Hidup di alam media sosial penuh dengan cabaran. Ia sarat dengan kata-kata semangat, nasihat, ilmu dan perkongsian yang baik, namun dalam diam, ia juga menguji jiwa.
1) Kita mula merasakan posting orang lain seolah-olah menyindir atau memperli diri kita,
2) Timbul keinginan untuk bersaing dengan posting orang lain
3) Hati menjadi mudah marah apabila posting sendiri kurang mendapat sambutan
4) Rasa cemburu apabila posting orang lain menerima perhatian yang meluas
5) Mengambil risiko menjalin hubungan di luar perkahwinan akibat interaksi tanpa batas walaupun usia sudah makin meningkat.
6) Menambah atau “mencuri” rakan orang lain yang sebenarnya tidak kita kenali
7) Sengaja memuat naik kandungan yang berpotensi mencetuskan pertelingkahan
8 ) Terlalu kerap memerhati jumlah tanda suka, komen atau perkongsian walaupun baru beberapa saat diposkan
9) Mengharapkan kebaikan dan manfaat daripada posting sendiri, namun tidak menerima sebarang respon
10) Berniaga di media sosial tetapi jualan atau sambutan tidak seperti yang diharapkan
11) Anda berpotensi menjadi mangsa penjenayah atau anda sendiri ingin menjadi penjenayah
Jika kebanyakan perkara ini mula berlaku, ia sering menjadi tanda bahawa media sosial tidak lagi dikawal oleh kita, sebaliknya kitalah yang sedang dikawal olehnya.
Media sosial seharusnya menjadi alat untuk kita berkawan, membina rangkaian, mengeratkan silaturrahim dan ukhuwah. Hakikatnya, ia bukan medan untuk mengejar pengaruh yang tidak sihat atau memenuhi keinginan ego semata-mata.
AKHIR KATA, SELAMAT TAHUN BARU 2026
No comments:
Post a Comment