Wednesday, August 06, 2025

PERTEMUAN 5 KETURUNAN - BERSILATURRAHIM

 


Awal 2025 -Pembuka Tahun Baru - Lakaran Sejarah Baru - Ini adalah satu momen bersejarah buat saya. 5 keturunan dari Long Yunus (Pemerintah), Long Gaffar, Reman, Pattani dan Jembal akhirnya bertemu. Berdasarkan sejarah dan salasilah, kelima-lima jalur keturunan ini pernah mengalami konflik pada masa lalu. Namun yang menarik, pertemuan ini berlaku secara tidak dirancang – masing-masing tiba-tiba tergerak hati untuk pulang ke Kelantan pada waktu yang sama dengan izin Allah.

Walaupun suasana pertemuan itu santai, ia membawa makna yang sangat besar. Ia membuktikan bahawa generasi baru telah memilih untuk melupakan perbezaan silam dan kembali menjalin persaudaraan.

Semoga detik ini menjadi inspirasi kepada yang lain tanpa mengira fahaman siasah bahawa walau air dicincang, tidak akan putus, dan ikatan silaturrahim amat penting, lebih-lebih lagi di penghujung zaman ini.





No comments:

Post a Comment