Artikel berikut merujuk kepada beberapa buah artikel lain – telah ditulis dan disesuaikan semula bagi kemudahan rujukan.
Agak lama juga saya tidak menulis mengenai sentimen pasaran dan faktor psikologi yang mempengaruhinya. Kali ini saya akan menuliskan mengenai isu psikologi dalam dagangan FOREX.
Walaupun FOREX melibatkan banyak angka, kebarangkalian dan carta, Forex; bagi saya; adalah lebih kepada “seni daripada sains”. Anda hanya perlu bermodalkan bakat dan keyakinan diri untuk memulakan langkah. Pedagang Forex yang baik biasanya menyalurkan kemahiran menerusi latihan berterusan dan disiplin yang tinggi. Mereka melakukan analisa sendiri bagi mengenalpasti apakah yang sebenarnya menguatkan dagangan mereka, bagaimana untuk mengendalikan rasa takut dan memadamkan rasa ‘tamak’ kerana psikologi perdagangan FOREX sebenarnya tidaklah terlalu bergantung kepada sentimen seperti pasaran saham.
A. SASARAN DAN TEKNIK
a. Anda perlu ada sasaran. Pilihlah satu kaedah (teknik) yang sesuai dengan sasaran kita. Pastikan kita selesa dan biasa dengan teknik berkenaan dan tidak terlalu terpengaruh dengan cara orang lain.
Sebelum memulakan perjalanan, adalah penting kita mengetahui destinasi dan cara untuk sampai ke sana. Dengan kata lain, kita memerlukan :
a. sasaran yang boleh diukur dan apa yang sebenarnya yang ingin dicapai,
b. kita sudah pun mempunyai kaedah (teknik) dagangan.
Jadi sasaran itu penting sebenarnya bagi anda. Tuliskan di atas sehelai kertas jika perlu. Teknik yang anda pilih sangat penting kerana setiap teknik mempunyai pendekatan dan risiko yang berbeza serta sikap yang betul dalam berdagang.
Contohnya kita ingin memantau dagangan kita dalam kedudukan terbuka (open position) dalam pasaran (contohnya teknik ‘scalping’), maka, kita perlu berdagang mengikut kekangan masa dan sasaran (contohnya jumlah pip yang tetap) yang kita sendiri tetapkan samada beberapa jam sehingga maksimanya 24 jam (hari) (daily trade)
Jika kita mempunyai modal yang besar dan dapat bersabar walaupun tempoh dagangan sehingga 2-3 bulan demi keuntungan yang lebih besar, maka anda perlu menjadi seorang ‘position trader’.
Kesimpulannya, jika anda menggunakan teknik yang silap serta tidak sesuai dengan perwatakan anda, maka kerugian akan menyebabkan tekanan psikologi yang tinggi.
Forex akan menjadi satu bentuk perjudian kerana anda tidak dapat menerima ‘kekalahan’ – lalu anda terus melaburkan lebih banyak wang dengan harapan untuk mendapat pulangan yang tinggi. Ini sebenarnya BUKAN ciri-ciri pelaburan tetapi ianya lebih kepada ‘pertaruhan’.
Jika anda bersikap sebegini, maka lebih baik anda jangan berkecimpung dalam arena FOREX kerana jelas anda tidak faham bahawa perdagangan Forex sebenarnya berkonsepkan “perniagaan” dan tentunya sesuatu perniagaan itu tertakluk kepada dua kata kunci utama – UNTUNG dan RUGI.
Bagi pedagang FOREX yang berpengalaman, “Rugi” itu sebenarnya bukanlah “rugi yang tidak patut berlaku”, tetapi ianya satu bentuk pelaburan untuk anda lebih matang. Yang penting setelah anda faham mengenai “rugi”, maka apa yang penting bagi anda ialah memikirkan pula untuk membuat “untung”. Keseimbangan psikologi seperti inilah yang diperlukan bagi mengendalikan perasaan anda yang tidak menentu terutamanya mereka yang baru ingin mula berkecimpung di bidang ini.
B. MEMILIH BROKER
Cari seorang broker atau seorang pedagang Forex yang mempunyai cukup pengalaman untuk memberikan bimbingan kepada anda. Biasanya seorang pedagang Forex yang baik akan mencadangkan tapak dagangan yang sesuai dengan pola perdagangan anda.
Adalah satu faktor yang penting bagi memilih broker yang menawarkan tapak dagangan yang membuka ruang untuk anda membuat analisa yang diperlukan.
Cara memilih broker yang betul ialah membuat satu kajian dan perbandingan di antara satu broker dengan satu broker yang lain. Anda juga perlu mengetahui dasar yang ditetapkan oleh broker dan bagaimana dia memasuki pasaran.
