Bailing out troubled corporations is not the right answer. Most of the money is used for shares buyback - hence not helping with the employment prospects or development. Regulations must be improved to limit shares buyback. Get them to commit using the money for employment opportunities/development as well.
Thursday, April 27, 2023
Wednesday, April 26, 2023
SOMETHING IS HAPPENING IN MALAYSIA RETAIL SECTORS - SELF ANALYSIS BY NIK ZAFRI
("stories"" from the marketplace - these are just a self analysis)
Major retail sectors (including big names/brands) in Malaysia are experiencing great turbulence especially post pandemic are still haunting them.
Retail sales are dropping badly, layoffs are slowly happening, signs of inflation, branches are closed, public listed ones are reentering PN17 despite great CDR plans, high operation cost, big lawsuits, failure in seeking new buyers/investors for takeover, failed rebranding - even the ratings are low.
I wouldn't mention names - those that I've identified facing problems are department stores, fashion/apparel/footwear and furnitures.
Surprisingly the ones that I never expected are low budget marts (RM2/3 ringgit shops), makeups/personal care, Coffee beverages/baked goods and grocery stores.
Friday, April 21, 2023
KISAH "PENGEMBARAAN" YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN - PENGALAMAN NIK ZAFRI
Awal 1980-an - cuti sekolah di rumah arwah abang di Negeri Sembilan. Nak balik raya Aidiladha ke Kelantan, sebab terlewat, tiket bas dah habis. Abang suruh raya kat rumah dia je, saya yang tidak mahu.
Abang hantar saya ke Seremban selepas Subuh. Berbekal hampir RM100.00 (dulu banyak tu) Bermula 6.30 pagi -
b) kemudian naik bas ekspress ke Kuantan (Kompleks Teruntum),
c) naik bas ekspress ke Kerteh (beli sedikit kuih-muih)
d) naik bas lama ke Marang,
e) naik bas "hantu" (bas kilang) ke Kuala Terengganu - ada peristiwa bas kena tahan JPJ tapi lepas - agaknya JPJ kesihan (tidur di Stesen Bas) - ramai orang tidur di situ - jam 12.30 malam.
Pagi Raya
f) solat subuh - takbir raya sikit dan dari jam 8.00 pagi naik bas lama ke Kampung Buluh (Bandar Permaisuri)
g) naik teksi (kereta sewa) ke Kampung Tok Dor, (beli kerepek)
h) naik kereta "prebet" ke Jerteh,
i) naik bas awam Jerteh (No. 03 - SKMK) terus ke Lundang, Kota Bharu - tiba jam 5.00 petang
(geger Ummi ambo call abang tanya bila Zafri nak sampai - dulu henfon mana ada? Baki duit ada dalam RM40.00 lebih - masih banyak - itupun dah beli banyak juga kerepek/kuih di Kerteh dan Kampung Tok Dor - Ummi "happy" tapi nampak tanda kerunsingan seorang ibu)
Friday, April 14, 2023
AWAL 80-AN - KISAH NOSTALGIA - PENGALAMAN DI BUKIT JAWA MENCARI KULAT SISIR
(Foto-foto ini bukan milik saya tetapi diambil dari sumber rambang di Google)
Cuti penggal tahun-tahun awal 80an memang amat dinanti-nantikan oleh saya. Ini kerana saudara mara rapat hampir sebaya akan datang ke rumah saya di Lundang atau saya akan ke rumah mereka untuk bercuti. (biasanya dari kalangan sepupu atau dua pupu)
Rata-rata mereka datang - paling kerap samada dari Bachok/Kemudi atau Pasir Puteh/Selising/Bukit Abal/Berangan. Kami selalunya akan menghabiskan masa dengan pelbagai permainan kampung, menelaah buku, memancing dan lain-lain.
Antara pengalaman yang masih saya ingat ialah semasa bertemu dengan dua pupu saya Wan Salman - untuk bermalam di rumahnya. Dia mengambil saya turun dari bas dengan motorsikalnya di Selising.
Malam itu dapat menikmati juadah kampung termasuk kulat sisir (goreng kunyit, telur, cili, garam, bawang dll - lihat foto) Saya sering tertanya-tanya dari mana datangnya kulat sisir ini? (selalu Ummi beli 2-3 "kopi" (tin susu kosong) di Pasar Besar KB (lama)
Wan Salman tunjukkan saya sekumpulan kelkatu pada lampu gas (orang kelate panggil "gasleng" - gaslamp - sebenarnya lampu minyak tanah) Petua orang-orang kampung dulu-dulu, kalau selepas hujan, nampak kelkatu, maknanya ada kulat sisirlah. (petua ni sebenarnya ada logik sebenarnya)
Pagi-pagi selepas subuh, Wan Salman mengajak saya menaiki motornya ke kaki Bukit Jawa*.
