Tuesday, June 16, 2026

Di Sebalik Uniform Biru: Kisah Pengorbanan Yang Jarang Diceritakan - Behind the Blue Uniform: Stories of Sacrifice Rarely Told

Polis Diraja Malaysia


Tugas sebagai anggota dan pegawai polis, sama ada di JSJ, KDN/KA, JSJK, JSJN, Pengurusan, SB, JIPS, Trafik mahupun jabatan-jabatan lain dalam PDRM, merupakan satu kerjaya yang amat mencabar dan menuntut pengorbanan yang tinggi. Tanggungjawab mereka merangkumi penguatkuasaan undang-undang, kawalan lalu lintas, siasatan jenayah dan kemalangan, pengurusan kaunter, rondaan keselamatan serta pelbagai tugas lain yang sering dilaksanakan tanpa mengira masa dan keadaan.
Namun, kisah-kisah kebaikan dan pengorbanan mereka jarang mendapat perhatian kerana sering tenggelam di sebalik laporan serta persepsi negatif yang hanya melibatkan segelintir pihak.
Masyarakat jarang mengketengahkan kisah anggota polis yang membantu orang ramai menggunakan wang saku sendiri, memberi pertimbangan kepada pemandu yang benar-benar berada dalam kecemasan, menyelamatkan kanak-kanak, wanita dan mangsa jenayah, mengawal keselamatan pembesar negara, mengurus kesesakan lalu lintas dalam cuaca panas dan hujan, atau menjalankan rondaan berkala demi memastikan keselamatan komuniti setempat.
Hakikatnya, ramai dalam kalangan mereka menjalankan amanah dengan penuh dedikasi dan profesionalisme. Sebahagian menerima penghargaan daripada pegawai atasan, namun pengiktirafan daripada masyarakat sering kali tidak seimbang dengan pengorbanan yang dicurahkan.
PDRM juga menyediakan pelbagai saluran dan inisiatif untuk mendekatkan hubungan dengan komuniti. Malangnya, naratif negatif yang tidak mencerminkan keseluruhan organisasi masih lebih mudah mendapat perhatian dan disebarkan. Malah terdapat segelintir pihak yang tidak menghormati tugas mereka, memandang rendah terhadap peranan mereka, atau cuba mempengaruhi mereka melalui rasuah dan pelbagai bentuk salah laku.
Sebagai masyarakat, kita wajar bersikap adil dalam menilai. Kesalahan yang berlaku perlu ditegur dan diperbetulkan, namun kisah-kisah pengorbanan, integriti dan khidmat bakti yang baik juga perlu diketengahkan. Dengan merekod dan berkongsi kisah-kisah positif ini, kita dapat meningkatkan kesedaran bahawa anggota polis bukan sekadar penguat kuasa undang-undang, tetapi juga manusia biasa yang mempunyai perasaan, tanggungjawab dan keluarga yang menanti mereka pulang setiap hari.

Behind the Blue Uniform: Stories of Sacrifice Rarely Told

Royal Malaysia Police (PDRM)

Serving as a police officer, whether in the CID, Internal Security and Public Order, Commercial Crime, Narcotics, Management, SB, Integrity and Standards, Traffic or any other division within the Royal Malaysia Police (PDRM), is a highly demanding profession that requires immense dedication and sacrifice.

Their responsibilities encompass law enforcement, traffic management, criminal and accident investigations, public service counter operations, security patrols, and numerous other duties that are often carried out regardless of time, weather, or circumstances.

Yet, stories of their kindness and sacrifice rarely receive public attention. They are often overshadowed by negative reports and perceptions involving only a small minority. Society seldom highlights the police officers who use their own money to help those in need, show discretion to drivers facing genuine emergencies, rescue children, women, and victims of crime, provide security for national leaders, manage traffic congestion under the scorching sun or heavy rain, or conduct routine patrols to ensure the safety of local communities.

The reality is that many police personnel carry out their duties with dedication, professionalism, and integrity. While some receive recognition from their superiors, the appreciation they receive from the wider community is often disproportionate to the sacrifices they make.

PDRM has also established various channels and community engagement initiatives to strengthen its relationship with the public. Unfortunately, negative narratives that do not accurately represent the organisation as a whole often attract more attention and are more widely circulated. There are even individuals who fail to respect the responsibilities of police officers, underestimate their role, or attempt to influence them through bribery and other forms of misconduct.

As a society, we should strive to be fair in our assessments. Wrongdoing must be acknowledged, addressed, and corrected, but stories of sacrifice, integrity, and exemplary public service should also be given the attention they deserve. By documenting and sharing these positive stories, we can foster greater public awareness that police officers are not merely law enforcement personnel; they are ordinary people with feelings, responsibilities, and families waiting for them to return home safely each day.

No comments:

Post a Comment