Russia : menggelarkan operasi serangan ke atas Ukraine adalah satu "Operasi Khas" didakwa sebagai usaha untuk "membebaskan Ukraine daripada cara pentadbiran Neo Nazi" (dengan kata lain, Presiden Zelenski dianggap seorang yang fasis)
Ukraine : pula mendakwa Russia tidak selesa dengan hubungan baik Ukraine dan NATO boleh menggugat keselamatan Russia.
Ukraine : menyatakan Presiden Zelenski adalah keturunan golongan Yahudi yang menyelamatkan diri dari peristiwa Holocaust di mana mereka dibunuh beramai-ramai oleh Nazi yang dipimpin oleh Hitler. Jadi tidak mungkin Zelenski adalah penyokong Neo Nazi sebagaimana dakwaan Russia.
Russia : mendakwa terdapat golongan Yahudi yang bersimpati dengan Tentera Nazi pada Perang Dunia Kedua (sebenarnya Yahudi yang dimaksudkan mungkin adalah golongan Zionis) (Sememangnya terdapat sejarah penentangan Russia terhadap tentera Nazi serta golongan Neo-Fasis)
Russia : juga mendakwa pengaruh Neo Nazi dan Fasis telah menyebabkan Ukraine dianggap sebagai negara yang penuh rasuah semenjak kemerdekaan Ukraine.(ini merujuk kepada skandal rasuah antara sesetengah ahli politik Ukraine dengan puak oligarki dan mafia - sekitar 2018 yang direkodkan oleh Majlis (mesyuarat) Eropah)
Ukraine : mendakwa balas bahawa skandal rasuah berkenaan adalah berasal dari pengaruh kumpulan nomenclatur negara bekas Soviet
Russia : pula beranggapan Ukraine lah yang melanggar perjanjian kemerdekaan sekitar tahun 90an, Protokol Lisbon, Memorandum Budapest, Perjanjian Persahabatan Russia dan Ukraine.
Ukraine : pula mengganggap Russia yang melanggar perjanjian-perjanjian berkenaan termasuk Memorandum Budapest yang mana syaratnya ialah Russia tidak boleh campurtangan dalam urusan Ukraine. Malah Ukraine telahpun melakukan gencatan senjata nuklear hasil perjanjian berkenaan (mungkin inilah sebabnya Russia menyerang Ukraine, apabila tiada lagi senjata Nuklear di Ukraine)
Russia : Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu ada menyebut mengenai hak serangan dan hak mempertahankan diri. Russia mendakwa Ukraine menyerang kumpulan Etnik Russia selepas Protes Euromadan yang menyemarakkan semangat anti-Russia mengakibatkan ramai yang terbunuh di kawasan Donbas dan Crimea (wilayah-wilayah yang masih di bawah pemerintahan Russia)
Ukraine : mendakwa boleh dikatakan ramai pemerintah Russia suka mencari "pasal" dengan Ukraine - contohnya Viktor Yanukovych (2014) yang dianggap diktator boneka yang enggan menandatangani perjanjian untuk perdagangan bebas Eropah malah Yanukovych sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penunjuk perasaan. Alasan penunjuk perasaan digunakan untuk menguasai kawasan Timur dan Utara Ukraine iaitu Donbas dan Crimea (asalnya milik Ukraine)
Russia : mendakwa kaum etnik Russia (yang menjadi tentera pemisah) memohon bantuan Russia kerana penetangan dasar Ukraine yang dianggap sebagai memaksa mereka mengikut telunjuk jari mereka tanpa membela nasib kaum etnik Russia. Selepas sahaja Ukraine mencapai kemerdekaan, Ukraine memulakan serangan ekonomi terhadap Donbas dengan menutup kilang-kilang di sana menyebabkan kesusahan yang besar dialami oleh penduduk di sana.
Ukraine : pula mendakwa Donbas dan lain-lain wilayah ingin bersatu dengan Ukraine sebagai sebuah negara kerana ingin membebaskan diri dari pemerintahan sosialis bekas negara Soviet itu.
Russia : mendakwa penyerahan wilayah Crimea kepada Ukriane SSR (sekarang dipanggil Ukraine) oleh Nikita Kruschev (1954) adalah tindakan yang tidak sah kerana hanya 13 dari 27 ahli presidum yang hadir ketika itu - dianggap sebagai melanggar perlembagaan.
Ukraine : mendakwa bahawa Wilayah Cremia; jika mengikut fakta sejarah; adalah milik asal Ukraine dan bukannya Russia kerana ianya dikawal oleh Tentera Zaporozhian Cossacks yang dianggap sebagai tentera Ukraine ketika itu yang mengadakan hubungan baik pula dengan kumpulan Khanet Qatar (yang mengalami deportasi oleh pihak bekas negara Soviet)
Ukraine : seterusnya mengingatkan Russia bahawa selepas kemerdekaan dan siri-siri perjanjian, Russia tidak lagi boleh campurtangan dalam urusan Ukraine termasuk urusan persempadanan.