*Bukit Jawa (lihat foto) merupakan sebuah daerah di jajahan Pasir Puteh, Kelantan. Bukit Jawa bersempadan dengan daerah Bukit Abal dan Padang Pak Amat. Bukit Jawa juga bersempadan dengan jajahan Kota Bharu dan Bachok. Selising merupakan pekan utama bagi daerah ini*
Kami mula mendaki Bukit Jawa menerusi trel-trel sempit. Saya amat seronok kerana melihat suasana kehijauan sekitarnya. Cuaca pagi pun amat dingin dipenuhi kabus. Kagum melihat Wan Salman dalam usia muda, cekap dalam menebas kawasan trel dengan "klewenya".
Wan Salman mengingati saya supaya tidak digigit semut "pok kiya" - ada orang panggil "pak kiok" (semut ini zaman kecil-kecil dulu selalu dibuat laga) yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan. (lihat foto) - mirip semut charlie.
Wan Salman memberikan air kosong sebotol (pada awalnya saya tidak tahu mengapa). Saya melihat, Wan Salman memercikkan air di sekitar batang kelapa yang telah patah. Tiba-tiba saya melihat kulat sisir telah mula mengembang dengan banyaknya. Saya; apa lagi; terus memercikkan air di batang kelapa yang lain. Banyak juga hasil yang dikutip itu.
Semasa hendak pulang setelah 3 hari berada di sana, Wan Salman membekalkan saya dengan beberapa plastik kulat sisir. Dia juga mengajar saya macamana nak bawa motorsikal sehingga ke simpang Selising - satu pengalaman yang menyeronokkan. (tak ada lesen) - sempat juga menziarahi kawasan maqam lama di kawasan berkenaan yang dikatakan berkaitan dengan Pahlawan Mat Kelate dan beberapa kawasan bersejarah lain di sana)
Thursday, April 13, 2023
I NEVER HAD ENOUGH OF MALAYSIA
Many of my foreign friends described a some sort of positive aura that Malaysia has. The peace and the unity - religion, race and culture - and still manage to integrate harmonically with modern technology/sustainable development .
You feel the joy not only in Kuala Lumpur but other states as well. I try my best to avoid highways and purposely drove via the original windy roads passing through districts and villages (you'll be surprised to find old buildings/historical landmarks along the way) to the Northern/Southern parts (and definitely east as I'm originally a Kelantan boy)
Being Malaysian, I haven't had enough of my own country, there seem to be too many interesting places that I haven't visited yet, too many hilly areas and forest reserves to explore, too many food I haven't tasted, lovely and even hidden beautiful paradise of beaches/coastal areas. (not to mention the "vast universe" of Sabah/Sarawak)
To tell you the truth, I'm still exploring (even in KL area and Selangor and trust me, I'm not only taken aback by foreign tourists admiration/respect but also surprised to see how many foreign tourists have gone to places that I've never gone before (LOL).
Saturday, April 08, 2023
TOK KAYAN/TOK EGOK - LIM TOH KHIAM - Ditulis kembali oleh Nik Zafri (09 APRIL 2023 - pada pertengahan bulan Ramadhan)
Nota : Penulisan berikut telah saya tuliskan kembali atas
permintaan beberapa orang kerabat, saudara-mara rapat saya termasuk untuk
paparan kepada sejahrawan muda dan peminat-peminat sejarah. Saya sudah lama
mencari sumber untuk penulisan berikut tetapi banyak yang gagal saya tuliskan
setelah berdekad mencari fakta mengenai penulisan ini.
Penafian :Apa yang tercatat di bawah ini adalah dari sumber pelbagai termasuk dari
Internet, Hikayat Patani, kitab-kitab, jurnal-jurnal,
nota-nota/catatan-catatan/log-log lama yang saya miliki sendiri dan juga kisah
mulut dari penduduk tempatan Patani serta kaum keluarga dari Reman.
