RANCANGAN DIALOG @ 1
TETAMU
Y.B. TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP
MENTERI KEWANGAN (II)
07 JANUARI 2009, 9:30 MALAM (TV 1)
PERANTARA
SABARUDDIN AHMAD SABRI
1. Dalam usaha menyelamatkan ekonomi negara, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Rangsangan Ekonomi yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan Dewan Rakyat yang lepas. Peruntukan sebanyak RM 7 bilion telah diluluskan untuk menjana ekonomi Negara dengan pelbagai insentif dan subsidi telah diperkenalkan bagi membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.
2. Krisis ekonomi yang melanda dunia kini bermula daripada kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat yang selama ini mengamalkan sistem kapitalis yang amat terbuka dengan memberi kebebasan yang besar kepada syarikat-syarikat yang bukan dimiliki oleh kerajaan. Kerajaan Amerika tidak mengawal langsung dasar dan operasi syarikat-syarikat kapitalis yang beroperasi.
3. Dasar atau sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah telah mencetuskan sifat tamak serta ingin menguasai keseluruhan kepentingan telah menyebabkan hilang perasaan ingin menolong syarikat-syarikat kecil yang sering ketinggalan dalam pasaran ekonomi terbuka. Di sinilah peranan spekulator yang sering mencetuskan spekulasi ekonomi bertujuan mencari keuntungan di sebalik kegelisahan pemegang-pemegang saham.
4. Ekonomi dunia termasuk Malaysia pada tahun 2009 diramal akan penuh dengan pelbagai cabaran. Walaupun negara telah bersedia lebih awal lagi melalui Pelan Rangsangan Ekonomi, namun dalam pasaran ekonomi yang terbuka serta urusan eksport yang menjadi sebahagian daripada kegiatan ekonomi negara, sedikit sebanyak tempias kegawatan ekonomi dunia akan tetap dirasai.
5. Peruntukan sebanyak RM 7 bilion yang diperuntukkan telah pun diagih-agihkan kepada semua kementerian yang bertanggungjawab bagi melaksanakan penjanaan ekonomi negara. Melalui penambahan pelbagai projek-projek kerajaan serta menambahkan peruntukan, kerajaan berharap keyakinan swasta kepada ekonomi negara akan meningkat. Pihak-pihak Bank juga digalakkan memberi pinjaman kepada pengusaha dan peniaga kecil bertujuan membolehkan mereka bergerak serta menjana kegiatan ekonomi. Kerajaan sentiasa memastikan dan memberi nasihat kepada setiap institusi kewangan untuk sentiasa membantu mengerakkan kegiatan ekonomi.
6. Kerajaan akan sentiasa menaruh keyakinan kepada perkembangan ekonomi Negara bertumbuh dengan kadar yang perlahan tanpa penguncupan. Melalui pelbagai dasar dan insentif, kerajaan akan memperbanyakkan peruntukan bagi memastikan projek-projek kerajaan akan sentiasa berjalan.
7. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai simpanan daripada setiap ringgit yang dikeluarkan. Melalui simpanan ini, negara akan sentiasa mempunyai rizab simpanan yang boleh dikeluarkan sekiranya diperlukan. Negara lain termasuk Amerika Syarikat, tidak mempunyai simpanan daripada setiap nilai mata wangnya.
8. Sejak tahun 1983, Malaysia telah memperkenalkan Dasar Perbankan Islam yang telah terbukti berjaya dan mempunyai nilai keselamatan yang tinggi. Kini kebanyakan bank di Malaysia telah mengamalkan sistem Perbankan Islam.
9. Kegawatan serta kejatuhan ekonomi dunia kini, tetap akan dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia. Namun begitu, negara telah belajar melalui pengalaman tahun 1987, 1997 dan kini muncul semula suasana kegawatan ekonomi dunia, cuma cara dan pengendaliannya agak berbeza.
10. Dalam usaha menjana ekonomi negara secara berterusan, kerajaan akan sentiasa memastikan kredit dan pinjaman bank kepada pengusaha dan peniaga diteruskan bagi menjana kegiatan ekonomi. Selain itu, pengangguran pula perlu dikurangkan secara berterusan sehingga mencapai sasaran sifar. Melalui penambahan projek-projek kerajaan yang dapat dilaksanakan oleh swasta mahupun kerajaan, akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat. Kerajaan juga akan memastikan syarikat-syarikat swasta tidak akan memberhentikan pekerja dengan alas an kemelesetan ekonomi.
11. Ekonomi negara kini dijana sebanyak 70 peratus oleh pihak swasta. Melalui kerjasama dan persefahaman yang jitu, kerajaan sentiasa memberi peluang kepada pihak swasta melaksanakan pelbagai projek kerajaan. Dasar Penswastaan yang telah diamalkan oleh kerajaan sejak tahun 1982 telah berjaya membina ekonomi negara dengan berkesan. Melalui Dasar Penswastaan, setiap syarikat swasta akan menganggap mereka, rakyat dan kerajaan di dalam satu syarikat dan berusaha untuk memajukan secara bersama. Kejayaan dasar ini telah menyebabkan kerajaan dan swasta sama=sama memastikan kejayaan negara dikongsi bersama.
12. Kerajaan Malaysia mempunyai kemampuan yang lebih untuk meminjam daripada mana-mana negara dan tabung atau dana wang di peringkat antarabangsa, namun kerajaan masih mampu melaksanakan dasar dan membelanjakan peruntukan yang ada melalui pelbagai aset dan dana kerajaan. Malaysia mempunyai acuan sendiri dalam menguruskan ekonomi negara tanpa bergantung kepada negara luar atau pun dana asing yang akan menjerumuskan negara kepada sifat kebergantungan kepada negara asing. Ternyata dasar dan pelan ekonomi negara telah berjaya meletakkan negara di landasan yang betul dalam menguruskan ekonomi.
