Thursday, May 07, 2026

“Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”

Begitulah indahnya ikatan kekeluargaan. Walaupun ada perselisihan faham sesama saudara-mara atau adik-beradik, kita perlu belajar untuk redha dan memaafkan kerana itu adalah sifat yang sangat mulia, walau sebesar mana pun luka yang pernah kita rasa.

Kita semua bukan manusia yang sempurna. Namun apabila kedua ibu bapa telah tiada, sudah pasti antara harapan terakhir mereka ialah mahu melihat anak-anak dan kaum keluarga mereka terus bersatu, menjaga silaturrahim dan tidak bermusuhan sesama sendiri.

Saya sendiri pernah melalui masalah dengan saudara terdekat. Tetapi akhirnya saya belajar untuk memaafkan dan menerima dengan hati yang reda walaupun ada yang masih tidak mahu memaafkan - kita perlu memulakan langkah terlebih dahulu walaupun kita benar apatah lagi jika kita salah.

Percayalah, di sebalik kemaafan itu hadir satu ketenangan jiwa yang sukar digambarkan, satu nikmat yang mungkin tidak pernah kita rasai selagi hati masih dipenuhi kemarahan.


No comments:

Post a Comment