Tuah (dan Hang Jebat) - seorang di Kelantan atau Ayuthia dan seorang lagi di Melaka atau Indonesia
3) Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Kasturi muncul di zaman Hang Tuah II
4) Ada 2-3 orang mendakwa mempunyai Keris Taming Sari walaupun Keris Taming Sari sebenar dikatakan telah menjadi milik KDYMM Sultan Perak
5) Ada 2 timeline yang konflik - sekitar abad 12-13 (Hang Tuah 1) dan sekitar abad 14-15 (Hang Tuah 2) Dan dikatakan Hang Tuah 2 adalah keturunan Hang Tuah 1. Dakwaan sama juga diletakkan pada Hang Jebat. Bezanya di zaman Hang Tuah 1 - hanya ada Hang Jebat (dikatakan seorang berketurunan Raja)
6) Hang Tuah ghaib dan akan muncul kembali bila tiba masanya
7) Hang Tuah tidak membunuh Hang Jebat, malah menyuruhnya lari ke Pulau Langkawi.
8 ) Hang Tuah dikatakan pada usia 80-an telah beruzlah/ mengasingkan diri kerana kekecewaannya terhadap pembelotan orang-orang Melayu terhadap negeri dan rajanya.
E) DAKWAAN LOKASI KUBUR HANG TUAH
1) Tanjung Kling Melaka - Catitan Sulatussalatin Tun Sri Lanang
"Hatta maka Laksamana Hang Tuah pun kembalilah ke rahmat Allah Taala, maka (titah) oleh Sultan Mahmud ditanamkan di Tanjung Keling, dengan sepenuh-penuh adat dianugerahkan; tiga hari baginda tiada nobat. Maka Khoja Hassanlah jadi Laksamana, menggantikan mertuanya. Maka Laksamana Khoja Hassan beranak dengan anak Laksamana Hang Tuah seorang lelaki, bernama Tun Abdul. Wallahu a'lamu bi'l sawab, wa ilaihi'l marji'u wa'l ma'ab".
Namun ada dakwaan dari seorang pengkaji menyatakan Kubur Panjang di Tanjung Keling Melaka adalah milik Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir iaitu ayahanda Permaisuri Tun Fatimah. Dakwaan lain turut menyatakan kubur ini adalah milik ulama Islam berasal dari Gujerat, India
2) Bandar Maharani, Muar, Johor - Jalan Bakri 1 - Kubur berunsurkan Aceh yang dipindahkan dari tempat lain ke Jalan Bakri - tidak diketahui milik siapa.
3) Palembang, Indonesia - sebuah kubur purba (dianggarkan 300 tahun usianya) di Kompleks Pemakaman Kerajaan Palembang Darussalam di Jalan Candi Welan, yang didakwa penduduk sebagai makam Laksamana Hang Tuah (ianya dikatakan hasil "mimpi" penduduk setempat)
1431-1444
- Tahun kelahiran sehingga berusia 13 tahun / zaman kanak-kanak
- Pemerintahan Sultan Muhammad Shah (1424-1444)
1444-1459
- Berusia 13 tahun hingga 25 tahun / zaman remaja
- Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)
1459-1477
- Berusia 25 tahun hingga 46 tahun / zaman dewasa
- Pemerintahan Sultan Mansur Shah (1456-1477)
1477-1488
- Berusia 46 tahun hingga 57 tahun - zaman pertengahan
- Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488) - dikatakan Sultan yang paling muda diangkat menjadi Sultan Melaka
1488-1511
- Berusia 57 tahun hingga 80 tahun - zaman tua
- Pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511)
Hang Tuah memang wujud dan beliau adalah seorang Laksamana dan Duta kepada Kerajaan Melayu Melaka.
