Thursday, March 20, 2025

LAKSMANA KOTA TINGGI - SIAPAKAH DIA? PENDAPAT DAN SEJARAH ALTERNATIF DARI NIK ZAFRI

Nota : Tulisan ini ditulis hanya menggambarkan pendapat peribadi dari saya dan bukanlah bertujuan untuk menimbulkan apa-apa konflik atau mengubah sejarah yang ada di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor

Pada 18 January, 2025, saya berkesempatan solat di Masjid Luqmanul Hakim di Kampung Kelantan, Kota Tinggi Johor sebelum menziarahi maqam Laksamana Bentan Megat Sri Rama (1670an) dan Dang Anum (juga di Kampung Kelantan, Kota Tinggi Johor)


Seterusnya ke maqam Tun Habib Abdul Majid diakhiri dengan maqam Sultan Mahmud Mangkat Di Julang.

Untuk Info - di sebelah ninda saya ada hubungan terus menerus kepada Dato Laksamana Kota Tinggi (1420an) dan anaknya iaitu Tun Tijah yang berkahwin dengan Andi/Andik Ali/Faqih Ali. (Awas - jangan tertukar pula antara Dato Laksamana Kota Tinggi Johor dan Laksamana Bentan Megat Sri Rama atau antara Tun Tijah Johor dan Tun Teja Pahang/Melaka (1460an) kerana garismasa antara kedua generasi ini adalah ratusan tahun jaraknya)

Datuk Laksamana Kota Tinggi Johor yang saya maksudkan ialah apa yang dicatitkan oleh Datuk Perdana Menteri Nik Mahmud Paduka Raja Kelantan:

“Syahdan dan pada suatu masa bulan sedang mengambang di tepi langit, tersebutlah cerita anak raja Bugis lari daripada saudaranya menumpang sebuah bahtera sampai ke Johor dan tumpang duduk berkirim diri rumah Laksamana Kota Tinggi, dipanggil Andik Ali.
“Tatkala Laksamana memandang kepadanya berasalah kasihan belas dan dipeliharanya sebagai anak angkatnya sendiri. Tidak berapa tahun kemudian diperjodohkan dengan anaknya Wan/Tun Tija"
Sememangnya saya ada pendapat sendiri mengenai asal-usul nama Kampung Kelantan di Kota Tinggi Johor tetapi biarlah saya simpan untuk diri saya sahaja buat masa ini.
Al-Fatihah ------------------------------------------ Pada 8 Mac, 2025 - saya menulis lagi setelah dihubungi oleh pihak tertentu dari Kota Tinggi
Kisah ini masih belum dirungkai sepenuhnya. Saya telah mendapat banyak pertanyaan dari mereka di Kampung Kelantan - Kota Tinggi termasuk mereka yang berkaitan dengan Laksmana Megat Sri Rama. Saya sudah menjelaskan kepada mereka bahawa Laksmana Megat Sri Rama dan Laksmana Kota Tinggi adalah orang yang berbeza walaupun mereka akan kaitan antara satu dengan lain. Saya cuma berpendapat berdasarkan kajian saya, Kampung Kelantan bukan mengambil sempena Laksmana Megat Sri Rama (kisah Sultan Mahmud mangkat Di Julang) malah titian Laksmana atau Sekolah Dato Laksmana Kota Tinggi mungkin bukan merujuk kepada Megat Sri Rama - tetapi kisah ini bermula di zaman Faqeh Ali sebelum zaman Laksmana Megat Sri Rama. Wallahualam.
ps : Saya juga tidak menolak pendapat ini sebab ada kebenaran juga kajian di bawah ini :
https://dusunraja.wordpress.com/2016/04/23/kg-kelantankota-tinggi-jdt

No comments:

Post a Comment