Wednesday, February 03, 2016

PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK (TPPA) - OLEH NIK ZAFRI

Artikel ini akan dikemaskini hampir setiap hari



1) Penyelesaian Masalah, Laporan Perkembangan dan Peranan


Apabila TPPA dikuatkuasakan kelak, Malaysia perlu menilai dan memulakan pelaksanaannya dengan memastikan penyelesaian mengenai apa jua masalah yang timbul dalam konteks perniagaan, sektor kerajaan yang terbabit dan yang paling penting orang awam (rakyat)


Setiap sektor kerajaan samada di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi yang akan memainkan peranan langsung harus dijelaskan tugas dan tanggungjawab masing-masing yang perlu dipenuhi, cara-cara dan proses membuat sesuatu keputusan dan peraturan operasi yang tertera dalam Perjanjian berkenaan. Semuanya ini memerlukan urustadbir yang baik terutamanya aspek ketelusan.


TPPA juga memerlukan laporan perancangan dan perkembangan mengenai pelaksanaan langkah-langkah yang telah dirunding dan dipersetujui sepanjang tempoh transisi. Tempoh ini juga harus menyokong objektif pembangunan TPPA dengan memastikan Malaysia benar-benar mampu membina upaya ke atas elemen-elemen penting sebelum dilaksanakan.


Dengan adanya laporan pelaksanaan TPPA, Malaysia harus memantau perkembangannya, menyelesaikan masalah dan memastikan kapasiti bina upayanya berhasil.

2) Impot, Ekspot, Persaingan, Peluang Kerja, Pengiktirafan dan Tariff


TPPA perlu mampu menjadi platform kepada tenaga kerja dan perniagaan di Malaysia supaya kita mampu mengekspot barangan tempatan ke negara-negara anggotanya. Imbangan perlu dilakukan supaya ianya tidak menjadi impot sehala kepada kita semata-mata.

Di sini pentingnya kualiti produk dan perkhidmatan kita mestilah benar-benar diterima dan diiktiraf antarabangsa serta tidak menjadi mangsa 'sekatan dagangan' atau 'pemboikotan' dengan alasan yang tidak munasabah.
(ini kerana terdapat khabar angin mengenai terdapat penduduk negara anggota seperti tidak mengendahkan FTA - maka TPPA perlu menampakkan imej yang jauh lebih baik dari FTA)
Ini kerana Malaysia telah lama mengamalkan Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) malah ISO 9001 (2000, 2008 dan terkini 2015) - (sekadar menyebut beberapa contoh) juga melibatkan Amerika Syarikat di dalam Jawatankuasa Teknikal ISO (ISOTC) nya dengan adanya amalan Pengurusan Risiko (termasuk pengurusan risiko bencana banjir - yang juga merupakan elemen penting dalam 'bina upaya')
Produk Halal tempatan juga mestilah diiktiraf kerana ianya juga didasarkan kepada amalan pengeluaran yang baik (GMP) dan HACCP yang juga sistem asalnya diterajui oleh Amerika Syarikat sebagaimana mereka mengiktiraf produk Kosher.
Tingkatkan lebih banyak peluang kerja bukan sahaja di sektor pengilangan tetapi juga usaha gigih perlu dilakukan untuk prospek mereka yang bekerja dari rumah supaya golongan pencen, tidak berupaya, surirumah dsb. benar-benar mendapat manfaat dari perkhidmatan di rumah termasuk akses internet yang lebih baik dari sekarang.
Pengecualian tariff atau cukai (contohnya seumpama ‘taraf perintis’) atau pada kadar yang munasabah di negara-negara asing juga perlu lebih telus bagi memastikan pengeluar, pembekal perkhidmatan, petani, penternak malah perniagaan berskala kecil tempatan dapat bersaing dengan sihat serta terdapat satu bentuk kuota disiapkan untuk mereka dan terdapat data yang jelas mengenai golongan sasaran di luar negara.
Tanpa adanya data yang jelas, maka akan timbul kesukaran mengenai "apa yang perlu dilakukan" (What to do), "Di mana perlu dilakukan" (Where to do), "Bila perlu dilakukan" (When to do), "Bagaimana hendak dilakukan" (How to do), "Kepada siapa" (to who)
Apa yang penting, perniagaan berskala kecil termasuk 'cottage industry' perlu diberikan ruang untuk berkembang kepada tahan Industri Kecil dan Sederhana dan tidak mustahil ianya menjadi industri yang besar dan berkembang pesat.

Bersambung...