Sunday, August 03, 2025

YES I STILL LOVE KELANTAN


Ya, saya seorang anak Kelantan, lahir di Machang. Tapi sekarang, setiap kali orang Kelantan bertanya soalan keramat, "Tak kelik Kelate ko?", perkataan "kelik (balik)" itu sendiri terasa agak janggal. Saya sudah terlalu lama menetap di luar Kelantan, sampai ia tidak lagi benar-benar terasa seperti “balik,” sekurang-kurangnya bukan dalam erti kata tradisi.

Saya masih ke Kelantan, tapi lebih kepada untuk bertemu sanak saudara, sahabat lama termasuk alumni kolej, rakan-rakan seperguruan, dan beberapa kenalan Kerabat Di-Raja Kelantan. Namun yang paling kuat menarik saya untuk kembali ialah ikatan saya dengan arwah ibu yang kini bersemadi dengan tenang. Yang lain hanyalah tinggal kenangan, yang indah dan menyentuh hati.
Kunjungan pun kini jadi satu rutin stereotaip: singgah di Machang, cuba menyesuaikan diri dengan suasana tempatan, berjumpa sahabat-sahabat lama, menziarahi kolej lama, menziarahi pusara ibu, dan mungkin membeli sedikit buah tangan di Pasar Siti Khadijah. Rumah di Lundang telah lama dijual dan rumah di Bachok pula kini dijadikan homestay oleh sepupu saya (seorang peguam) walaupun dia sendiri tinggal di KL. (ayah saya pun sudah tiada lagi)
Rasa agak janggal juga bila perlu jelaskan kepada orang bahawa saya menginap di hotel, bukannya di “rumah.” Semua adik-beradik dan sepupu saya pun tinggal di KL. Kalau bukan kerana kenangan, salasilah keluarga, dan sejarah peribadi yang mengikat saya dengan Kelantan, mungkin saya akan rasa seperti orang asing di kampung sendiri.
Yes, I’m a proud Kelantanese, born in Machang. But these days, whenever fellow Kelantanese ask me the familiar question, "Tok kelik Kelate ko?" the word "kelik" ("balik") feels a bit out of place. I’ve lived outside Kelantan for so long now that it no longer feels like I’m “going back,” at least not in the traditional sense.
I still visit Kelantan, but mainly to reconnect with family, old college friends, fellow disciples of the same guru, and a few humble members of the Kelantan royal circle. What truly draws me back is the bond I still feel with my late mother who now rests in peace there. The rest is memory, layered and bittersweet.
The visits have become somewhat routine/stereotype: drop by Machang, try to blend in with the locals, catch up with friends, revisit the old college, stop by my mum’s grave, and perhaps pick up some local goodies at Pasar Siti Khadijah. The house in Lundang is long gone, and the one in Bachok now operates as a homestay owned by my cousin though he lives in KL too. (My dad is long gone)
It feels strange explaining to people that I stay in a hotel when I visit not in a “home.” Most of my siblings and cousins now live in KL. If not for the memories, the family lineage, and the personal history that tie me to Kelantan, I might feel like a stranger in my own hometown.

No comments:

Post a Comment