DISCLAIMER - NIKZAFRI.BLOGSPOT.COM


The information comprised in this section is not, nor is it held out to be, a solicitation of any person to take any form of investment decision. The content of the nikzafri.blogspot.com does not constitute advice or a recommendation by nikzafri.blogspot.com and should not be relied upon in making (or refraining from making) any decision relating to investments or any other matter. You should consult your own independent financial adviser and obtain professional advice before exercising any investment decisions or choices based on information featured in this nikzafri.blogspot.com

nikzafri.blogspot.com can not be held liable or responsible in any way for any opinions, suggestions, recommendations or comments made by any of the contributors to the various columns on nikzafri.blogspot.com nor do opinions of contributors necessarily reflect those of http://www. nikzafri.blogspot.com

In no event shall nikzafri.blogspot.com be liable for any damages whatsoever, including, without limitation, direct, special, indirect, consequential, or incidental damages, or damages for lost profits, loss of revenue, or loss of use, arising out of or related to the nikzafri.blogspot.com or the information contained in it, whether such damages arise in contract, negligence, tort, under statute, in equity, at law or otherwise.

----------------------------

Nik Zafri's current status : (14 April, 2012)

"Dalam pengurusan organisasi, budaya "mengawal ketat" dan "menakut-nakutkan" oleh barisan PENGARAH dan PENGURUS adalah sama dengan "ancaman" yang tercetus dari kegilaan terhadap kuasa atau untuk menunjukkan betapa berkuasanya mereka.

Tidak ada salahnya jika budaya "memberikan ruang" untuk berkembang dan "memberikan penghargaan" atas kerja yang cemerlang oleh barisan PEMIMPIN (bukan setakat pengarah atau pengurus) yang tercetus dari pengendalian yang baik dan kerja secara berpasukan. (Nik Zafri)"

When we talk about proper organizational management, the culture of "stringent control" and "instilling fear" by the Directors and the Managers are equivalent to "posing threat" which is triggered by power craze and to indicate how "authoritative" they are.

What is wrong with some small changes in the work culture by "giving some space" to grow and "giving compliments/appreciation" for work well-done by the LEADERS (not only directors and managers) which is triggered by good handling and teamwork. (Nik Zafri)

Wednesday, November 09, 2011



Ruangan Korporat - 08/11/2011

Bakal cipta sejarah baharu
Oleh SARAH NADLIN ROHIM
bisnes@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 7 Nov. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dipercayai bakal menjadi pengeluar kolagen dan gelatin halal pertama dunia apabila menjadi pemegang ekuiti terbesar bagi sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan.

PNB dikatakan bakal memegang 70 peratus kepentingan dalam syarikat itu.

Menurut sumber, kedua-dua pihak sedang melakukan perbincangan dan keputusan mengenainya bakal diketahui menjelang akhir tahun ini.

''Lebihan pegangan kepentingan pula adalah kepada pemilik kepakaran pengeluaran produk kolagen dan gelatin.

''PNB merupakan calon pilihan untuk memegang kepentingan terbesar itu, tetapi keputusan akhir akan hanya diketahui menjelang akhir tahun ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.



Tambah sumber itu, melalui pemilikan itu, bakal menjadikan Malaysia sebagai negara Islam pertama yang mengeluarkan kolagen dan gelatin dengan pensijilan halal.

''Setakat ini, hanya 0.7 peratus gelatin di pasaran dibuat menggunakan sumber halal dan tiada lagi negara Islam meneroka untuk pasaran tersebut.

''Malaysia akan menjadi negara Islam pertama yang berbuat demikian, ia sejajar dengan matlamat negara untuk menjadi hab halal global,'' jelasnya.

Pada masa ini, pengeluaran gelatin global adalah sekitar 400,000 tan yang bernilai AS$2.2 bilion (RM6.82 bilion).

Gelatin merupakan bahan penting yang banyak digunakan dalam pembuatan makanan, perubatan, kosmetik dan sebagainya.

Potensi pasaran bagi produk itu terutama di Timur Tengah adalah sangat besar dan ia baik untuk perdagangan negara.

----------------------------

Tujuan saya memaparkan artikel ini ialah kerana ada beberapa perkara yang saya rasa perlukan penjelasan.

a. Berita ini menggunakan perkataan 'sumber', 'dipercayai', 'dikatakan' dsb. seolah-olah perkara ini belum dipastikan.

b. Tidak diberitahu 'sumber' berkenaan.

c. Selalunya kenyataan akhbar seperti ini akan dikeluarkan oleh pegawai rasmi (spt. Ahli Lembaga Pengarah) daripada PNB

d. Biasanya sasaran perniagaan sebesar ini akan menjadi sebahagian dari KPI PNB.

e. Seolah-olah ada pihak lain yang ingin mencadangkan penglibatan PNB dalam industri & kolagen gelatin halal.

Walaubagaimanapun, jika berita ini benar, maka banyak manfaat akan diperolehi. Cuma saya berharap ada kenyataan rasmi dari PNB mengenai perkara ini.

Info sent.

Powered by IP Address Locator

LINKS