Friday, April 21, 2023

KISAH "PENGEMBARAAN" YANG TIDAK PERNAH DICERITAKAN - PENGALAMAN NIK ZAFRI


Awal 1980-an - cuti sekolah di rumah arwah abang di Negeri Sembilan. Nak balik raya Aidiladha ke Kelantan, sebab terlewat, tiket bas dah habis. Abang suruh raya kat rumah dia je, saya yang tidak mahu.
Abang hantar saya ke Seremban selepas Subuh. Berbekal hampir RM100.00 (dulu banyak tu) Bermula 6.30 pagi -
a) saya menaiki bas ekspress ke Puduraya KL,
b) kemudian naik bas ekspress ke Kuantan (Kompleks Teruntum),
c) naik bas ekspress ke Kerteh (beli sedikit kuih-muih)
d) naik bas lama ke Marang,
e) naik bas "hantu" (bas kilang) ke Kuala Terengganu - ada peristiwa bas kena tahan JPJ tapi lepas - agaknya JPJ kesihan (tidur di Stesen Bas) - ramai orang tidur di situ - jam 12.30 malam.
Pagi Raya
f) solat subuh - takbir raya sikit dan dari jam 8.00 pagi naik bas lama ke Kampung Buluh (Bandar Permaisuri)
g) naik teksi (kereta sewa) ke Kampung Tok Dor, (beli kerepek)
h) naik kereta "prebet" ke Jerteh,
i) naik bas awam Jerteh (No. 03 - SKMK) terus ke Lundang, Kota Bharu - tiba jam 5.00 petang
(geger Ummi ambo call abang tanya bila Zafri nak sampai - dulu henfon mana ada? Baki duit ada dalam RM40.00 lebih - masih banyak - itupun dah beli banyak juga kerepek/kuih di Kerteh dan Kampung Tok Dor - Ummi "happy" tapi nampak tanda kerunsingan seorang ibu)

No comments:

Post a Comment