Perkembangan ekonomi secara asasnya dapat diukur menerusi perbelanjaan pengguna dan pelaburan selain Keluaran Dalam Negara Kasar.
Pemotongan dan rebat cukai sepatutnya menjadi satu bentuk pulangan kepada perbelanjaan pengguna bagi menjadi satu insentif untuk berbelanja.
Namun perbelanjaan juga boleh menjadi satu risiko jika tidak dikawal dengan baik. Pendidikan berterusan untuk menyimpan dan melabur masih berada di tahap yang rendah.
Apabila disebut sumber tenaga, kita perlu lebih banyak kajian ke atas sumber alternatif kepada minyak dan hidro kerana perubahan iklim jika tidak diambil tindakan tegas, akan berpotensi mengurangkan kuantiti minyak atau kekurangan takungan air untuk tenaga hidro. Ini juga akan menyebabkan harga minyak akan naik melambung tinggi dan bil elektrik semakin tinggi.
Tetapi, ironinya, sumber tenaga alternatif contohnya solar, perkakasannya amat mahal sekali walaupun kebaikannya dapat dirasai dalam tempoh jangkapanjang. Begitu juga dengan harga yang terlalu tinggi untuk kereta elektrik dan solar termasuk hibrid
Ditambah pula dengan kesulitan untuk mencari tempat mengecas di stesen-stesen minyak.
Pada saya, hal ini memerlukan keikhlasan dan usaha lebih gigih dari semua pihak samada kerajaan atau pihak pengeluar perkakasan, pengedar, pembekal dll termasuk pihak Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) walaupun terdapat geran hanya untuk mengeluarkan prototaip.
Sudah tiba masanya, kita melihat kembali kepada industri kitaran semula bahan-bahan menggunakan prinsip Simbiosis Industri bagi memastikan kos pengeluaran adalah rendah. Sekarang ini, industri kitaran semula, end-product nya masih agak mahal dan hanya segelintir membolot pulangan yang tinggi tanpa mengambilkira orang lain.
Jika harga teknologi baru menjadi terlalu mahal, lama-kelamaan ianya akan menjadi "redundant" dan hanya pihak yang berkemampuan sahaja dapat membelinya - jauh sekali rakyat marhaen untuk memilikinya. Itupun permintaan pasti jadi rendah kerana kurangnya perkhidmatan servis pakar dsb.
Kita sudah perlu hentikan sikap memikirkan "wang besar" untuk teknologi ciptaan atau innovasi. Tidak ada gunanya jika kita "bercakap besar" mengenai "state of the art technology" tetapi ianya langsung tidak memanfaatkan rakyat.
No comments:
Post a Comment