Sunday, February 04, 2024

PETUA


Salam, sebenarnya banyak soalan yang dikemukakan pada saya sejak tahun lepas - bertanyakan apa petua yang saya amalkan, kaki masih kuat - masih dapat bersepatu roda dengan pantas pada usia masuk 58 tahun 2024.
Sememangnya ada petuanya - tetapi sesetengahnya perlu dikongsi secara peribadi kerana ianya melibatkan "herbs", petua pengamal seni mempertahankan diri (sesetengahnya ada di FB saudara Dr. Azlan Ghanie II, dan set ubat-ubatan (yang sememangnya memerlukan sedikit pelaburan) tetapi saya kongsikan 4 disiplin utama perlu dijaga terlebih dahulu.
1) Kawalan Mental - ini paling penting. Saya sedar, ramai yang mempunyai pelbagai masalah peribadi terutamanya kewangan (saya pun ada masalah berkenaan - itu perkara biasa). Sebelum beriadhah atau beribadah, kita perlu kosongkan diri kita sebentar dari sebarang masalah - biasanya saya akan menarik nafas 3 kali - tarik nafas 1X tahan - lepaskan perlahan-lahan ke kanan. Jika kita tidak memikirkan banyak masalah - sudah tentu kita akan dapat fokus. (begitulah sebaliknya) Kawalan mental juga penting dalam kita beribadah atau berdoa dengan tenang dan bukan dengan perasaan terlalu bimbang dan marah. Kondisi mental kita boleh menyebabkan kita makan dengan jumlah yang terlalu banyak dan ini boleh membahayakan kesihatan dalam tempoh jangka panjang.
2) Senaman dan riadhah - bagi yang telah lama tidak beriadhah dan berusia 40 tahun ke atas walaupun sebelum menunaikan umrah atau haji sekalipun, cara riadhahnya ialah berjalan perlahan-lahan - sekurang-kurangnya 5km (pergi dan balik) dan maksima adalah 10km (pergi dan balik) - jangan lebih dari ini. Sebaiknya jangan fikirkan cuaca - samada pagi atau petang - dingin, teduh atau panas. Kecuali hujan, jika anda menanti cuaca yang baik, mood yang baik, masalah selesai terlebih dahulu, sampai bila-bila pun anda akan jadi malas untuk beriadah.
Semasa riadah berjalan kaki - cuba bernafas secara sederhana menerusi hidung dan bukan menerusi mulut. Jadikan 2 atau 3 langkah = satu nafas. Lepaskan nafas perlahan-lahan ke arah bawah dengan tidak terus tergesa-gesa menghembus nafas keluar.
Jika anda ada masalah jantung atau pernafasan, kurangnya jarak anda kepada 2km (pergi dan balik terlebih dahulu)
(Petua Berlari dan lain-lain gerakan riadhah - akan saya kongsikan kemudian)
3) Petua mandi - sebaiknya siram di kaki terlebih dahulu sehingga suhu badan kita terasa sedikit suam baharu perlahan-lahan siram naik ke atas. Bila tiba pada kepala, basuh muka terlebih dahulu dan renjiskan sedikit air di kepada dan urut sedikit di kawasan ubun-ubun dan perlahan-lahan jiruskan air ke seluruh badan bermula dengan kepala
(Petua tidur, tempoh rehat dsb - akan saya kongsikan kemudian)
4) Ubat-ubatan/makanan - elakkan menggunakan steroid atau pain-killer terutamanya jika anda berusia lebih 40 tahun kerana steroid dan pain killer amat merbahaya sekali terutamanya jika anda mengalami masalah jantung, darah tinggi, kencing manis atau strok. Dapatkan preskripsi doktor dan jalani apa-apa ujian perubatan yang perlu mengenai apa juga ubat-ubatan yang kita nak gunakan terutamanya pain killer. Begitu juga dengan suplemen, herbs dsb. - sebaiknya buat kajian tersendiri bimbang takut akan mengakibatkan kesan sampingan pada tubuh kita.
(mengenai akupuntur, bekam dan urutan - akan saya kongsikan kemudian)
Mee segera/jajan - mee segera sebenarnya tidaklah begitu membahayakan kesihatan tetapi perencah dan perasanya itulah yang menyebabkan ia berbahaya kepada kesihatan dalam tempoh jangkapanjang. Jika terasa nak makan mee segera, buatlah perasa kita sendiri seperti aneka bawang, kicap, garam (bukit/buluh) dan sedikit ayam atau daging dll mengikut citarasa.
Sebaiknya kurangkan mee segera dan jajan - agak-agak saya 3 - 5 bulan sekali, bolehlah. (sebenarnya kalau saya 6 bulan sekali atau setahun sekali)

No comments:

Post a Comment