PERANTARA : Assalamualaikum dan salam sejahtera saudara, bertemu dalam Rancangan Dialog@1 dan pada malam ini kita akan mengutarakan rancangan pertama kita, Dialog@1 dan Dialog@1 pada malam ini akan membincangkan satu tajuk yang saya rasa rata-rata ramai orang akan menunggu kerana ianya melibatkan semua pihak iaitu Ekonomi 2009, yang mana seperti yang saya nyatakan tadi di awal rancangan, ialah apakah perancangan kita menghadapi masalah ini ataupun ekonomi akan berkembang terus ataupun bagaimana mengatasi masalah ini, dan bagi para penonton kita, untuk Dialog@1 ini kita juga membuka talian kita ataupun kita membuka tajuk SMS di komen, soalan ke 32776.
Hantarkan komen anda, jarak dan soalan, ataupun untuk menghantar komen sila taip komen, nama, lokasi dan nama, soalan atau komen anda dan hantarkan SMS anda ke 32776. Bagi para pemanggil kita, kita juga buka talian kita di 03-22828578/8579. Dan bersama kita pada malam ini untuk membincangkan tajuk yang saya rasa agak penting untuk semua orang ialah Y.B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II. Selamat datang Tan Sri. Masih tak terlewat saya mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada Tan Sri. Kalau kita perhatikan, Tan Sri, sekarang ini tahun 2008 merupakan satu tahun yang penuh dengan cabaran yang mana pada awal dan pertengahan kita dapati terdapat peningkatan mendadak kepada harga minyak, komoditi dan sebagainya. Dan ada juga pihak bergembira pada masa tersebut kerana harga itu naik, dan harga minyak yang menyebabkan inflasi meningkat.
Untuk pengetahuan, kita dapati satu lagi bencana di dunia ini apabila krisis kewangan yang begitu saya ingat sangat hebat sejak mungkin berpuluh tahun kita tidak mengalaminya di dunia ini. Dan kita telah menyebabkan rakyat di negara kita tertanya-tanya, apakah yang sebenarnya berlaku pada 2008 dan apakah harapan kita, ekonomi khususnya pada 2009. Bagaimana Tan Sri boleh melihat perkembangan ini kerana Tan Sri juga kita faham pernah terlibat dalam 1997 di mana Tan Sri, terima kasih Tan Sri telah berjaya dapat membantu negara keluar daripada masalah kewangan. Dan ini sebenarnya kita ingin ketahui apakah sebenarnya yang berlaku pada 2008 dan dari segi ekonomi dunia mungkin kita boleh bincang di Dialog @1, Tan Sri.
MENTERI : Terima kasih saudara Sabaruddin. Untuk kita mengatasi sesuatu masalah, kita harus faham apa dia itu masalah. Itu satu pengajaran kita sejak tahun 1997. Kita dapat mengatasi kemelut tahun 1997 sebab kita tau selok-belok tentang masalah yang kita hadapi pada masa itu. Jadi, soalannya apakah masalah dunia pada masa ini. Daripada mana puncanya? Selalu disebut, oleh para analyst bahawa ia berpunca dari Amerika Syarikat dan yang bermula dengan kerapuhan sistem kredit yang berpunca dari krisis sub-prima. Tapi saya berpendapat kita perlu lihat lebih jauh lagi. Dan saya berpendapat, bahawa kita kini melihat kehancuran sistem kapitalisme Anglo-Saxon. Sebenarnya sejak tahun 1980an, sistem kapitalisme Anglo-Saxon ini telah menjadi sistem utama di Amerika Syarikat, United Kingdom dan juga negara-negara lain, mula terikut-ikut sistem kapitalisme Anglo-Saxon. Sistem kapitalisme Anglo-Saxon ini percaya sangat kepada sistem swasta dan mengikut sistem ini dan kerajaan tidak perlu memainkan peranan untuk mengawal sistem swasta. Sistem swasta itu dengan sendirinya akan menjanakan ekonomi dan kerajaan perlu mengambil tindakan yang sedikit bila perlu sahaja. Dan juga dalam sistem Anglo-Saxon ini, di berikan kebebasan yang terlalu sangat banyak kepada pihak-pihak di sistem itu.
Dan akhirnya sistem ini melibatkan dua unsur. Unsur pertama ialah ketamakan yang tidak berketepian. Dan kedua ialah ketakutan yang tidak berasas. Dan kita lihat bahawa begitu banyak spekulasi yang telah wujud dalam sistem ini. Sejak tahun 1997 dan kini dan yang saudara Sabaruddin sebut tadi. Harga komoditi telah naik, harga pasaran telah naik, harga minyak telah naik dari USD80 pada tahun 2007 kepada USD147 pada pertengahan 2008. Sebab apa dia naik begitu mendadak? Sebab spekulasi. Dan spekulasi itu berasaskan kepada ketamakan. Dan macam-macam alat, macam-macam produk diwujudkan yang begitu kompleks yang tidak masuk akal, tapi diwujudkan dan begitu banyak pinjaman dibuat. Dan bila ekonomi dah turun, unsur yang jadi unsur penting ialah ketakutan. Begitu takut sehingga bank-bank yang terkemuka tidak berani meminjam kepada bank-bank terkemuka yang lain. Memanglah untuk pelanggan. Mereka tidak pinjam. Tapi untuk bank-bank lain pun mereka tak pinjam. Jadi ini telah mengakibatkan satu kerapuhan dalam sistem kewangan. Sistem kredit Amerika Syarikat.
Dan ini telah juga memberi tempias kepada sistem ekonomi benar Amerika Syarikat. Dan sebagai sebuah negara kecil, dan terbuka, yang juga eksport kepada Negara-negara maju tempias itu kita akan terima jugalah dalam tahun 2009. Saya sendiri menganggap tahun 2009 dan saya sendiri menganggap tahun 2009 sebagai satu tahun yang sungguh mencabar untuk kita.
PERANTARA : Tan Sri, saya ingin menarik perhatian kerana ramai juga tertanya-tanya kalau sebelum ini kita ada sambutan sebelum ini Krismas dan akan datang adalah Tahun Baru Cina, dan mereka meramalkan bahawa keadaan ekonomi akan bertambah buruk katanya selepas bulan dua atau bulan tiga. Adakah itu benar Tan Sri dan bagaimana persediaan yang perlu kita hadapi.