Russia : mungkin tidak senang dengan Ukraine yang ingin bernaung di bawah Nato. Nato pula telah dibantu oleh Kesatuan Eropah yang menyambut baik kedatangan Ukraine. Ukraine telah mengambil peluang ini untuk memajukan negara mereka. (Ukraine dikatakan pernah berhutang dengan negara-negara luar dan ini membimbangkan Russia kerana mungkin isu hutang ini akan digunakan untuk mengambil peluang ke atas Ukraine)
Ukraine : juga telah berjanji untuk memberikan kerakyatan, hak kesamarataan dan kebebasan (seperti yang berlaku di US) kepada mereka yang layak.
Russia : juga marah apabila Ukraine menjanjikan keistimewaan-keistimewaan ini kerana dianggap melanggar pula satu lagi perjanjian iaitu Perjanjian Beluga
Russia : juga bimbang campurtangan NATO dan Kesatuan Eropah mungkin akan mengakibatkan peperangan dan ancaman pula terhadap Russia. Ini juga merujuk kepada sejarah perjanjian antara Gorbachev dan Bush di mana Russia mendakwa terdapat muslihat NATO yang cuba menguasai Jerman selepas penyatuan Jerman Barat dan Timur - ini dianggap telah melanggar perjanjian berkenaan kerana masalah persempadanan Baltik.
Ukraine : mendakwa perjanjian di Persidangan Malta tidak menyebut mengenai NATO meluaskan pengaruhnya ke Jerman dan tidak pernah ada sebarang ratifikasi dilakukan. Ianya sekadar perbincangan di luar perjanjian.
Ukraine : NATO tidak memaksa mana-mana negara untuk menyertainya sebaliknya Perjanjian Warsaw terdapat banyak unsur paksaan pihak Russia.
Russia : NATO tidak sepatutnya meluaskan pengaruhnya ke kawasan persempadanan kerana ianya menghantar mesej yang salah.
Russia : mendakwa tidak pernah meletakkan sebarang pangkalan tentera di kawasan persempadanan US seperti di Mexico atau Kanada. Atas alasan ini Russia beranggapan mereka telah dilayan secara tidak adil.
Russia : mendakwa telah banyak bersabar dengan NATO dan US walaupun dituduh tidak demokrasi. Semasa pemerintahan Yeltsin, banyak usaha untuk mengamankan peperangan dingin dengan US telah banyak dijalankan.
Ukraine : Russia dianggap kejam dalam pemerintahannya selama 400 tahun. Malah selepas kemerdekaan, Russia dianggap tidak pernah mengiktiraf Ukraine dan masih bersikap seperti Komanwel ke atas Ukraine.
Russia : Perjanjian Perezlav 1654 telah menyebut bahawa Kozak Hetmanale perlu taat kepada Tsar Russia disebabkan permusuhan Ukraine dengan Poland.
Russia : masih sentimental dengan keturunan Slavs (Timur) yang juga leluhur Ukraine
Ukraine : mendakwa Russia telah berubah arah, menggunakan bahasa tersendiri, lupa tradisi dan asal-usul, mengubah sejarah dll.
Russia : mendakwa bahawa ianya adalah bahasa asal Slavs tetapi :
Ukraine : mendakwa bahawa Russia telah merosakkan bahasa asal (yang dicampuradukkan dengan Poland) sehingga sukar difahami oleh Ukraine. Malah Ukraine juga mendakwa bahawa Russia mempunyai adat yang cukup berbeza dengan Ukraine yang lebih kepada "uralic" dan "ëucharic" dan bukan dari akar umbi Ukraine yang asal.
Ini kerana adat/budaya Ukraine adalah "Pannonian Basin" Eurasian dan terdapat pengaruh Eropah Timur. Ini juga bermakna secara simbolik, Ukraine seolah-olah beranggapan kebanyakan bangsa Russia juga bukan penduduk asal tetapi bangsa penakluk.
Russia : sangat marah dengan dakwaan ini dan beranggapan Ukraine lah yang mengubah budaya asal. Russia membandingkan antara :
a) Zaporizhzhian Cossaks (Ukraine) dengan Don Cossacks (Russia),
b) Vysyvanka (Ukraine) dan Rubakha (Russia),
c) Petrykivka (Ukraine) dan Zhostovo (Russia),
Ukraine : membalas hujjah menyatakan bahawa Russia telah meniru adat dan kaum Ukraine bagi mendakwa Russialah penduduk asal. Ukraine juga mendakwa :
a) Makanan Borch bukan hidangan Russia tetapi berasal dari Ukraine,
b) Telur Faberge adalah tiruan kepada Pysanky Ukraine,
Ukraine : mengingatkan Russia semasa pemerintahan zalim Joseph Stalin menerusi Holodomor yang menyebabkan kebuluran Ukraine. Walaupun Russia masih sentimental dengan asal usul Wilayah Slavs (Timur) tetapi Ukraine tetap melihat Russia adalah beridentitikan muscovia dan proto Russia.
Ukraine : Malah Ukraine menuduh Russia ingin mengembalikan kegemilangan Empayar Rom dengan meniru logo "helang berkepala dua" Byzantine dan menggunakan panggilan Tsar (Czar) yang berasal dari Caesar.
No comments:
Post a Comment