AMALAN PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN ISLAM YANG TERBAIK
(Panduan Keusahawanan Khalaf)
Baru-baru ini ada permintaan dari beberapa penerbit di Malaysia yang telah menghubungi saya setelah melihat manuskrip yang pertama dan telah menyuarakan hasrat meminta saya menulis buku yang telah lama saya pendam pengeluarannya iaitu mengenai amalan pengurusan dan perniagaan Islam terbaik (best Islamic Management and Business Services) pada zaman (khalaf) ini.
Berikut adalah petikan dari muka hadapan buku berkenaan yang ditulis bersama oleh Encik Md Sukri :
DARI MEJA PENGARANG
Alhamdulillah, setelah menjalankan kajian lebih dua dekad, akhirnya terhasil juga buku ini sebagai salah satu wadah perjuangan kami untuk mencapai hasrat menjana ekonomi ummah pada zaman khalaf.
Penggunaan perkataan "Islamik" menggambarkan bahawa isi kandungan ciri-ciri ini telah diterapkan dengan nilai-nilai Islam.
Pesanan kami kepada pembaca terutamanya mereka dari kalangan professional dan kakitangan pelbagai industri termasuk perkhidmatan awam; dalam membaca buku ini; tentunya tuan/puan akan terlihat unsur-unsur yang mirip kepada piawaian ISO 9000 dan lain-lain piawaian antarabangsa.
Walaupun demikian, untuk pengetahuan pembaca :
a. Pendekatan buku ini akan mengikut proses perniagaan (di mana poin perniagaan biasanya bermula secara tipikal) dan boleh terus disesuaikan dengan apa juga jenis organisasi.
Sidang pengarang juga telah memberikan contoh-contoh dan istilah-istilah yang mudah difahami dalam setiap ciri-ciri yang dipaparkan,
Manakala piawaian ISO pendekatannya berbentuk elemen yang sekurang-kurangnya perlu diatur kembali mengikut kesesuaian proses/operasi dan tiada contoh-contoh konkrit diberikan.
b. Buku ini bukan bertujuan untuk mencapai sebarang persijilan seperti ISO ianya hanyalah panduan yang mengandungi ciri-ciri Islamik – ianya boleh disesuaikan kepada apa juga bentuk organisasi malah boleh dijadikan prinsip secara individu,
c. Walaubagaimanapun, rujuksilang tetap dilakukan kepada dokumentasi ISO, pelbagai piawaian halal dan pengurusan Islam yang lain untuk memudahkan kefahaman,
d. Buku ini tidak akan menjadi satu tindanan (overlapping) kepada mana-mana piawaian ISO, ianya hanyalah satu pilihan kepada pembaca dan pengamal pengurusan perniagaan Islam.
Tetapi sekiranya ada pihak yang berminat untuk meningkatkan taraf buku ini kepada piawaian, sidang pengarang sentiasa bersedia untuk berbincang secara lanjut.
Adalah diharapkan buku ini akan mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT supaya isi kandungannya dapat dilaksanakan paling hampir dengan kehendak syarak di zaman penuh mencabar ini.
Juga nawaitu kami ialah untuk mengkayakan lagi khazanah keilmuan Islamik dan dapat diharmonikan dengan sistem yang sediada seperti perbankan dan kewangan Islam, sistem perakaunan/pengauditan berorientasikan Islam, pelaburan Islam, piawaian halal, piawaian pengurusan Islam yang lain dan sebagainya.
Setelah buku ini dicetak, sidang pengarang dijangka; InsyaAllah; akan mengadakan siri-siri bengkel dan latihan serta perundingan dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan. InsyaAllah, buku ini bukanlah buku yang terakhir bagi kami, akan ada lagi siri-siri komplimentari (siri-siri mini) yang akan dikeluarkan dalam tempoh yang terdekat.
Wassalam
SIDANG PENGARANG
NIK ZAFRI BIN ABDUL MAJID
MUHAMMAD SUKRI BIN YAHYA
1.0 PEMASARAN- R & D, Tinjauan Pemasaran, Periklanan dan Promosi berkonsepkan ta'sir, qimah, tanpa unsur ihtikar dan gharar serta mengambilkira :
i) MS 1500:2009 (M), Makanan halal -Pengeluaran, penyediaan, pengendalian dan penyimpanan -Garis panduan umum (Semakan kedua)
ii). MS 2200:Part 1:2008, Islamic Consumer Goods -Part1: Cosmetic and Personal Care -General Guidelines
iii). MS 2400-1:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline -Management system requirements for transportation of goods and/or cargo chain services
iv). MS 2400-2:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline -Management system requirements for warehousing and related activities
v). MS 2400-3:2010, Halalan-Toyyiban Assurance Pipeline -Management system requirements for retailing
vi). Piawaian dan Panduan bersabit dengan GMP dan HACCP di mana berkaitan
vii) MS1900:2005 Quality Management System - Requirement From Islamic Perspectives
Jenis-jenis produk/industri spt. dharuriyah, hajiyah dan tahsiniah.
2.0 PEMBELIAN DAN PENGURUSAN HARTA - yang memaparkan konsep at-thaman, rundingan, sewaan, spesifikasi, jumlah/mutu, sampel, perlantikan pembekal, sistem kawalan kredit bai-muajjal, qa/qc, pengurusan harta alih & tidak alih, rekod, jaminan bank dari bank/kewangan Islamik, atau Bon (sukuk) dsb.
Ianya juga mengambilkira kesesuaian organisasi menggunakan - PO/Kontrak berdasarkan musamma, al-bay (barter trade/kontra), ijarah, jualan, kafalah, qard (kolateral, wang tahanan dsb) - qimi, hibah, wasiyyah/hawalah, iqalah, wadiah, muzaraah, rahn, suftajah (cek kembara), muatah (spt. memakai vending machine), umra/iarah, amanah, thunya, Tawliah, Wadhiah, Isyrak dan Murabahah dan al-inah
(Dalam ciri-ciri Sumber dan Prasarana ada menyentuh mengenai kepentingan sistem perakaunan mengikut :
'Pernyataan Prinsip Sistem Perakaunan Islam' keluaran Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB. Selain itu kepentingan terdapatnya 'musolla' dalam sesebuah organisasi yang ingin mengamalkan panduan ini)
4.0 OPERASI - yang memaparkan perkara-perkara am, kemudahkesanan, penstoran, aturan barangan, kawalan peralatan ukuran, penilaian -pemeriksaan/penilaian berkala, pengredan 'patuh syariah', tatacara nilaian, ketidakpatuhan - azimah & rukhsah, penilaian susulan, penyediaan senarai ketidakpatuhan.
Konsep Penilaian adalah berdasarkan Wiqayah :
I. tandaras kejayaan – asas pencapaian matlamat organisasi
II. penjamin kelicinan operasi – tandaras ukuran dan penentuan kelicinan operasi di samping berorientasikan motivasi ke arah kejayaan.
III. Proaktif – mewujudkan dan menjangka langkah-langkah pencegahan masalah berdasarkan pengalaman, kemahiran, syor yang bernas dan lain-lain.
IV. menjalankan penilaian tanpa tujuan untuk mencari kesalahan sebaliknya sama-sama untuk mencari langkah-langkah penambahbaikan dan dijalankan dalam bentuk tidak menjatuhkan maruah seseorang.
6.0 PELANGGAN
Buku dan panduan ini juga akan memaparkan contoh model pengurusan Islamik dengan contoh cartalir.
NANTIKANLAH KEDATANGANNYA!!
No comments:
Post a Comment