Tulisan berikut banyak berdasarkan teori dan fakta. Ada unsur pendapat sejarah alternatif di dalam tulisan ini - namun saya cuba sedaya upaya menulisnya dengan sebaik mungkin - mengikut perspektif dan kajian saya sendiri, benar atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Dari itu, pertimbangan pembaca di atas hal ini amatlah diperlukan.
Jika nak kisahkan mengenai sejarah Kerajaan Tua Champa ni dan kaitannya dengan Raja-Raja Melayu memanglah rumit kerana jurangnya terlalu jauh. Apatah lagi, sebagaimana Reman, Champa sudah tidak lagi wujud lokasinya. (samalah sejarah Kembayat Negara (yang dikaitkan dengan Siti Kenturah (Riwayat Israeliyat) yang berkahwin dengan Nabi Allah Ibrahim a.s.) telah mengalami perubahan dan dikatakan ditukar menjadi Cambodia walhal perkataan "Cam" atau "Cham" di hadapan nama negara tersebut jelas merujuk kepada penduduk Champa yang telah melarikan diri bertebaran di Cambodia/Kamboja, Siam dan akhirnya ke Kelantan, Terengganu, Pahang dan utara Semenanjung (malah sempadan Semenanjung juga asalnya jajahan takluknya sehingga ke Segenting Kra - kini milik Myanmar/Thailand dengan menghalau pula penduduk Islam Rohingya - penduduk asal di bawah Kerajaan Arakian)
Alangkan sejarah Sultan Muzaffar 1 (Phra On Mahawanser) pun agak sukar dikisahkan kerana terlalu banyak sumber/dakwaan. Contohnya ada pihak percaya bahawa keturunan Sultan Muzaffar 1 adalah keturunan Islam yang datang sekitar kurun ke 10 dan 11 Masihi, (Golongan Kurdis) - wallahualam. Cuma agama Islam menjadi agama rasmi negara di zaman Sultan Muzaffar 1.
Kedatangan Syed Abdullah Al-Qumairy adalah sebagai pentajdid dua kalimah syahadah apabila didapati ajaran Islam ketika itu telah diserap dengan unsur animisma. (kisah yang sama berlaku semasa zaman walisongo - penduduk sememangnya beragama Islam tetapi telah diperbaharui dua kalimah syahadahnya kerana dikhuatiri bercampur aduk dengan unsur syirik yang boleh menggugat aqidah)
Ada sumber tidak dapat disahkan, dipercayai keturunan asal Brawijaya, juga dipercayai beragama Islam (wallahualam)
Menariknya Brawijaya bukan gelaran rasmi Pemerintah Kerajaan Majapahit melainkan istilah ini adalah istilah baru yang muncul dalam Babad (sejenis syair) Tanah Jawi dan masyhur di kalangan masyarakat Trowulan, Mojokerto. Istilah "Brawijaya" pertama kali muncul adalah hasil tulisan pujangga Mataram Islam pada abad ke-19 dan agak jauh jurangnya dengan zaman Majapahit yang dibincangkan di sini.
Tidak ada catatan yang ditemukan dalam catatan rasmi kerajaan Majapahit seperti prasasti atau naskhah kuno lainnya. Namun, istilah ini sering dikaitkan dengan raja-raja terakhir Majapahit, terutama Prabu Brawijaya V yang diyakini sebagai raja terakhir yang memimpin Majapahit dan membuka pintu penyebaran Islam di Jawa. Brawijaya V telah berkahwin dengan Puteri Champa (Dewi Kiem/Amarawati) (Islam dipercayai menjadi agama rasmi negara ketika zaman Brawijaya V)
Anakanda Brawijaya V bernama Nyai Chondrowati telah berkahwin dengan Sultan Abdullah Umatuddin (keturunan Syed Hussein Jamadil Kubra yang juga seorang mujaddid dengan misi yang sama iaitu membersihkan aqidah masyarakat (yang sememangnya telah beragama Islam) tetapi berunsurkan campuraduk. (Dan misi beliau juga ialah mensyahadahkan kembali penduduk sekitarnya) Maka bermulalah kembali era Islam sebagai agama rasmi sebagaimana zaman Sultan Muzaffar 1 dan Brawijaya V)
Perlu diingatkan apabila saya menyebut Tanah Jawi, saya tidak merujuk kepada satu kawasan sahaja tetapi merujuk kepada seluruh Nusantara di bawah Pemerintahan Sultan Muzaffar 1 ketika itu. "Jawi" mengikut tulisan ulama Nusantara - Syeikh Wan Ahmad Fathani adalah perkataan Arab - "jawah" - yang digunakan dalam Bahasa Malaysia sebagai "jauh" (merujuk kepada bangsa Melayu yang berasal dari tanah yang jauh)
Apa yang saya cuba jelaskan di sini ialah :
a) Kemungkinan sejarah ditulis (dipinda) oleh pihak yang menang - itu perkara biasa,
b) Jika kita nak mengaitkan silsilah keturunan kita dengan kerajaan-kerajaan lama, ianya usaha yang agak sukar kerana jurang masa yang agak luas malah usaha ini akan menyelitkan dakwaan-dakwaan tertentu (yang dipercayai dhaif dan tidak boleh digunakan sebagai bahan rujukan rasmi) tanpa bukti yang jelas.
Saya lebih suka kepada pendekatan :
i) Melakukan silsilah yang bernasab "direct" (langsung) kepada keturunan asal dan cuba sedaya-upaya mengelakkan "ranting" (kerana perkahwinan) kerana ianya menjadikan usaha saya lebih rumit,
ii) Saya akan cuba cari nama yang paling dekat dengan keturunan saya terlebih dahulu barulah disambung kepada silsilah besar (master) yang mana silsilah besar ini telah lama wujud dalam sejarah dan kitab-kitab lama.
iii) Yang terbaik ialah adanya ujian DNA genealogi yang dapat memberikan pencerahan yang terbaik mengenai asal-usul kekeluargaan kita. Ianya mampu mematikan segala dakwaan dan hujjah/teori yang tidak konkrit.
Wallahualam.



No comments:
Post a Comment