Bagaimana untuk memuaskan kehendak yang tidak berakhir dengan sumber yang terhad?
- Apa yang baik perlu diutamakan berdasarkan kehendak dan bagaimana pembekalan dan bantuan dapat memuaskan kehendak yang tidak bernoktah
- Kenalpasti jenis dan perbezaan kehendak manusia, utamakan kehendak dan susun produktiviti bagi memuaskan sebanyak mungkin kehendak yang termampu.
- Tentukan apa yang hendak dikeluarkan atau berikan dahulu apa yang patut untuk memuaskan permintaan
- Pastikan ianya selaras dengan belanjawan dan kuasa membeli yang berbeza-beza
- Modal dan barangan adalah sama penting. Selaraskan antara keduanya.
- Pengeluaran akan lebih cekap jika sumber diuruskan dengan baik.
- Maksimumkan gunatenaga kerja tidak kira jawatan, jenis kerja, corak kerja dll.
- Sistem percukaian yang tidak dirancang boleh menjadi penyebab kepada agihan kekayaan yang tidak seimbang.
- Wujudkan suasana untuk sektor pengeluaran menjadi lebih kompetitif dan meraih keuntungan menerusi penstrukturan semula cukai dan subsidi di mana perlu.
- Lindungi ekonomi dari pengaruh luar yang negatif menyusup masuk dengan pengaruh dasar-dasar yang boleh merosakkan ekonomi.
- Strukturkan kembali cukai untuk industri terpilih seperti besi, pengangkutan, simen dsb.
- Penekanan terhadap R & D adalah lebih baik dari pengeluaran produk yang tidak berguna dalam pasaran - dikeluarkan pula dalam keadaan tergesa-gesa.
- Sektor Perbankan dan Kewangan yang tidak teratur akan menjadi sebab inflasi dan kemelesetan. Kawalan terhadap pinjaman/pembiayaan lebih penting dalam saat-saat kritikal dan bukannya menaikkan kadar faedah atau menstrukturkan kembali pinjaman yang sediada.
- Mereka yang menyewa rumah perlu menukar sewa rumah yang banyak dibayar kepada pembelian rumah. Jadikan deposit sebagai pendahuluan. (Mungkin cadangan ini agak keterlaluan tetapi rasanya boleh dipertimbangkan)
- Hentikan atau kurangkan penjualan aset kepada orang atau negara asing.
- Hentikan atau kurangkan liberalisasi kewangan kepada pelabur asing. Terdapat laporan, ada di antara mereka bertanding secara tidak sihat sehingga merugikan industri tempatan.
- Kurangkan perbelanjaan di luar kawalan terutamanya ke atas program dan inisiatif yang dibiaya oleh pinjaman luar.
- Adakan dasar untuk mengurangkan penggunaan barangan impot
- Lihat bagaimana negara lain berjaya membangunkan kekuatan industri dan cuba ambil contoh
- Kawal imbangan defisit perdagangan. Kurangkan aliran keluar wang yang tidak kembali kepada kita. Wang yang tidak kembali boleh menyebabkan negara luar membeli syarikat-syarikat terbaik di negara kita.
- Semak kembali perjanjian-perjanjian perdagangan atau memorandum-memorandum persefahaman kita dengan negara asing. Kadangkala terdapat undang-undang perdagangan luar yang tidak selaras dengan undang-undang kita menyebabkan perdagangan kita tidak konsisten dan tidak begitu adil.
- Perdagangan bebas kadangkala menjadi satu permasalahan. Ianya perlu digantikan dengan perdagangan lebih pintar supaya ekonomi kita tidak mudah dimanipulasikan oleh pihak asing
- Pengeluaran dalam negara kita lebih menguntungkan dari mencari kepakaran pengeluaran dari luar.
- Pastikan kita tidak kehilangan industri percetakan, automotif, hiburan, besi, elektronik, pakaian dll kerana ini sedikit sebanyak boleh mengancam keselamatan negara dan standard kehidupan
- Pastikan syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia betul-betul mendatangkan keuntungan kepada pelabur - bukan hanya dalam beberapa hari selepas disenaraikan.