Beliau adalah seorang yang berdisiplin dan beretika, memiliki ilmu pertahanan diri dan ilmu kebatinan yang hebat, seorang yang telah bersumpah taat setia pada Rajanya dan berkhidmat hanya untuk kepentingan mertabat bangsanya iaitu orang-orang Melayu, seorang yang mempunyai kehebatan penulisan dan ilmu persuratan yang tinggi dll.
Apapun polemik, dakwaan dan konflik yang timbul, nama Hang Tuah akan tetap segar di ingatan kita dari generasi ke generasi.
Saya berbangga kerana banyak negeri/negara dan pelbagai bangsa mengaku bahawa sejarah Hang Tuah adalah "milik mereka" Itulah kehebatan Hang Tuah sehingga dia jadi rebutan ramai manusia.
Hang Tuah dilihat sebagai satu figura yang mampu menyatukan orang Melayu, warisan persilatan, memertabatkan Raja-Raja Melayu dll.
KISAH 6
BAJU MELAYU - Kajian Ringkas saya Nik Zafri.
Mungkin ramai yang masih samar-samar dengan signifikan memakai baju Melayu, tanjak, songkok, sampin/songket dsb. malah penggunaan semasa hari keramaian, perkahwinan, hari Jumaat atau semasa solat fardhu samada berjemaah atau sendirian juga masih ramai yang tidak begitu memahami signifikannya.Saya sering melihat cara pemakaian baju Melayu yang rata-rata dijadikan "fesyen" kebanyakannya tidak tepat cara pemakaiannya.
Tetapi kajian ini bukanlah menjadi halangan untuk kita memakai apa yang kita kenali sekarang sebagai Baju Melayu atau memakai kurta atau jubah yang asalnya dari budaya yang berbeza. Konsep pemakaian asalkan menutup aurat dan bersih/suci, sudah memadai untuk kita bersolat.
Perlu diletakkan nota di sini bahawa Songkok telah diperkenalkan dalam kesusteraan Melayu, sepertimana disebut dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina (1840) "...berbaju putih bersongkok merah". Songkok atau peci (atau juga dikenali sebagai kupiah - walaupun sekarang ada beza antara kupiah dan songkok) di Indonesia dipercayai lebih awal dipakai sebelum ianya tersebar ke Tanah Melayu. Pengaruh songkok datangnya dari tarbus yang dipakai di Turki pada zaman kerajaan Uthmaniyah, namun ia lama kelamaan menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan pedagang India Muslim - pengenalan ini dikatakan pakar merupakan duluan kepada pewujudan songkok di Alam Melayu.Pemakaian songkok adalah wajib bagi seorang Presiden terutamanya Presiden Soekarno ketika itu. Kini songkok ada pelbagai jenis, ada yang tinggi (berasal dari Johor) dan songkok kebangsaan yang agak rendah/sederhana ketinggiannya.
Berikut saya cuba mengkaji kembali bila, dari mana dan rekabentuk mana yang dikaitkan dengan apa yang kita panggil hari ini sebagai Baju Melayu.
Saya juga tidak akan menyentuh secara khusus mengenai cara pemakaian tanjak dan keris kerana saya telah tuliskan perkara ini suatu masa yang lalu. (Kajian ini juga tidak akan meletakkan sebarang foto)
Dipercayai Baju Melayu bermula sekitar 1440 oleh Sultan Muhammad Shah. Ianya diilhamkan disebabkan Tuanku berkenan untuk memperkenalkan identiti Melayu Islam bagi dikenali oleh pedagang India, Arab, Gujerat, Inggeris dsb. Konsepnya mestilah menutup aurat dan digunakan semasa keramaian atau semasa solat Jumaat dengan simbolik yang unik dari jumlah butang baju sehinggalah kepada jenis baju, tanjak, keris dsb. (Walaubagaimanapun, Sultan Muhammad masih memperkenankan) penggunaan serban dan jubah gaya Arab masih dibenarkan untuk solat jumaat kerana ianya dikaitkan dengan Sunnah Nabi SAW.