Walaupun segala usaha terbaik telah dilakukan untuk mengesan sebanyak sumber
mengenai Tok Kayan atau Tok Egok (Lim Toh Khiam) tetapi saya tidak dapat
mengesahkan sesetengah dari fakta-fakta yang digunakan. (pembaca akan mendapati
perkataan "dikatakan" berulang-ulang digunakan dalam penulisan ini)
Sesiapa yang ingin kongsikan penulisan ini dialu-alukan tetapi digalakkan
"copy and paste" pada blog atau akaun sosial media masing-masing
dengan memberi kredit kepada saya.
------------------------------
Lim Toh Khiam atau Lim Toh Khian adalah dari kalangan Tiongkok berdarah Teochew
berasal dari Chenghai/Huilai di Guandong. Dia berpindah ke Quanzhou/Chinchew,
Fujian.
Namanya berbeza-beza cara sebutan umpamanya Lin Daoqian atau Lin Tao Chien. Di
Pattani, semasa dia memeluk Islam, dia juga dikenali sebagai Tok Kayan/Tok Egok
(ada sumber yang menyatakan nama beliau sering diubah kerana untuk mengelirukan
pihak berkuasa China dari mengesannya)
Dikatakan Lim merupakan seorang lanun yang aktif di kawasan perairan China. Lim
merupakan seorang yang amat berpengaruh sehingga diilaporkan mempunyai pengikut
lebih dari 5000 orang mengikut satu rekod Ming yang dicatat pada bulan Julai
1569.
Lim juga diibaratkan sebagai "Robin Hood" yang merompak dari yang
kaya/sombong dan dibahagikan kepada penduduk tempatan yang miskin untuk menarik
hati mereka menjadi pengikutnya.
Lim juga pernah beroperasi di Champa dan Luzon dan Filipina. tetapi telah
dipatahkan serangannya di Taiwan oleh Yu Dayou, seorang panglima Maharaja Ming
Jiajing. (ada sumber menyatakan Yu Dayou adalah dari zaman Dinasti Song atau
Dinasti Tang)
Lim telah melarikan diri ke Kepulauan Penghu dan kemudiannya Beigang di Taiwan
tetapi berjaya dikesan oleh Yu Dayou.
Lim pernah berperang dengan seorang lagi Ketua Lanun yang handal bernama Lin
Feng kerana perebutan kawasan perairan dan ingin memaparkan kehandalan
masing-masing sebagai Ketua Lanun. Pihak berkuasa China juga pernah berhasrat
untuk merekrut Lin Feng bagi membantu menangkap Lim Toh Khiam.
Namun, walaupun Lin Feng berselisih faham dengan Lim, dia enggan membelot dalam
kumpulan lanun. Akhirnya setelah dipujuk, Lin Feng akhirnya berpura-pura
bekerjasama (hanya untuk mengetahui taktik pihak berkuasa China) dan secara
diam-diam telah menyalurkan maklumat kepada Lim Toh Khiam.
Apabila pihak berkuasa China mendapat tahu akan konspirasi Lin Feng, Lin Feng
telah melarikan diri ke Pulo (Pulau) Condor (kemudiannya ditukar menjadi Pulau
Con Son oleh Vietnam) di perairan Vietnam pada tahun 1574.
Lim Toh Khiam amat dikehendaki oleh Kerajaan China tetapi mereka gagal
menangkapnya kerana Lim amat licik dan pandai menyamar serta mengamalkan
pelbagai ilmu mistik/seni mempertahanan diri Cina.
Semasa di Taiwan, Lim Toh Khiam dikatakan menggunakan darah musuhnya yang
dilumuri pada dinding kapal sebagai "pendinding ghaib kapal" atau
"penggerun musuh"
Dia juga dikatakan memiliki 3 panah jampian bertujuan untuk membunuh Maharaja
China pada waktu awal pagi. Lim juga mempunyai seekor ayam jantan untuk
mengejutkannya pada tempoh yang ditetapkan iaitu pada waktu fajar menyinsing.
Namun, usaha pembunuhan ini telah gagal kerana adiknya Jin Lieng telah
menyebabkan ayam itu terkejut dan berkokok. Lim terbangun dari tempat tidurnya
kerana menyangkakan waktu fajar telah tiba.
Akhirnya dia telah memanah 3 kali ke arah istana tetapi hanya terkena pada
kerusi takhta yang kosong kerana Maharaja China masih beradu ketika itu.
Maharaja China murka kerana mendapati ada nama Lim tertulis pada panah-panah
berkenaan. Baginda mengarahkan tenteranya untuk menangkap dan menghukum Lim Toh
Khiam namun gagal kerana Lim telah berjaya bolos dan melarikan diri.
