KEADAAN DI MESIR
Soalan : Salam Encik Nik. Apa pendapat tuan mengenai krisis di Mesir dan apakah agaknya jalan penyelesaian yang sesuai? Selain itu, siapakah; dalam pendapat tuan akan menggantikan Presiden Husni. Bagaimana pula keadaan Eropah, Russia, Arab dan negara-negara Benua Asia. Saya minta maaf jika soalan ini terkeluar dari skop perbincangan Encik Nik.
---------------------
Saya bukanlah pakar atau penganalisa politik tetapi hanyalah seorang pemerhati. Jadi pendapat saya hanyalah pendapat yang umum :
Dari apa yang saya perhatikan, kita semua sudah jelas bahawa Presiden Husni Mubarak kini tidak ada jalan lain kecuali turun dari jawatannya. Kerana inilah isunya, rakyat Mesir sudah tidak mahukan Presiden Husni menjadi pemimpin mereka : Itu sahaja, beliau sudah tentu atau sepatutnya sudah memahami isyarat yang ditunjukkan oleh rakyatnya.
Dari maklumat yang saya perolehi, walaupun Presiden itu cuba untuk menggunakan ketenteraan, namun apa yang dilaporkan ialah sebahagian tenteranya sendiri telah menaruh simpati pula pada perjuangan rakyatnya. Ini sudah tentu satu suasana yang perlu lebih dibimbangi oleh Husni - kerana jika benar tenteranya sendiri menyokong perjuangan rakyat, maka dia perlu berundur kerana nadi kekuatan Presiden Husni adalah tenteranya.
Dari maklumat tambahan, saya dapat tahu bahawasanya sokongan rakyat telah mula menampakkan kecenderungan kepada dua orang tokoh penting Omar Sulaiman, Timbalan Presiden yang baru dilantik dan Muhammad Al-Baradi dari pihak pembangkang.
Omar; disebut-sebut; mampu menyelesaikan krisis Israel dan Palestin.
Tetapi Al-Baradi pula adalah seorang yang suka kepada pembangunan dan kemajuan.
Walaubagaimanapun, sesiapa jua yang dilantik kelak, sudah pasti perlu menumpukan masa sepenuhnya kepada pilihanraya umum (mungkin September kelak, jika krisis ini berjaya ditamatkan dalam masa beberapa hari ini) Ini penting kerana perlembagaan dan undang-undang peninggalan Presiden Husni perlu dipinda atas dasar desakan rakyat. Tetapi ada satu lagi beban yang sangat penting perlu ditangani oleh pentadbiran baru. Beban ini ialah Israel kerana sudah tentu hubungan Israel (dan Us) dan Mesir akan bergolak. Tidak kira Omar atau Muhammad, kedua-duanya; jika dilantik; perlu berawas dengan Israel.
Yang paling penting; pada pendapat saya; Presiden Barak Obama atau US tidak harus mencampuri urusan Mesir kerana krisis ini tidak akan berakhir jika US campurtangan. Mungkin negara-negara lain seperti Syria dan Jordan juga akan menjadi lebih panas.
Saya juga menjangka krisis ini mungkin akan mengganggu Eropah dan matawang Euro.
Kebetulan pula terdapat sedikit krisis di Russia di mana terdapat ura-ura menyatakan Vladimir Putin mungkin akan menjadi Presiden Russia.
Ura-ura juga ada menyatakan bahawa kuasa baru ekonomi Asia iaitu China mungkin akan mengambilalih Eropah dan ini tentunya akan menjadikan rantau Asia termasuk Malaysia tempat tumpuan pelaburan yang tinggi samada dari negara-negara Arab mahupun Eropah.
InsyaAllah
No comments:
Post a Comment