Konsep Baju Melayu hanyalah 2 jenis pada dasarnya :
1) Teluk Belanga (tidak berkaitan dengan lokasi Teluk Belanga)
2) Cekak Musang
Baju Melayu, baju Sikap atau baju Layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang dibuat tidak berlengan (dipercayai sebelah dalam (seperti singlet) dan dilitupi pakaian kebesaran di luar) - ianya hanya dipakai oleh Raja-Raja dan kerabat sahaja ketika itu.
Sementara Baju Melayu pada rakyat adalah mirip kepada Raja-Raja (2 lapis) kecuali rekabentuk baju Melayu, warna kebanyakannya gelap diluar dan cerah di dalam - dengan ikatan tanjak dan kain luar (sampin) tidak mempunyai sebarang tanda-tanda atau pangkat kebesaran.
Seluar juga adalah pendek paras betis kaki semasa zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil atau Sultan Abdul Jalil IV diangkat menjadi Sultan Johor. Pada tahun 1699, Sultan Abdul Jalil Johor kemudiannya mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak. Kebiasaannya, baju Melayu dijahit menggunakan fabrik kapas atau campuran yang selesa dipakai.
Seluar panjang lelaki juga dikenali sebagai seluar panjut. Ianya lebar bahagian pinggangnya. Pada kelepet pinggang seluar panjang ada lubang kecil bagi memasukkan pita atau tali pinggang yang digunakan untuk memanjut seluar ini.
Terdiri daripada empat bahagian kerana seluar panjang tidak berkekek seperti kain seluar. Kaki seluar panjang menirus ke bawah. Pada bahagian sisi kaki seluar panjang ada bukaan yang dipasangkan butang. Biasanya lima atau enam butang digunakan. Panjang seluar ini mencecah buku lali.
Kaum lelaki memakai kain sarung dengan baju Melayu. Kain sarung dilipat ke hadapan (dari sisi kiri dan kanan) dan digulung. Kaki kain dilepaskan hingga ke buku lali, Jika kain sarung dipakai bersama-sama seluar, kaki kain sarung disingkatkan hingga ke paras lutut dan menjadi samping.
Kaum wanita memakai sarung bersama-sama baju kurung atau baju kebaya. Kain sarung diikat atau dililit di pinggang. Kaum wanita mengikat sarung dengan pelbagai cara. Iaitu dengan cara membuat satu lipatan yang ditindan ke hadapan badan, atau dengan lipatan-lipatan kecil yang dikumpulkan pada salah satu sisi badan; dikenali sebagai ombak mengalun. Untuk mengemaskan atau memastikan kain sarung tidak terlucut, tali pinggang atau pita kain digunakan untuk mengikatnya.
Kepala kain atau bahagian yang pada kain itu dihalakan ke belakang. Ada dua sebab mengapa kain itu dipakai di belakang, pertama, untuk memastikan bahagian itu terserlah; tidak termasuk ke lipatan kain (pada bahagian depan) dan kedua, supaya kelihatan sopan apabila membelakangkan orang di mana kepala kain yang cantik itu menjadi tarikan kepada orang yang membelakangkan.
Kaum wanita juga memakai sehelai lagi kain sarung di atas bajunya. Kain sarung ini dipakai dengan tiga cara. Cara pertama dipanggil dagang luar. Dalam cara ini, kain sarung dikumpul di sisi badan dan disauk dengan tangan. Kepala kain dihalakan ke belakang. Cara yang kedua dipanggil kain tudung. Dalam cara ini, kain sarung dipakai meyelubungi kepala. Tujuannya ialah untuk melindungi si pemakai daripada cuaca panas. Kepala kain diletakkan di atas kepala. Cara yang ketiga pula dipanggil kain selempang. Dalam cara ini, kain sarung dikedut menjadi gelungan dan diselempangkan di bahu. Kepala kain diletakkan di hadapan badan.