MENTERI : Yang jadi masalah sekarang yang jadi isu sekarang ialah tentang cabaran yang dihadapi oleh industri-industri, syarikat-syarikat yang mengeksport kepada luar negara khasnya kepada Amerika Syarikat dan Eropah. Banyak juga syarikat terutamanya syarikat-syarikat dalam bidang electrical dan electronic yang bergantung kepada eksport telah mula merasa tempias di kemelut ekonomi di luar negara. Dan bidang eksport telah menyaksikan satu penguncupan yang signifikan juga. Dan inilah merisaukan banyak pihak. Sama ada industri-industri di negara ini akan memberhentikan pekerja-pekerja dan tidak mengambil pekerja-pekerja baru. Kerajaan memang sedar dengan kerisauan ini dan kemungkinan ini berlaku. Iltizam kerajaan, matlamat kerajaan, objektif kerajaan yang paling utama dalam tahun 2009 ialah untuk mengambil tindakan dari segala aspek dan untuk memberi peruntukan yang mencukupi untuk memastikan bahawa setiap rakyat yang mampu bekerja dapat bekerja. Itu iltizam kita. Dan kita akan berbincang dengan pihak-pihak industri, syarikat-syarikat, persatuan-persatuan untuk mencari kaedah, untuk mencari mekanisme untuk kerajaan membantu dalam perkara ini. Supaya tidak diberhentikan pekerja.
PERANTARA : Kalau kita perhatikan Tan Sri, memang usaha kerajaan memang telah nampak sebelum ini. YAB Timbalan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan juga telah mengumumkan pakej rangsangan sebanyak 7 bilion, tapi ada pihak mengatakan pakej rangsangan mereka semacam katakan tidak turun. Apa yang dinyatakan oleh pihak kerajaan semacam tidak sampai ke peringkat bawah lagi. Apakah sebenarnya Tan Sri? Adakah bila akan dapat dilihat kesan ini? Atau bagaimana Tan Sri?
MENTERI: Tujuh bilion jumlah ini telah pun dibahagi-bahagikan kepada semua kementerian yang terlibat. Dan semua kementerian itu kini sudah ada peruntukan dan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri sendiri telah mengarahkan semua kementerian untuk melaksanakan projek-projek dengan cepat. Saya yakin sebelum hujung suku pertama tahun ini, kita akan lihat impak rancangan rangsangan 7 bilion ini. Saya juga mungkin perlu memberi sedikit penjelasan tentang projek rangsangan ini yang dilaksanakan oleh Kerajaan sebab dalam keadaan yang begitu mencabar ini, yang penting sekali adalah keyakinan. Kita harus memastikan bahawa keyakinan ada di tahap yang tinggi. Dan kita tahu bahawa di dalam keadaan yang begitu mencabar ini, pihak swasta mungkin tidak begitu berani untuk meminjam bagi memperkembangkan perniagaan mereka. Kita faham dan sungguhpun sistem kita begitu mempunyai kecairan, mempunyai liquidity dan mempunyai simpanan yang begitu banyak tetapi mungkin syarikat-syarikat tak berani untuk mengambil pinjaman yang banyak. Di masa seperti inilah Kerajaan,
sebab kita telah melaksanakan polisi begitu berhemah, tidak meminjam banyak pada masa yang senang, kita sekarang mampu membuat dan mengambil pinjaman dari sistem kewangan kita dan kita akan menggunakan pinjaman ini untuk projek-projek yang dapat mempertingkatkan penggunaan aggregate demand supaya dapat mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan.
Dan selepas satu masa yang singkat, saya yakin bahawa langkah-langkah ini dan projek-projek yang dilaksanakan ini akan mengembalikan keyakinan pihak swasta dan pihak swasta sendiri akan mula buat pelaburan dan mengambil langkah untuk mengembangkan perusahaan mereka. Dan 7 bilion yang saudara Sabaruddin sebutkan tadi akan kita lihat akan turun ke bawah. Dan ini termasuk 300 juta untuk memberi skills training supaya kita dapat memberi latihan kepada rakyat kita supaya mereka dapat pengetahuan yang baru dan latihan dalam segala bidang supaya kualiti manpower atau human capital kita lebih tinggi.
PERANTARA: Ya, Tan Sri kalau kita lihat memang kegawatan kita dulu, Tan Sri telah merangka satu program untuk melatih semula graduan-graduan yang menganggur dan memberikan mereka pengetahuan dalam bidang ICT dan juga bahasa Inggeris. Dan kalau kita perhatikan baru-baru ini, terdapat laporan menyatakan kita pun terpaksa menanggung 555 ribu lebih orang pekerja yang telah pencen dan jumlah yang sejumlah 10 bilion dalam masa dua tahun. Tan Sri, dari segi produktiviti mereka, ada juga orang mempertikaikan kenapa kita perlu membelanjakan 10 bilion. Tanpa produktiviti yang mungkin saya ingat banyak mereka ini mempunyai pengalaman? Di manakah mungkin dari segi penempatan mungkin diletakkan kerana kita terdapat masalah untuk mengisi ruangan-ruangan atau kerja-kerja kosong di sana dengan kekurangan jawatan di pihak swasta. Bagaimana Tan Sri melihat isu ini?
MENTERI: Ini memang satu aspek yang begitu menarik sebab kita mempunyai banyak juga rakyat kita yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam pelbagai bidang. Dan mereka dulu terpaksa pencen dalam umur 56 tahun dan Kerajaan telah meningkatkan umur pencen kepada 58 tahun. Kerajaan juga telah membuat satu sistem di mana mereka yang pencen boleh berkhidmat balik melalui satu konsep yang dipanggil Contract For Service. Sungguhpun sistem kerajaan mempunyai jawatan-jawatan tertentu dan jawatan-jawatan hanya boleh diisi melalui peraturan tertentu tetapi untuk jawatan-jawatan lain semua kementerian telah diberi kuasa untuk melantik termasuk mereka yang pencen sebab tak hilang pengetahuan mereka dan tak hilang pengalaman mereka. Mereka boleh lantik dan diberi kebebasan serta kelulusan untuk
mereka melantik pegawai ini untuk berkhidmat kembali dalam mana-mana jawatan dan juga dalam jawatan-jawatan sebagai guru dan tenaga pengajar kepada staf-staf lain.