Ada sumber yang menyatakan, hartanya ditanam di Gunung Dagu (Mount Dagu) arah
barat Donggang Liaoning di Daguashan. Sumber lain menyatakan, dia mempunyai
banyak harta dalam kuantiti hampir sembilan peti buluh yang tertanam di kawasan
Bukit Takau, Taiwan sekitar tahun 1563.
Lim dikatakan berjaya melarikan semua harta-hartanya kemudiannya dan belayar ke
Pattani dengan ramai pengikutnya. Semasa berada di Patani, Lim Toh Khiam
membina hubungan yang baik dengan Sultan Mansur Shah Patani - dikatakan di
zaman Dinasti Sri Wangsa. Baginda Sultan amat kagum dengan diplomasi dan
kemahiran pertukangan besi terutamanya dalam pembinaan meriam (Phaya-Tani)
Beliau telah dilantik sebagai ketua pelabuhan dan diamanahkan untuk menguruskan
cukai ke atas pedagang-pedagang luar.
Dikatakan Lim Toh Khiam telah memeluk Islam ketika ini dan mendapat gelaran Tok
Kayan atau Tok Egok. (Ada satu sumber menyatakan Lim Toh Khiam bergelar
"Panyalimpanun")
Tok Egok juga telah menggunakan sebahagian hartanya untuk diinfakkan bagi membina
pelbagai infrastruktur di Pattani termasuk sebuah masjid yang terkenal iaitu
Masjid Kerisek (Krue Se) atau Krisek, Keresik, Kresik, Kresek dan Gresik.
Beliau juga telah berikrar taat setia kepada Sultan untuk menyerang musuh
Pattani iaitu Siam. Di pertengahan 1570-an, Tok Egok berjaya mengumpulkan 2000
orang pengikut dari Pattani termasuk golongan pedagang yang menetap di sana.
Dari satu sumber Dinasti Ming, pihak berkuasa China terpaksa bergabung dengan
Siam dan Portugis bagi menangkis serangan hebat bertubi-tubi Lim Toh Khiam
terhadap kerajaan Siam antara tahun-tahun 1578 - 1581.
Namun, ada rekod dari Hikayat Patani (Phongsawadan muang pattani) menunjukkan
Kerajaan Siam berkali-kali cuma menyerang Patani tetapi dipatahkan kerana
kehebatan meriam-meriamnya (Phaya-Tani) sebanyak 3 buah ( juga digelar Sri
Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama) selain meriam-meriam kecil
(digelar Mahalela iaitu berukuran 5 hasta 1 jengkal)- ciptaan Lim Toh Khiam
yang diperbuat/ditempah dari pelbagai jenis besi dan tembaga dari segenap
pelusuk rantau.
(peristiwa ini juga dikaitkan dengan Syeikh Abdul Mubin dan Syeikh Gombak dari
Minangkabau merupakan pedagang-pedagang barangan tembaga yang diarahkan untuk
menjual kepada kerajaan Patani tetapi mereka telah menjualnya kepada kerajaan
Melaka mengakibatkan mereka telah dihukum - tidak dapat juga saya sahkan kisah
ini kerana terdapat konflik dalam beberapa catatan lain dari Minangkabau)
Satu-satunya putera pewaris takhta iaitu Sultan Patek yang masih muda ketika
itu telah dibunuh oleh saudara tirinya, Raja Mambang kerana ingin menaiki
takhta. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku pada Raja Mambang samada
baginda telah dihukum atau telah melarikan diri dari Patani diusir tentera yang
setia dengan Raja Hijau (Puteri sulong Sultan Mansur Shah Patani)
Dikatakan Tok Egok telah mengahwini Raja Hijau. (namun tidak dapat dipastikan samada mereka mempunyai zuriat walaupun ada kisah mulut dari Pattani menyatakan satu rekod dari China menyatakan bahawa keturunannya hasil perkahwinan dengan Raja Hijau telah mewarisi kerajaan Patani kemudiannya - tidak dapat dipastikan kesahihannya - malah ada sumber mendakwa Tok Egok usianya panjang serta masih hidup di zaman Raja Biru (1616) dan masih jadi penasihat kepada pembina-pembina meriam untuk Raja Biru- tetapi ada rekod lain menunjukkan Tok Egok telah kembali ke rahmatullah dalam tahun-tahun sekitar 1580-an)
Kedatangan Tok Egok ke Pattani juga telah mempengaruhi siri-siri migrasi kaum
Cina Teochew yang sangat ramai ke Pattani. Ada yang memeluk Islam dan ada yang
kekal dengan agama asal. (malah terdapat penempatan kaum Cina di kawasan
berkenaan) Rekod seorang Pedagang Belanda pada tahun 1603 oleh Jacob Van Neck
menunjukkan ramai orang-orang Melayu Islam dari keturunan Cina (yang mendakwa
keturunan Tok Egok atau berkaitan persaudaraan dengan Tok Egok) dan kaum Cina
Teochew menjadi penduduk Pattani.)
