Friday, December 12, 2025

NAK CARI SALAH MEMANGLAH SENANG

Sejarah hubungan Aceh–Tanah Melayu tidak boleh dilihat secara satu hala. Aceh pernah bertindak keras terhadap beberapa kerajaan Melayu, namun tindakan itu berlaku dalam konteks menentang penjajahan Portugis dan mempertahankan pengaruh Islam di rantau ini.

Dalam masa yang sama, Tanah Melayu juga mempunyai sejarah gelap terhadap Aceh, termasuk sikap bersekutu atau berdiam diri ketika kuasa Barat melemahkan dan akhirnya menundukkan Aceh.

Jika hanya kesalahan Aceh dibesar-besarkan tanpa membuka peranan dan pilihan politik kedua-dua pihak dalam tekanan zaman penjajahan, maka penilaian itu bukan sahaja cetek, malah tidak adil dan berat sebelah.

Kita perlu belajar dari sejarah lampau untuk mengelakkan kita dari mengulangi kesalahan yang sama bukan menggunakan sejarah untuk memutuskan silaturrahim dan ukhuwah. Kita juga belajar dari sejarah lampau untuk kita mencontohi perkara yang baik yang mungkin kita sudah lupa di zaman moden ini.

No comments:

Post a Comment