PERANTARA: Itulah dia. Kita boleh gunakan kepakaran mereka selain kita biarkan. Kita harus, Tan Sri, berada di talian adalah dua orang tetamu yang kita telah undang iaitu Y. Bhg Datuk Salleh Majid, Penganalisis Ekonomi dan juga Y.Bhg Datuk David Chua, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina Malaysia, yang bersama kita dalam Dialog di Tv1 untuk berinteraksi bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Keduanya telah berada di talian. Hello….Hello Datuk Salleh dan Datuk David? (Kedua-dua Datuk menjawab salam) Ok, Datuk, saya ingat saya tanyakan soalan kepada Datuk Salleh dulu. Datuk, mungkin ada pertanyaan kepada tetamu kita iaitu Y..B. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan II kita?
DATUK SALLEH: Terima kasih. Yang Berhormat.....(Menteri memberi salam)
MENTERI: Assalamualaikum..
DATUK SALLEH: Waalaikumusalam. Di dalam akhbar hari ini kita ada terbaca berita tentang sesetengah bank telah mula enggan untuk memberikan pinjaman ataupun mengkaji semula pinjaman yang telah diberi dan ada juga pinjaman-pinjaman yang telah diluluskan malahan dikurangkan jumlah dan sebagainya. Perkara ini pada pandangan sesetengah orang agak bertentangan dengan dasar Bank Negara yang mengatakan kecairan mencukupi di dalam perbankan. Bagaimana pandangan Y.B tentang ini?
PERANTARA: Kita terima satu lagi pertanyaan Tan Sri. Kita terima daripada Datuk David iaitu pandangan Datuk mengenai ekonomi 2009. Mungkin ada spesifik yang Datuk ingin tanyakan kepada Menteri kita. Silakan Datuk.
DATUK DAVID: Saya telah mengikuti keterangan yang telah diberikan Tan Sri tadi. Satu perkara yang paling penting walaupun dalam sistem perbankan kita kecairan ada dan dikatakan bahawa para usahawan mestilah bersedia dan berani meminjam supaya dapat memperkembangkan perniagaan tetapi dari sektor perniagaan, selalu kita menghadapi masalah mendapatkan kemudahan pinjaman kerana rata-rata institusi perbankan lebih-lebih lagi mengenakan syarat- syarat yang lebih ketat lagi. Jadi ini tidak menggalakkan para peniaga untuk meminjam. Itu satu. Yang keduanya, dari segi pembekalan atau supply, usahawan mampu berbuat demikian tetapi kalau dalam satu keadaan di mana kita belum mempunyai keyakinan yang tinggi maka sukar kita menunjukkan permintaan pasaran. Perniagaan memerlukan permintaan untuk mendokong segala kegiatan yang dijalankan oleh para peniaga. Jadi saya berharap Tan Sri dapat menjelaskan kedua-dua perkara ini.
PERANTARA: Terima kasih Datuk. Kita dengar pandangan Tan Sri untuk kedua-dua soalan tadi.
MENTERI: Kedua soalan itu, soalan yang baik. Yang penting sekali adalah keyakinan dalam sistem ekonomi. Bila kita kekurangan keyakinan, bank memang tidak akan begitu berani meminjam. Pengusaha-pengusaha pun mungkin tak berani untuk membuat pinjaman untuk meminjam. Jadi itulah peranan Kerajaan dalam masa yang begitu sengit ini ialah untuk mengembalikan keyakinan dan kita mengembalikan keyakinan melalui sistem dasar fiskal kita. Kita belanja 7 bilion dengan cepat mungkin kalau boleh dalam tempoh 3-4 bulan. Dan saya yakin bahawa dengan perbelanjaan yang begitu banyak, perwujudan jawatan-jawatan yang begitu banyak serta demand untuk produk-produk melalui perbelanjaan kajiannya yang begitu tinggi, pihak bank-bank itu sendiri akan mula yakin untuk memberikan pinjaman dan pihak pengusaha dan peniaga-peniaga juga akan mula berani untuk meminta pinjaman untuk memperkembangkan perusahaan.
Saya faham dan tahu mungkin ada satu dua bank yang tidak memberi pinjaman kepada peniaga sungguhpun projek mereka variable. Kerajaan telah beberapa kali mengingatkan bank-bank bahawa pada masa inilah mereka harus memberi fokus kepada kepentingan Negara dan membantu Kerajaan dalam memulihkan ekonomi dengan memberikan pinjaman kepada mereka yang layak diberi pinjaman. Ada satu pepatah bahasa Inggeris yang menyatakan bahawa sikap bank selalu ialah untuk memberi payung kepada pelanggan bila iklim suasana elok tetapi bila mula hujan dia tarik balik payung. Tetapi kita tidak mahu bank-bank kita mengamalkan budaya yang tidak elok itu.
PERANTARA: Tan Sri, kalau kita perhatikan soalan kedua tadi tentang peniaga, supply and demand. Ini macam membuka satu lagi macam telur dan ayam. Di mana dua-duanya? Kalau mereka menunggu juga kerana permintaan tiada kerana mungkin pengeluaran dari segi pengeluaran barang-barang dan ini akan terjejas. Bagaimana Tan Sri melihat ini? Bagaimana kita nak menggalakkan lagi?
MENTERI: Dan meminjam dan belanja ini secara langsung akan meningkatkan demand. Akan meningkatkan penggunaan dan dengan peningkatan penggunaan ini isu demand bagi pihak swasta tidak akan timbul lagi.
PERANTARA : Dan Tan Sri ya, kalau kita boleh kongsi bersama pengalaman Tan Sri, apabila ketakutan bank di sini pun sama apabila melihat kemusnahan yang berlaku pada sektor kewangan di Amerika Syarikat. Bagaimana Tan Sri boleh menilaikan kemusnahan yang berlaku di sana dengan nilai yang berlaku.