Samping dan Songket juga mempunyai signifikannya yang tersendiri. Tidaklah saya ingin menyentuh akan hal ini dalam artikel ini.
Samping mirip seperti kain sarung, bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atau betis.
Pada asalnya samping lelaki adalah panjang hingga ke buku lali dengan bahagian hadapannya disingkatkan bagi menampakkan seluar di bahagian dalamnya. Kini samping yang lebih pendek; kakinya hingga ke paras lutut lebih digemari kerana lebih ringkas dan lebih selesa dipakai.
Di sesetengah tempat, di Johor misalnya, samping dipakai oleh kaum lelaki di sebelah dalam di bawah baju kurung Teluk Belanga mereka. Samping yang dipakai dengan cara ini dipanggil kain samping dagang dalam.
Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengah di hadapan badan. Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong.
Selain daripada cara yang disebutkan di atas, samping juga dipakai dengan pelbagai gaya supaya lebih menarik. Antaranya ialah dengan cara melipat-lipatnya di sisi badan dan menyimpulnya dengan simpulan seperti tanduk atau bunga, mengikatnya dengan tali pinggang atau bengkong. Jika tali pinggang digunakan, pending dipasangkan menjadi kepala tali pinggang supaya nampak lebih kemas dan lebih hebat.
Suatu masa dahulu, cara mengikat samping juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:
a) Ikatan pancung (Raja, Sultan dan kerabat sahaja)
b) Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c) Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)
Paras samping sememangnya ada simbolik pada parasnya. Lelaki bujang akan memakai samping di atas paras lutut manakala lelaki yang berkahwin akan memakai samping di bawah lutut.
Pemakaian tanjak, destar, ikat kepala pada suatu masa dahulu telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan. Puncak tanjak yang dipanggil ‘daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan DiRaja. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (dan kerabat) dan Laksamana. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang. Begitu juga dengan lapisan ‘tingkat’ lipatan, makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya.
Unsur Islamik juga telah diterapkan mengikut filsafat negeri masing-masing.
a) 7 butang pada baju Melayu Cekak Musang melambangkan 7 petala langit atau 7 petala bumi
b) 5 butang pada baju Melayu Cekak Musang melambangkan 5 rukun Islam
c) 3 butang pula melambangkan Iman, Islam dan Ihsan
d) 1 butang pada Baju Melayu Teluk Belanga melambangkan Allah Yang Maha Esa.
Rata-rata pengkaji yang saya temui yakin bahawa konsep Baju Melayu termasuk songkok yang kita kenali kini di Malaysia sebenarnya berasal dari Johor di zaman Almarhum Sultan Abu Bakar dengan cadangan dari Jaafar Muhammad.
Apapun, Baju Melayu lengkap dengan songkok dan sampin banyak telah dijadikan fesyen pelbagai tanpa dikaji asal-usulnya.
KISAH 7
Sumber : Pelbagai/Internet/Kajian Sendiri
BACHOK
Bachok pernah terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan. Pada masa dahulu ramai orang Siam berhijrah ke Bachok untuk memulakan penghidupan baru sebagai nelayan.
Menurut cerita orang tempatan, nama Bachok berasal dari dua perkataan Siam iaitu "bang" dan "choh". "Bang" bererti perkampungan dan "Choh" pula adalah jala atau jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam menggelar tempat ini sebagai "Bangchoh" kerana mata pencarian penduduk bertumpu kepada menangkap ikan.
Menurut penduduk setempat lain pula, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam "ban" dan "chak". "Ban" bermaksud kampung dan "chak" adalah Nipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah. Dan sememangnya ramai Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.