Tok Egok dikatakan mempunyai seorang lagi adik perempuan bernama Lim Ko Niao.
Lim Ko Niao telah belayar ke Pattani untuk mencari abangnya bagi memohon
abangnya pulang ke China kerana ibunya sedang sakit tenat. Lim Ko Niao
dikatakan telah bertemu abangnya tetapi abangnya enggan pulang ke China kerana
dia dikehendaki oleh pihak berkuasa China.
Lim Ko Niao yang sangat kecewa dengan keputusan abangnya kerana dia sanggup
datang dari jauh kerana ibunya sakit. Oleh kerana kecewa dan tidak dapat pulang
ke China tanpa abangnya dan terkenangkan ibunya yang masih sakit, Lim Ko Niao
dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung diri pada sebatang pokok
gajus.
Tok Egok amat sedih dengan kematian adiknya dan telah meminta orang-orang Cina
Teochew yang tinggal di Pattani bagi menguruskan pengkebumian adiknya mengikut
adat Cina. Dikatakan jirat adiknya berada tidak jauh dari Masjid Kerisik. Pada
awal abad ke 20, satu kuil tokong dibina di kawasan jirat Lim Ko Niao dan ramai
bangsa Cina dari Selatan Thai datang bagi memberikan penghormatan kepada Lim Ko
Niao.
Meriam-meriam Tok Egok ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke
atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
Pada tahun 1631, Patani pernah menghantar bala tentera ke Ligor (Nakhon Si
Thammarat) untuk membebaskan wilayah itu dari cengkaman Siam, dua buah kapal
Siam berjaya dirampas dengan 2 orang Belanda. Kemudian angkatan Siam bejaya
merampas kembali Ligor dari tangan Patani, tetapi 2 orang Belanda masih hilang,
menyebabkan Belanda memihak kepada Siam dalam peperangan menentang Patani.
Di antara serangan Siam yang terbesar ke atas Patani berlaku pada Mei 1634,
dimana 60,000 bala tentera Siam melanggar Patani, tetapi angkatan Siam ini
mengalami kekalahan akibat serangan kuat dari gabungan bala tentera Patani dan
juga Portugis yang asalnya menyokong Kerajaan Siam dan China selain bersekutu dengan Empayar Johor-Pahang-Riau-Lingga apabila Raja Ungu yang memakai gelaran Paduka Sultanah Syah Alam telah berkahwin dengan Sultan Pahang,
Pada tahun 1785, Siam akhirnya telah berjaya mengalahkan Patani setelah
pelbagai pertempuran yang sengit. Meriam-meriam Phaya-Tani Tok Egok (Sri Nagara
dan Sri Patani) telah dirampas oleh Siam di mana salah satu dari meriam
berkenaan ditempatkan di hadapan pejabat Kementerian Pertahanan Thailand di
Bangkok. (ada sumber menyatakan bahawa salah satu meriam berkenaan ada di dalam
Istana Thai dan ada juga yang mendakwa masih ada salah satu dari Meriam itu
disimpan di Pattani - tidak dapatlah saya mengesahkan dakwaan ini)
Terdapat banyak petisyen dari saki-baki keturunan-keturunan Raja Pattani
bersama penduduknya untuk dikembalikan meriam-meriam Phaya-Tani ke Pattani.
Dikatakan kerajaan Thailand telah membina replika Phaya-Tani dan diletakkan di
hadapan Masjid Krisek namun ianya dimusnahkan penduduk tempatan kerana disyaki
meriam palsu.
Saturday, April 01, 2023
YOU WILL FOUND WHAT YOU LOST BY REVISITING YOUR PAST
Looking back at 1995-1997, I am proud to still be of assistance to many researchers. This is one of many. There are so many references made to my work that I've overlooked.
23 years ago, people still find our work useful