MENTERI : Amerika Syarikat sistem Amerika Syarikat ini dia tidak mempunyai simpanan. Macam di Malaysia kekuatan kita ialah kadar kesimpanan kita 37 peratus iaitu daripada dari setiap ringgit kita simpan untuk masa depan. 37 sen sebagai negara. Di Amerika Syarikat kadar simpanan dia kosong. Dia tidak simpan dan 80 peratus daripada simpanan dunia dipinjam oleh satu negara, Amerika Syarikat. 80 peratus dan tiap-tiap hari kerja hari Isnin sehingga hari Jumaat tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu. Tiap-tiap hari dia pinjam 4 bilion dollar.
Jadi dalam sistem dunia sekarang memang tak adil tak saksama. Sebab negara-negara membangun kita kerja kuat, kita menjana ekonomi, kita mengeksport ke Amerika Syarikat kita dapat UD dollar kita simpan di Amerika Syarikat. Kita tak dapat apa. Jadi sejak tahun 1997 kita telah meminta supaya diwujudkan satu sistem architecture kewangan yang baru dan di dalam sistem ini reserve simpanan kita ini dapat di gunakan dalam kawasan kita sendiri. Tidak perlu disimpan di Amerika Syarikat. Dan juga dalam sistem yang wujud sekarang terdapat double standard sebab hatch fund misalan menjalankan urusan tanpa transparency. Meminjam begitu banyak buat macam-macam spekulasi dan rating agency mereka pun macam Standard and Poor
dan Moody’s tidak dikawal langsung dan produk-produk yang begitu kompleks diberi taraf triple A dan kini trillion dollar lebih dari satu trilion dollar kehilangan dari produk-produk yang diberi taraf triple A.
Jadi ini satu sistem yang tak memanglah tak adil, tak saksama dan memang tidak akan tahan lama. Jadi kita juga dari segi jangka panjang, kita harus memberi pendapat kita dan juga cuba dengan negara-negara lain mewujudkan satu sistem yang lebih adil, satu sistem yang lebih saksama. Dan di sini saya nampak kelebihan Malaysia sebab sejak tahun 1983 kita telah mewujudkan sistem perbankan Islam dan kita kini memang merupakan negara yang terdepan sekali dalam sistem perbankan Islam dan Negara-negara lain pun dah mula datang ke Malaysia untuk mempelajari selok-belok tentang sistem perbankan Islam. Dan kalau kita membandingkan sistem perbankan Islam dengan sistem kapitalisme ala Anglo-saxon kita lihat dengan begitu jelas sekali kelebihan sistem perbankan Islam. Dan dalam sistem perbankan Islam pinjaman yang berlipat ganda tidak boleh berlaku sebab sistem perbankan Islam itu berasaskan kepada aset. Dan kalau sistem perbankan Islam dilaksanakan di seluruh dunia pada
tahun 2008 atau tahun 2007 perkara ini, kehancuran ini tidak akan berlaku. Tidak boleh berlaku di bawah sistem perbankan Islam. Jadi satu hikmah mungkin dari segi jangka panjang untuk kita cuba memperluaskan sistem perbankan Islam kepada negara-negara lain bermula dengan negara-negara Islam yang lain.
PERANTARA: Tak apa Tan Sri. Kita akan kupas lagi tentang isu perbankan Islam ini. Apakala kita berhenti seketika dan kita beri laluan kepada iklan dan sambung semula selepas itu.
PERANTARA : Ya bertemu lagi saudara rancangan Dialog @ 1 di saluran TV 1 rancangan sumber info maklumat anda. Dan Tan Sri ye, berbalik kepada Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan kita. Tadi Tan Sri menyatakan tentang sistem kemusnahan. Saya difahamkan kemusnahan kekayaan akibat krisis yang dianggarkan berjumlah dollar Amerika 30 trilion. Itu jumlah yang amat besar dan sebagai kayu ukur ya jumlah ini merupakan 150 kali KDNK Malaysia. Tan Sri, ini satu musibah yang paling hebat telah dikenakan ataupun berlaku di negara itu. Bagaimana Tan Sri harapan kita untuk sistem perbankan Islam ini untuk kita ketahui dan juga kita menjadikannya sebagai satu sistem yang saya ingat akan menjadi sistem dunia satu masa nanti Tan Sri.
MENTERI : Yang 30 trilion yang saudara Sabarudin sebut tadi tiba-tiba hilang ialah satu kekayaan yang diwujudkan di atas angin. Sebab dalam sistem capitalisme Anglosaxon ini oleh sebab ketamakan banyak pihak di bank-bank yang tidak dikawal selia oleh mana-mana pihak dengan rapi. Mereka mewujudkan macam-macam produk dan tiap-tiap kali mereka mewujudkan produk mereka jual kepada orang lain. Orang lain juga akan jual kepada pihak ketiga, pihak keempat. Dan tiap-tiap orang dapat untung. Dan semua ini berasaskan kepada pinjaman dan dalam keadaan kegawatan pihak yang memberi pinjam akan tarik balik pinjaman jadi banyak liberal edging yang telah dibuat kena deliberate edging dan sebab itulah harga bursa di Amerika Syarikat di tempat-tempat lain merudum dan banyak pihak bank-bank telah jadi muflis dan yang menjadi cabaran untuk kita ialah deliberate edging ini belum habis.
