Kebakaran rumah di Jalan Pinggiran 3/11, Taman Pinggiran Batu Caves belakang rumah kediaman saya di Jalan Pinggiran 3/9 pada 10 Januari, 2023 kira-kira jam 11.00 Pagi. Semua mangsa terselamat. Saya memuji tindakan pantas Bomba Selayang dan Rawang berjaya memadamkan api dalam tempoh 15 minit. Saya juga kagum dengan pihak PDRM, TNB dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) yang turut berada di tempat kejadian. Dari berita yang belum disahkan, kebakaran berpunca dari kebocoran gas kerana aktiviti masakan untuk perniagaan. Pihak Forensik BOMBA dan Timbalan OCS PDRM akan melawat kawasan.'
No comments:
Post a Comment