Bahasa Aceh (malah sesetengah tempat di Kelantan), maksud "Bacok" pula ialah "menetak atau melibas" (dengan parang atau pisau atau apa-apa senjata tajam)
Bachok terkenal dengan kisah-kisah yang dikaitkan dengan Kesultanan Jembal. Malah daerah "Gunung" dianggap oleh sesetengah penduduk tempatan sebagai tempat bersemayam salah seorang Raja berketurunan Jembal. (kesan Kuari Indera (milik YAM Tengku Besar Indera Putra masih terdapat di sana - dengan pelbagai kisah mistik di sebaliknya) Sememangnya banyak sejarah Kesultanan Jembal dikaitkan Kampung Jembal, Kampung Seneng, Jelawat, Kampung Rusa, Melawi dll. Gunung juga bersambung dengan Bandar Melor yang juga dikaitkan dengan Kesultanan Jembal. Malah Bachok juga merupakan salah satu sasaran keturunan Patani/Long Gaffar/Legeh melarikan diri dari tekanan Siam.
Terdapat juga ramai penduduk asal Siam beragama Buddha bersama ramai keturunan Jembal masih ada di Pauh Lima, Tawang dan Pengkalan Datu di mana terdapat beberapa "ketik Siam" di sana.
Bachok juga terkenal dengan melahirkan ramai ulama-ulama terkenal seperti Tok Bachok. (untuk info : Al Allamah Arif Billah Tok Bachok ( 1868 - 1953 ) nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Uthman Bin Haji Muhammad . Beliau berasal dari keturunan Cina Muslim Monggolia dan mendapat gelaran Tok Bachok kerana kealimannya dan kesungguhannya mengajar serta mendidik masyarakat di Bachok .
Beliau merupakan sahabat baik kepada 4 Wali Allah yang lain iaitu Tok Kenali, Tok Padang Jelapang, Tok Kemuning, Tok Selehong)
Dongeng
Terdapat satu batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong.
Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih.
Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa.
Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi.
Sebagai seorang yang mempunyai ramai saudara mara dan pernah membesar di Bachok - sebelah Ummi dan Baba, (Rumah peninggalan nenek moyang saya (di Nyior Cabang) masih berdiri dengan utuh dan telah dijadikan homestay oleh sepupu saya), saya banyak mendengar kisah sejarah dan mistik di Bachok. Semasa kecil, saya dan sepupu (pemilik homestay berkenaan) yang tinggal di Kampung Kemudi pernah mengalami banyak kisah mistik yang dikaitkan dengan sejarah oleh ninda saya - yang sehingga kini belum dapat dirungkai sepenuhnya.
KISAH 8
PINTU KAABAH, SENIUKIR DAN PERTUKANGAN EMAS
Sedikit fakta saya nak betulkan tentang pembuat pintu Kaabah. seniukir dan pertukangan emas yang dikatakan datang dari Asia Tenggara.
Sebenarnya kerja-kerja Seniukir dan Pertukangan Emas (dan membekalkan emas) datang dari majoriti negara Islam seluruh dunia termasuk Patani dan Kelantan. Antara nama-nama terkenal dari Patani ialah (Allahyarham) Isa Kasulong, (Allahyarham) Husen Lae'im dan Sulaiman Sanwang (masih hidup) Manakala nama-nama tukang emas pula adalah (Allahyarham) Ali Munsab, (Allahyarham) Husaini Ariphong dan (Allahyarham) Qasim chanaachai.
(ada juga mendengar khabar (Allahyarham) Che Long/Latiff Long - jurukir/awan larat Istana Balai Besar pernah ditawarkan untuk menjadi salah seorang jurukir Pintu Kaabah - Wallahualam)
Pintu Kaabah sekarang telah dibina oleh seorang tukang emas terkenal, (Allahyarham) Ahmed bin Ibrahim Badr, semasa pemerintahan Raja Khalid bin Abdul Aziz.
Dikatakan bahawa kira-kira 280 kg 99.99% emas asli digunakan untuk membuat Bab ar-Rahmah (pintu Kaabah Suci). Emas asli ini dikatakan diimpot dari seluruh negara Islam termasuk dari Patani dan Kelantan (Emas 10)
Arkitek yang merekabentuk kembali pintu Kaabah ialah (Allahyarham) Munir Al-Jundi.