Contohnya pasaran dagangan (diniagakan) di atas kaunter atau pasaran spot sangat berbeza dengan pasaran yang dipandu oleh pertukaran (matawang)
Jika anda ingin menggunakan teknik penomboran Fibonacci (rambang dan tidak mengikut turutan), pastikan tapak dagangan yang disyorkan oleh broker dapat memaparkan garisan Fibonacci.
Senario :
1) Seorang broker yang cekap tetapi menggunakan tapak dagangan yang tidak sesuai atau
2) seorang broker yang tidak cekap tetapi menggunakan tapak dagangan yang baik akan menimbulkan masalah.
Pastikan anda mendapatkan broker yang cekap dengan tapak dagangan yang sesuai.
C. KAEDAH
Sebelum memasuki pasaran, anda perlu tahu perkara-perkara asas dalam dagangan terutamanya teknik mana yang anda ingin gunakan. Anda perlu mendapat maklumat yang mencukupi bagi menentukan bila untuk ‘masuk’ dan bila untuk ‘keluar’.
a) Cara fundamental : Ada yang memilih untuk melihat suasana ekonomi semasa kemudian menggunakan carta bagi menentukan masa yang paling sesuai untuk berdagang
b) Ada pula yang memilih analisa teknikal dan menggunakan carta bagi menentukan sendiri jangkamasa yang sesuai untuk berdagang. (contohnya 5-6 jam atau sehari atau seminggu atau bila untuk keluar (entry) dan bila untuk masuk (exit)
Yang pastinya cara fundamental (a) memandu trend jangkapanjang manakala corak carta (pattern) (b) biasanya digunakan untuk tempohjangkapendek.
Apapun kaedah yang anda pilih, ingatlah yang penting ialah anda perlu konsisten dengan teknik berkenaan di samping tetap bersedia untuk fleksibel mengikut suasana pasaran. Dengan kata lain, sentiasa mengambilkira kepekaan mengenai perubahan dinamik pasaran.
D. FREM MASA PANJANG (ANALISA BERARAH) DAN FREM MASA SINGKAT (PENENTUAN TITIK 'KELUAR' DAN 'MASUK')
Ramai pedagang yang keliru kerana terdapat konflik maklumat semasa memantau carta dalam frem masa yang berbeza. Apa yang dilihat sebagai peluang pembelian mungkin sebenarnya ialah isyarat untuk menjual pada carta intraday.
Jadi, anda perlu memastikan bahawa carta mingguan dan merujuksilang kepada carta harian sehingga ianya memaparkan isyarat yang sama samada ‘beli’ atau ‘jual’.
5. PENGIRAAN JANGKAN (MENGIKUT SASARAN)
Jangkaan (Expectancy) merupakan satu formula yang boleh digunakan untuk memastikan keberkesanan sistem yang digunakan.
Cuba semak kembali sejarah dagangan anda yang lepas dengan membandingkan ‘kemenangan’ dan ‘kekalahan’. Kemudian buat pengiraan ke atas dagangan yang berjaya dan bandingkan berapa banyak kerugian dagangan yang anda telah alami.
Lihat 10 dagangan akhir. Sekiranya anda masih belum berdagang, lihat carta di mana sistem yang anda gunakan menunjukkan indicator samada anda perlu ‘keluar’ atau ‘masuk’. Pastikan anda dapat membuat jangkaan terhadap untung dan rugi dagangan. Tuliskan hasil ini di atas kertas. Jumlahkan kadar ‘kemenangan’ anda menggunakan formula berikut.
J= [1+ (M/K)] x P – 1
di mana :
J = Jangkaan
M = Purata Dagangan yang Menang (Win)
K = Purata Dagangan yang Kalah (Loose)
P = Peratusan Nisbah Kemenangan
Contohnya : Jika anda telah lakukan 10 dagangan dan enam daripadanya adalah dagangan yang menang manakala bakinya (4) adalah yang kalah, maka nisbahnya ialah 6/10 atau 60%. Jika 6 dagangan = USD2,400.00, maka purata kemenangan ialah USD2400/6 = USD400.00.
Jika kekalahan anda berjumlah USD1,200.00, maka kerugian purata anda ialah USD1,200/4 = USD300.
Gunakan keputusan formula ini dan hasilnya ialah :
J = [1+ (400/300)] x 0.6 - 1 = 0.40 atau 40%.
40% jangkaan bermakna sistem yang anda gunakan akan memberikan pulangan 40 sen setiap dollar dalam tempoh jangkamasa yang panjang.
