Tuesday, February 20, 2024

JANGAN TERTIPU DENGAN SYARIKAT "PELABURAN" - Nik Zafri

Tahun 2016, saya ada menghadiri satu jemputan untuk mendengar ceramah 30 minit mengenai satu syarikat pelaburan yang katanya nak disenaraikan di ACE market di sebuah hotel (3 bintang)

Terkejut juga bila dapat kad perniagaan dari mereka yang bertugas di pintu masuk bilik mesyuarat tertera sebuah "Syarikat Sdn. Bhd." Ada lebihkurang 20 orang yang hadir dan mereka meminta saya duduk di kerusi paling hadapan walaupun saya mendesak untuk duduk di kerusi belakang. (rasa lain macam nih)
Sepanjang penerangan diberikan, saya sudah dapat mengesan "red flags" antara lain - "bukan skim cepat kaya", "diluluskan undang-undang" dll bla-bla-bla ibarat macam syarikat jualan langsung pula. (produk pun tidak ada - sekadar memaparkan kilang-kilang (ODM) tertentu usahasama untuk "contract manufacturing")
Cara penerangan mengenai prosedur penyenaraian pun saya tengok banyak kesalahan. Terus-terus IPO, kut mana ni?
Mana "pre-submission" (penstrukturan IPO, "due diligence" dll) Mana "regulatory approval"? dan beberapa proses lain? Yang ditunjukkan surat permohonan untuk disenaraikan? Kandungannya pun nampak silap.
Hati da rasa - ini macam scam ni.
Dah habis penerangan, saya buat-buatlah bodoh bertanya depan-depan orang ramai :
1) Boleh ke Syarikat Sdn. Bhd. jadi firma pelaburan? Bukan yang "awam berhad" ke?
2) Berapa jumlah modal untuk melayakkan diri ke ACE market? Berapa "total market capitalization" yang diperlukan semasa disenaraikan? Berapa lama konsesi yang diberikan oleh kerajaan?
3) Mana lesen pengurusan dana? Mana lesen pengurus dana? (2 lesen tu)
4) Mana prospektus?
Tiba-tiba berbunyi satu suara di belakang saya menyokong apa yang saya katakan.
Penganjur dah terketar-ketar nak menjawab. Lalu saya pun bangun dan keluar dari ceramah berkenaan diikuti oleh rakan saya dan dua hingga tiga orang dari ceramah berkenaan. Rasa membazir masa pula datang.
Rupa-rupanya di belakang saya tadi yang menyokong saya adalah penyamar orang awam dari pihak berkuasa. Khabarnya dah ada operasi tutup dan rampas tidak lama selepas acara berkenaan.
Banyak juga whatssap dan PM FB yang saya dapat - ...malaslah nak layan kerana semua mesej yang ditulis adalah sia-sia belaka.
Dah terhantuk baru tergadah. Tapi ramai lagi yang percaya dengan penipuan seperti ini. Sampai ribuan ringgit habis. Saya rasa malas nak tegur sebab ada sahaja alasan/jawapan "penjilat"- biarla pihak berkuasa buat kerja sikit. Saya sekadar nak selamatkan kawan-kawan yang terpengaruh je.

No comments:

Post a Comment