Banyak lagi deliberate edging ini akan berlaku pada tahun 2009. Jadi sebab itulah di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, di Eropah mereka beranggapan tahun 2009 akan merupakan tahun yang lebih mencabar lebih getir berbanding dengan tahun 2008 dan kadar pengangguran di Amerika Syarikat akan melebihi 800 hampir 3 juta orang akan menganggur. Dan inilah jadi satu cabaran untuk kita untuk menguruskan ekonomi kita dalam konteks kegawatan ekonomi yang begitu serius di antarabangsa. Dan tetapi kita mempunyai kekuatan kita sendiri. Sebab kita mempunyai pengalaman dalam 1986 dalam tahun 1997 dan kita boleh menggunakan pengetahuan kita, pengalaman kita pengajaran yang telah kita pelajari untuk mengatasi kemelut yang kita hadapi sekarang. Tapi yang penting sekali ialah dua perkara yang disebut oleh Datuk Salleh tadi tentang pinjaman. Kredit mesti wujud. Tanpa kredit susah untuk kita memulihkan ekonomi. Jadi kita akan meminta bank untuk terus memberi pinjaman. Yang kedua adalah pengangguran Kita mesti mengelakkan keadaan pengangguran. Dan untuk mengelakkan keadaan pengangguran kerajaan akan mewujudkan aggregate demand penggunaan aggregate melalui projek-projek yang dapat diwujudkan, dilaksanakan dengan cepat. 7 bilion itu yang kita ada beri peruntukan kepada kementerian-kementerian. Kita pilih projek-projek yang dapat dilaksanakan dengan cepat dalam 3 hingga 4, 5 bulan. Dalam 7 bilion ini kita termasuk projek-projek yang akan makan masa. Kena simpan dulu. Kita memberi penumpuan, kita fokus kepada projek-projek yang dapat mewujudkan pekerjaan, yang dapat mewujudkan aggregate demand dengan cepat. Dan saya yakin 7 bilion ini akan memberi impak yang positif dari segi keyakinan dari segi aggregate demand kepada ekonomi dan pada masa yang sama pihak-pihak lain juga harus bekerjasama pihak-pihak swasta harus mencuba sedaya-upaya untuk mengelakkan pemberhentian pekerja dan pihak-pihak bank harus memberi pinjaman dan kerajaan akan berbincang dengan pihak bank-bank dan juga dengan syarikat-syarikat dengan juga industri-industri dan gabungan-gabungan industri untuk mencari kaedah dan mekanisme untuk memberi bantuan yang lebih kalau perlu.
PERANTARA: Dan Tan Sri, kita telah menerima panggilan di talian. Kita terima dulu pemanggil. Hello siapa di sana?
PEMANGGIL : Assalamualaikum.
MENTERI : Waalaikummussalam.
PEMANGGIL: YB saya Haji Abdul Kadir bin Mat.
PERANTARA : Ok. Teruskan soalan tuan haji.
PEMANGGIL: Ini soalan saya. Saya ini dengan anak saya nak pinjam dengan bank. Saya ini orang mengempen satu Malaysia saya pergi mengempen. Jadi apakala anak saya ada mintak pinjaman dengan bank cagar sebuah rumah kedai sebanyak 150 ribu jadi sampai ke hari ini tak boleh selesai lagi. Bank Maybank Kuantan ini. Saya pun tak boleh nak pinjam dengan bank pun. Jadi apakala anak saya beritahu saya malulah. Saya terkejutlah. Pinjam 150 sampai sekarang dekat nak sebulan lebih dah tak boleh lulus. Saya mintak YB nasihatlah kepada pegawai-pegawai bank ini jangan buat naya kepada orang nak meminjam. Kalu orang nak meminjam tu tak kisahlah. Kalau orang meminjam tu besok tak bayar apa macam mana ke barulah kita ambil tindakan. Jadi saya nak cakap dengan YB ni, YB kenal saya.
PERANTARA : Kita faham tuan haji. Kita terima pemanggil kedua di talian kita.
PEMANGGIL : Hello. Assalamualaikum. Saya Nik Zafri. Saya penganalisis bebaslah.
PERANTARA : Waalaikummussalam. Ok teruskan.
PEMANGGIL : Saya nak memberi pendapat jelah. Sebab saya sangat bersetuju dengan YB dan YB pun dah banyak cover point-point yang saya nak beritahu tadi.
Kita dah ada experience kita dan pernah outperform US dan Europe di masa-masa yang lepas dan kita buktikan, kita pernah rebound dan kita sentiasa immune kepada apa-apa saja credit impact daripada Barat. Jadi saya rasa kalau kita kekalkan rancangan yang pernah kita buat dan kembali kepada sejarah, kita pasti berjaya. Banyak negara Asia pun tidak pernah bergantung pada IMF atau World Bank dan sebagainya even China pun banyak juga kena underestimate tapi mereka menolak decoupling theory dan sebagainya. Semangat Asia kita ini sangat kuat dan kita boleh buat sendiri. We don’t need anyone to tell us what to do.
Saya rasa kita tidak boleh sangat bergantung pada forecast daripada penganalisa-penganalisa barat yang mana macam YB beritahu tadi bahawasanya ini adalah untuk tujuan spekulasi. Dan juga kita tengok dari belakang tirai banyak yang melakukan heavy hedging, forex dan sebagainya. Jadi saya memang tidak bersetuju sangatlah jika kita menerima analisa itu bulat-bulat daripada barat kerana saya lihat kita Malaysia ada kekuatan kita sendiri macam YB beritahu tadi.
Saya mempunyai pendapat yang berbeza di mana dengan yakin saya rasa Malaysia dan mungkin Singapore akan rebound lebih awal. Kita dah ada trend yang kita ini menawarkan new package kepada GLC dan MMC ini pun pun contribute kepada ekonomi on the recovery.
Dan kita boleh lihat sekarang trend spending menggunakan Euro dan USD ini akan menyebabkan higher demand for export untuk Malaysia dan Singapura. So I think it is a very-very orang kata healthy dan situation is still under control and I don’t see what's the big fuss is all about?
Cuma banking and financial institution sector ini saya tengok mereka ada wait and see what going to happen. Itu saja pendapat saya.
PERANTARA : Itu saja ya Encik Nik. Terima kasih atas pandangan tersebut. Kita bagi peluang pada pemanggil yang lain pula ya. Hah, ini ada dua ya Tan Sri. Masih lagi berbalik kepada soal pinjaman. Mungkin Tan Sri di sini boleh menjanjikan bahawa kita akan memastikan bahawa bank akan memberi. Tapi di
bawah sana pula Tan Sri lain pula ceritanya dan inilah mungkin dua perkara yang berbeza Tan Sri mungkin.