6. TUMPUKAN PADA DAGANGAN DAN BELAJAR MENERIMA KERUGIAN YANG KECIL
Setelah membiayai akaun anda, perkara yang paling penting ialah untuk memahami bahawa modal anda sedang berada dalam risiko apatah lagi jika wang yang anda laburkan itu sebenarnya adalah duit untuk membayar bil utiliti atau belanja harian atau bulanan atau simpanan anda.
Mungkin idea saya agak janggal untuk anda. Tetapi cuba beranggapan bahawa modal pelaburan anda adalah belanja untuk bercuti. Maka setiap kali percutian itu tamat, maka belanja untuk cuti juga telah habis.
Berdasarkan anggapan ini, dengan sendirinya anda telah bersedia untuk menerima kerugian yang kecil dan ini merupakan kunci dalam menguruskan risiko anda. Dengan memberikan tumpuan kepada dagangan anda, maka anda telah bersedia untuk menerima kerugian yang kecil daripada sentiasa mengira jumlah ekuiti anda. Anda pasti akan berjaya!
Pastikan anda melakukan leverage ke atas dagangan anda ke risiko maksimanya hanyalah dua (2) peratus dari pembiayaan anda. Katakanlah anda mempunyai USD10,000 dalam akaun dagangan anda, jangan sampai anda kerugian lebih daripada 2% daripada nilai akaun.
Sekiranya anda dapati ‘stop’ (pemberhentian) anda melencong jauh daripada 2%, gunakan dagangan dalam frem masa yang singkat atau kurangkanleverage anda.
7. MEMBINA SUASANA POSITIF
Kitaran maklumbalas yang positif dihasilkan menerusi dagangan yang seimbang dengan perancangan anda. Jika anda merancang untuk berdagang dan anda berjaya, maka akan tercipta satu corak maklumbalas yang positif. Apatah lagi jika sesuatu kejayaan diikuti dengan lebih kejayaan sekaligus menghasilkan rasa keyakinan – terutamanya apabila dagangan anda menguntungkan. Walaupun anda mengalami kerugian yang kecil, kekalkan kitaran maklumbalas yang positif.
8. Melakukan Analisa Pada Hujung Minggu
Adalah satu sikap yang baik untuk bersedia lebih awal. Pada hujung minggu bila pasaran ditutup, cuba luangkan masa untuk meneliti carta mingguan bagi melihat corak atau berita yang memberikan kesan kepada dagangan anda. Mungkin corak menunjukkan double top dan pelabur-pelabur lain termasuk berita yang anda terima menunjukkan market reversal.
Kemungkinan ini juga satu muslihat untuk memikat anda ke dalam pasaran supaya mereka dapat menjual posisi mereka dalam keadaan tambahan kecairan. Maka kita kena membuat strategi yang sesuai dengan suasana seperti ini. Jadi, jika anda mengesyaki perkara ini berlaku, maka lebihkan masa untuk melihat berita dan fakta daripada mendengar khabar atau spekulasi dari pelabur-pelabur lain.
Seandainya pasaran tidak menunjukkan sebarang titik masuk, maka anda perlu rileks dan menanti peluang sehingga masanya sesuai. Jika anda terlepas sesuatu dagangan, tentunya ada peluang untuk memasukinya kemudian. Maka pentingnya anda bersabar dan mempunyai disiplin yang tinggi untuk menjadi seorang pedagang yang baik.
9. SIMPAN LOG DAGANGAN ANDA
Cetak rekod dagangan anda kerana anda boleh belajar sesuatu dari sejarah dagangan (terutamanya yang menang). Semak kembali dan tuliskan sebab-sebab untuk berdagang termasuk mana-mana elemen fundamental yang mempengaruhi keputusan anda.
Tandakan carta berkenaan dengan titik masuk dan keluar. Catatkan sebarang komen di atas carta berkenaan.
Failkan rekod ini supaya anda dapat melihatnya pada bila-bila masa yang anda suka. Tanyakan diri anda semasa melihat rekod-rekod ini – adakah anda panik? Adakah anda tamak? Adakah anda terlalu berjaga-jaga? Tuliskan apa yang anda rasakan. Hanya dengan menentukan objektif dagangan anda, barulah anda akan belajar kawalan perasaan dan disiplin mengikut sistem yang anda telah tetapkan daripada bergantung kepada tabiat.
Ini adalah antara cara-cara untuk berdagang secara berstruktur dan hasilnya, anda akan lebih matang dalam perdagangan.
Perdagangan adalah suatu cabang kesenian – dan terdapat hanya satu cara sahaja untuk menjadi matang dalam dagangan – iaitu peningkatan dalam kecekapan menerusi amalan yang konsisten dan disiplin yang tinggi.
Lebih banyak latihan serta pengalaman yang dilakukan, maka lebih matanglah dagangan anda.