Konvensyen Perpaduan yang bakal diadakan nanti perlu membuka peluang untuk rakyat marhaen bersuara walaupun tidak dijemput - walaupun sekadar secara talian sahaja kerana walaupun dihadiri oleh ribuan perwakilan ianya bukanlah bermakna 100% mewakili suara rakyat yang sebenar.
Lagipun, tujuannya acara ini diadakan untuk membincangkan kesejahteraan rakyat di masa hadapan. Jadi, pada saya yang kurang arif ini, untuk kita mengenali rakyat secara lebih dekat, untuk benar-benar mendengar suara hati dan bisikan mereka, bukankah lebih elok jika kami diberikan peluang yg sama bersuara pada konvensyen berkenaan (walau secara talian).
Saya faham, mungkin bukan semua cadangan dan pendapat akan diterima, tetapi sekurang-kurangnya berilah peluang sama untuk rakyat memberikan pendapat untuk dijadikan resolusi.
No comments:
Post a Comment