Sebagai seorang genius sukan badminton negara, apabila menerima tekanan kononnya tidak mahu berkerja secara berkumpulan, Datuk Misbun bertindak berlatih secara sendirian dan akhirnya berjaya menghasilkan keputusan yang terbaik dunia.
BAM tidak pernah serik apabila Misbun menubuhkan Nusa Mahsuri dan sekali lagi berjaya mentransformasikan pemain-pemain yang tidak dikenali kepada juara-juara peringkat dunia. Mesej-mesej bisa ini masih gagal difahami oleh pihak pengurusan BAM.
Misbun adalah seorang yang cukup patriotik dan sayangkan negaranya. Kalau orang lain, mungkin dah lama lari ke luar negara dengan tawaran-tawaran yang cukup lumayan. Dan saya pasti, dia akan menerima salah satu tawaran berkenaan - malah akan ada lagi tawaran-tawaran lain akan membida Datuk Misbun. Biasalah, jika tidak dihargai di negara sendiri, sudah tentu negara lain yang akan menghargai pejuang Malaysia.
Sudah tentu Datuk Misbun berkecil hati apabila ditamatkan kontrak secara lisan. Sudah tentu dia berkecil hati apabila Datuk Subra yang menyampaikan berita buruk padanya dan bukannya rakan baiknya yang menjadi Presiden BAM. Kenapa takut berhadapan dengan Misbun? Atau ada isu lain yang disembunyikan dari kita? (memetik kenyataan Datuk Lee Chong Wei bahawa bukan semua perkara yang boleh dibincangkan di luar kerana faktor kerahsiaan - ini juga akan memberikan persepsi yang salah sebenarnya)
Bila dah kecoh Datuk Misbun buat sidang media dibantu pukulan-pukulan maut oleh adiknya, baru BAM nak kecoh. Sudah tentulah dia berkecil hati, ada antara anak-anak didiknya tidak dapat menerima caranya yang sangat tegas dan "sok-sek" di belakang beliau dan memberitahu "orang atasan". Sudah tentu dia berkecil hati apabila hanya dia seorang sahaja yang ditamatkan kontrak tidak mengikut lunas perundangan dan bukan orang lain yang ikut sama bertanggungjawab. Sudah tentulah dia berkecil hati apabila digelar "outdated" walaupun hasil yang dikeluarkannya adalah kontra dengan pendapat umum.
Saya nak tengok apa hasilnya nanti apabila dia menerima tawaran dari luar negara. Terkebil-kebil la jawabnya apabila juara-juara dunia bukan lagi datang dari Malaysia. BAM tak takut ke?
Jelas pihak pengurusan BAM tidak faham jiwa seorang genius dan mereka merasakan Misbun seolah-olah cuba "dictate" syarat kepada BAM. Walhal jika kita lihat kelab bolasepak antarabangsa mana-mana pun akan mengikut syarat yang diletakkan oleh pemain peringkat dunia.
Saya pasti persatuan badminton lain di luar negara sudah tidak sabar lagi untuk menawarkan Misbun pendapatan dan lebih lumayan tanpa berkompromi dengan syarat-syarat yang diletakkan.
Apabila kita nak dapatkan rahsia dari seorang guru, maka murid-muridnya perlulah bersabar - ini "universal value".
Saya melihat, pihak BAM bersikap tidak professional apabila mengungkit "habis duit kerana Misbun" kerana itu bukan satu kenyataan yang mendamaikan malah lebih melukakan. Tawaran BAM untuk Misbun kembali; pada saya; adalah umpama gula-gula sahaja walaupun Presidennya juga sanggup menamatkan perkhidmatannya pada hujung tahun. Kenapa perlu tunggu hujung tahun? Baiknya sekaranglah patut berhenti...baru gentleman.
Jelas, BAM tidak mahu mengakui kelemahan pengurusannya yang terpalit dengan politik dan lebih mendengar pendapat orang lain dari seorang bekas legenda negara.
Maaflah, bagi saya, kita tidak perlukan "cliche" untuk menutup kesalahan kita. Saya menyokong penuh Datuk Misbun Sidek dalam hal ini.

No comments:
Post a Comment