MENTERI : Ya. Satu lagi isu saya akan berbincang dengan bank untuk mengingatkan mereka tentang pentingnya mereka memberi pinjaman. Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh saudara Nik Zafri tadi ialah tentang Cina dan India. Satu kelebihan Malaysia ialah kita dalam tahun-tahun lepas kita sudah menguruskan ekonomi kita dengan sedemikian supaya kita tidak bergantung dengan eksport. Sungguh pun eksport itu prima penting tapi hampir 70 peratus dari ekonomi kita dijana oleh penggunaan dan juga pelaburan. Penggunaan swasta sebenarnya dan pelaburan. Dan kita lihat bahawa negara-negara lain termasuk China, termasuk India yang pada tahun-tahun lepas kadar pertumbuhan melebihi 10 peratus. Tiba-tiba kita nampak sekarang kadar pertumbuhan mungkin 5, 6, 7 peratus. Dan satu pengajaran dari pengalaman dari China, India dan negara-negara lain ialah mungkin pada tahun-tahun lepas mereka bergantung sangat kepada eksport. Jadi dalam tahun-tahun mendatang negara-negara lain seharusnya mengambil tindakan seperti yang kita telah kita mengambil tindakan untuk mengurangkan kebergantungan kita kepada eksport. Khasnya eksport kepada negara-negara barat dan juga simpanan yang kita mempunyai begitu banyak China mempunyai 2 trilion US dolar simpanan, Jepun 1 trilion dan negara-negara Arab banyak simpanan. Kini simpanan itu disimpan di kebanyakan di Amerika Syarikat dalam bentuk bond dan dengan pulangan 2-3 peratus dan kita sejak tahun 1997 telah membuat satu cadangan supaya simpanan ini dilaburkan di negara-negara rantau ini dalam infrastruktur dalam
prasarana. Dan kita akan dapat pulangan yang lebih dan dalam masa yang sama kita dapat bersama-sama menjana ekonomi rantau ini pada had yang lebih dan mungkin dalam hikmat dari kemelut sekarang ialah mungkin negara-negara lain nampak kelebihan rancangan kita dulu untuk melaburkan reserve kita dalam bidang infrastruktur dalam rantau ini berbanding dengan simpan saja dalam bon di Amerika Syarikat.
PERANTARA: Itu sahaja telah jelas bahawa kita dapat menggunakan dengan sepenuhnya. Masalah sekarang ini Tan Sri bagaimana kita dapat memulihkan keyakinan khususnya bank juga tentang attitude wait and see iaitu tunggu dan lihat. Kadang-kadang sekarang ini juga terdapat bank-bank yang besar terutama di Europe telah membuang pekerja mereka dan ini membimbangkan terutamanya
di sini pun, mungkin di Asia akan mengurangkan jumlah pekerja mereka, bagaimana Tan Sri melihat isu ini untuk meyakinkan orang ramai dan gambaran
sebenar ekonomi kita tahun 2009 ini.
MENTERI : Dalam keadaan kemelut kegawatan ekonomi perkara yang menjadi sensitif sangat ialah wait and see. Setiap kali pihak swasta atau sektor-sektor tertentu mengambil pendirian wait and see, ekonomi akan turun. Inilah lumrah dalam sistem ekonomi, bila kurang keyakinan falsafahnya ialah wait and see. Jadi sebab itulah begitu pentingnya peranan kerajaan untuk memecahkan kitaran ini supaya keyakinan dapat dipulihkan melalui perbelanjaan kerajaan dan juga bantuan kerajaan kepada sector- sector tertentu supaya mereka juga dapat memperkembangkan perniagaan mereka dan yang penting sekali terus mengambil kakitangan baru dan dan tidak memberhentikan kakitangan yang wujud.
PERANTARA: Tan Sri , satu lagi ialah baru-baru ini YAB Timbalan Perdana Menteri menyatakan kemungkinan akan diperkenalkan rangsangan lagi mungkin bertambah, apakah rasionalnya Tan Sri dan adakah kemungkinan tersebut berlaku.
MENTERI : Ini sebab kerajaan mempunyai kemampuan untuk meminjam lebih dalam keadaan sekarang. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kita telah menguruskan kewangan kita dengan begitu rupa supaya dapat mengurangkan defisit dari 5.5 peratus pada tahun 2000 kepada 3.2 peratus tahun 2007. Jadi kita mempunyai kemampuan lebih kalau perlu. Kita tahu keadaan ekonomi begitu meruncing dan mungkin cabaran-cabaran akan bertambah dalam bulan-bulan yang akan datang. YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan mengarahkan pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan supaya berfikir dan membentuk satu lagi pakej yang dapat dilaksanakan sekiranya perlu dengan cepat. Pegawai-pegawai sedang membentuk satu lagi pakej dan sedang prepared. Kita akan melakukan apa yang perlu dan kita mempunyai kemampuan untuk melaksanakan pakej rangsangan yang satu lagi. Kita memang mampu dan dalam pakej itu pun kita akan mencari projek-projek yang satu dapat dilaksanakan dengan cepat dan satu lagi akan meningkatkan kualiti pekerja kita kepada satu tahap yang lebih tinggi supaya apabila ekonomi sudah pulih kita mempunyai pekerja kualiti yang lebih tinggi berbanding dengan sekarang.
PERANTARA: Kita baca soalan sms kita yang telah dihantar oleh Mohd Rais dari Melaka minta Tan Sri pantau pegawai di Bahagian Perolehan kerajaan dari Kementerian Kewangan yang tidak faham hendak kuatkuasakan AP, PP dan ACP ini dalam Bahasa Melayu. Banyak pembaziran berlaku akibat tidak patuh peraturan kewangan, mungkin ini salah satu daripada masalah dan bagaimana Tan Sri melihatnya.
MENTERI : Yang melaksanakan projek-projek ini bukan Kementerian Kewangan. Kita memberi peruntukan dan kementerian-kementerian seperti JKR, Kementerian Pelajaran dan kementerian lain akan melaksanakan projek-projek ini.