Kaligrafi Kiswah kini dilakukan oleh Mokhtar Alim Shaqdar menggantikan (Allahyarham) Abdul Raheem Bokhari.
Dikatakan hanya mereka dari Bani Syaibah (pemegang kunci Kaabah) - keturunan Sayyidina Uthman bin Talha r.a. seorang sahabat Nabi SAW yang diamanahkan oleh baginda untuk memegang kunci Pintu Kaabah) sahaja yang diamanahkan untuk menyelia pemasangan Pintu Kaabah termasuk Kiswah. Pemegang kunci pintu Kaabah ialah (Allahyarham) Syaikh Abdul-Aziz Asy-Syaibi yang kemudiannya digantikan oleh anak saudaranya, (Allahyarham) Abdul Qadir Asy-Syaib.
Dipercayai Ahmed Ibrahim Badr, Munir Al-Jundi, Mokhtar Alim Shaqdar, Abdul Raheem Bokhari dan lain-lain juga dikatakan ada kaitan kekeluargaan dengan Bani Syaibah.
KISAH 9
Nota : Tulisan berikut tidak menyentuh asal-usul nama Temasik tetapi asal usul nama Singapura. Temasik adalah nama asal Singapura dan kisah yang ditulis di bawah ini adalah sejarah ringkas Singapura dan bukannya Sejarah Temasik kerana kisah Temasek adalah sejarah lebih awal.
SINGAPURA
Nama Singapura berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu siṃhāpura (सिंहपुर, "Kota Singa"). Oleh sebab itu, Singapura juga diberi nama timangan “Kota Singa”.
Kajian menunjukkan bahawa di sini tidak pernah wujudnya singa; tetapi haiwan yang disangka sebagai singa oleh Sang Nila Utama, pengasas negeri Singapura yang memberikan nama pulau ini, mungkin sekali seekor harimau.
(Kalau harimau, mungkin bukan kat Singapura, kat Johor kut? - Harimau sudah menjadi logo rasmi Johor Darul Ta'zim. Tapi saya rasa nama Kota Singa tu lambang kegagahan - tidak ada kaitan pun dengan Harimau atau Singa)
Simhapura juga dikatakan pernah diasaskan di India dan juga China.
Petikan Wikipedia
Sinhapura ("Lion City" for Sanskrit; IAST: Siṃhapura) was the capital of the legendary Indian king Sinhabahu. It has been mentioned in the Buddhist legends about Prince Vijaya. The name is also transliterated as Sihapura or Singhapura.
The location of Sinhapura is disputed with some scholars stating the city was located in eastern India. According to Niraj et al Sinhapura is located in north west India. The city is linked to the origin of the Sinhalese people and Sinhalese Buddhist ancient texts.
Some people believed that Kalinga capital Simhapura and Sinhapura of Mahavamsa may have been same, but "the whole story is too legendary to be considered seriously".
Even those who identify Sinhapura with Simhapura of Kalinga differ in opinion about its exact location. One source identifies the ancient city with the Singupuram village near Srikakulam in Andhra Pradesh. Another source identifies Sinhapura with Singhpur town near Jajpur[citation needed] in present-day Odisha.
According to Mahavamsa, Lala (and therefore Sinhapura) was located on the way from Vanga (present-day Bengal) to Magadha (present-day Bihar). If Mahavamsa is correct, Sinhapura could not have been located in today's Odisha or Andhra Pradesh, because these places lie to the south of Bengal, away from Bihar. Therefore, concludes that the Sinhapura of Mahavamsa was different from the capital city mentioned in records of Kalinga's rulers:
it was probably located in the present-day Chota Nagpur area. It was also believed that Lala and Sinhapura were located on road main road connecting Vanga to Magadha. This area was either a part of the Kalinga kingdom, or located near its border.
LAIN-LAIN KISAH
No comments:
Post a Comment