PERANTARA: Tan Sri, bagaimana yang Tan Sri nyatakan lebih awal antara keruntuhan ekonomi di Amerika ini adalah disebabkan oleh penswastaan. Bagaimana Tan Sri melihat penswastaan di Malaysia ini, adakah kita akan terus juga mengamalkan dan penswastaan yang sebagaimana Tan Sri lihat.
MENTERI : Penswastaan itu tidak ada masalah, yang di Amerika Syarikat falsafah kapitalisme ala Anglo-Saxion ialah untuk memberi kebebasan yang terlalu tinggi kepada pihak swasta, dan kerajaan tidak diberi peranan langsung dalam sistem ekonomi, itu modal yang akan hancur dan saya yakin akan hancur. Penswastaan itu adalah elok sebab banyak peranan dan tugas kerajaan mungkin dapat dimainkan dengan lebih efisien oleh pihak swasta. Dalam falsafah kita kerajaan mempunyai peranan dalam ekonomi, dalam sistem ala Anglo-Saxion itu kerajaan tidak mempunyai peranan, tetapi yang anehnya apabila sistem sudah hancur, kerajaan memberi duit kepada bank-bank, memberi peruntukan kepada bank-bank, membeli share bank-bank dan memberi peruntukan kepada syarikat-syarikat kereta automobil, membeli share mereka. Ini tidak masuk dalam kapitalisme Anglo-Saxion kerajaan tidak boleh melibatkan diri. Semasa kita mengalami kegawatan 1997, kita diajar oleh Amerika Syarikat jangan tolong syarikat-syarikat, jangan bail out tapi apa yang berlaku sekarang bail out. Sekarang kerajaan nampaknya sudah ada peranan. Jadi kita sejak dulu kena memperingatkan negara-negara barat bahawa sistem kapitalisme Anglo- Saxion ini tidak boleh dipertahankan sebab falsafahnya salah kerana kerajaan tidak diberi peranan, tetapi di sini kerajaan masih ada peranan. Sungguh pun penswastaan itu akan terus dilakukan dan saya tidak nampak keburukan tentang penswastaan, janji kita melakukan penswastaan itu dengan saksama, adil supaya kerajaan tidak rugi dan sektor swasta tidak rugi, dua-dua untung dengan syarat kita membuat perjanjian bahawa penswastaan itu adalah kaedah yang baik.
PERANTARA : Kita dapat ikuti baru-baru ini juga kajian akan dilakukan terhadap perjanjian konsesi lebuh raya. Ini satu langkah yang begitu penting, kalau di sana mungkin tidak dibenarkan kerajaan campur tangan. Apakah lagi inisiatif mungkin dari segi penyertaan yang mana kita akan memberi tumpuan khususnya yang melibatkan orang ramai.
MENTERI : Saya berpendapat kekuatan satu bangsa itu ialah kita sedar tentang kekuatan kita dan pada masa yang sama kita menyedari kelemahan kita. Kita mengambil tindakan untuk mengatasi kelemahan kita. Jadi dalam aspek penswastaan mungkin ada kelemahan yang dilakukan pada masa-masa lampau tetapi kelebihan kita adalah kita mempelajari dan menginsafi. Kita mempelajari tentang cara penswastaan yang lebih optimum dan pada tahun-tahun akan datang dari pengajaran kita dan dari kelemahan pada tahun dulu kita akan melaksanakan sistem penswastaan dengan lebih baik dan lebih adil.
PERANTARA: Itulah harapan kita untuk dapat memastikan bahawa kita akan terus mengikut model kita dan acuan kita. Jadi apa yang penting kita perlu yakin kepada diri dan negara kita.
MENTERI: Ini ada pengajaran kita sejak tahun 1997 sebab di antara negara-negara yang mengalami kemelut kegawatan 1997 hanya Malaysia sahaja negara terulung yang dapat memulihkan ekonomi dengan menggunakan acuan kita sendiri dan dengan tidak mendapat satu sen pun pinjaman atau gran dari IMF, World Bank atau dari negara lain, satu sen pun kita tidak dapat. Kita memulihkan ekonomi dengan acuan sendiri dan dengan langkah-langkah kita sendiri yang mulanya tidak dipersetujui oleh mereka tapi akhirnya mereka menyedari dan mengakui bahawa langkah-langkah kita adalah langkah-langkah yang baik. Jadi perkara ini saya sebut sebab kalau kita dapat memulihkan ekonomi pada tahun 1997, ini memberi kita keyakinan bahawa dalam kesusahan dan cabaran yang kita akan hadapi pada tahun 2009, InsyaAllah kita dengan kerjasama rakyat dan semua pihak, kerajaan akan memastikan bahawa kita juga akan dapat mengatasi dan muncul dengan lebih kuat lagi.
PERANTARA: Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua dan merupakan seorang yang terlibat dalam dua krisis dan ini merupakan kali yang ketiga. InsyaAllah dengan pengalaman Tan Sri dan pengalaman yang diperoleh oleh semua orang semasa mengalami kegawatan, kita perlu memberi semangat dan dorongan terutamanya para bank-bank . Ini satu lagi ingatan kita dan ingatan Tan Sri tadi supaya kita terus mengaktifkan lagi ekonomi kita. Kalau kita perhatikan tadi banyak yang kita nyatakan tentang kegagalan yang dinyatakan oleh Tan Sri tadi, itu menjadi satu iktibar kepada kita, dan InsyaAllah kita akan dapat lalui dengan doa dan kerjasama rakyat kita. Kita akan dapat atasi krisis yang melanda ini. Terima kasih kepada pemanggil kita dan kedua-dua tetamu tadi Datuk Salleh Majid dan Datuk David Chua yang bersama kita bertanya soalan dengan YB Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. InsyaAllah kita akan bertemu lagi dalam Rancangan Dialog @ 1 di minggu depan di waktu yang sama dan dengan ini saya bagi pihak penerbit mengucapkan assalamualaikum dan salam sejahtera.