Serangan Jepun terhadap Pearl Harbour pada tahun 1941 telah menyebabkan peperangan besar yang turut melibatkan rantau Asia dan Pasifik.
Seorang anak (tidak dapat ditulis namanya) dari sebuah bandar di Barat Laut England, telah mencari sejarah kisah perjuangan ayahnya Ali bin Sarawee (anak kelahiran Johor, Malaysia)
Kapten kapal (ketika satu tragedi berlaku) ialah Leonard Walter, dengan kru terdiri dari 15 pegawai Australia, 26 kru dari India, 7 orang Melayu dan 5 orang anggota Penembak Simpanan Tentera laut Australia - jumlah keseluruhan ialah 54 orang.
Hayat Tulagi berakhir pada 28 Mac, 1944 semasa pelayaran dari dari Sydney ke Colombo memuatkan 1800 tan gandum dan 380 beg surat. Pada jam 11:50 hampir tengah malam, di Lautan Hindi (300km dari Kepulauan Chagos) ditembak oleh sebuah kapalselam Jepun (fakta awal dikatakan ditembak oleh U-Boat German (U-532)
Kesemua pelaut di bawah dek telah mati serta merta dan sebelum Tulagi tenggelam, ramai antara kru kapal berjaya menyelamatkan diri menggunakan 4 rakit kayu yang diikat bersama.
Rakit 1
J.R. Ward (Ketua Jurutera) D.G. Jacobs, "Purser" Kapal, R.T. Charles (Pegawai Kedua) Ali Bin Sariwee (Quartermaster berbangsa Melayu) Quartermaster) 2 orang lagi Quartermasters berbangsa Melayu iaitu Amos dan Kalipan berasal dari Indonesia dan Basu Mian Abdul Bhooya ("greaser" berbangsa India)
Namun dari 4 buah rakit duanya berpecah sehingga tinggal 2 rakit sahaja (Rakit 1 dan 2 yang juga akhirnya berpecah)
Kesemua kru yang terselamat hanya bergantung kepada bekalan biskut, tablet susu dan coklat yang dicatu untuk bulan pertama pertama di mana pada 24 April, bekalan itu dicatu lagi sehingga kehabisan bekalan 2 hari kemudian.
Akhirnya pada 19 Mei, kedua-dua rakit 1 dan 2 itu telah terpisah.
Ketika itulah Ali dan rakan-rakannya telah mencari jalan bagaimana untuk menangkap ikan dan burung untuk dimakan, antara lain :
1) menukar gunting menjadi lembing menggunakan pancang kapal
2) berbaring dengan mata terbuka di mana burung akan datang cuba mematuk mata dan dengan pantasnya ditangkap,
3) Menadah air hujan untuk diminum
Kesemua ikan, burung dan lain-lain terpaksa dimakan mentah-mentah - cukup bekalan untuk 19 hari.
Ketujuh-tujuh anak kapal akhirnya terdampar di sebuah pulau yang bernama Pulau Bijoutier yang sekelilingnya dipenuhi dengan ikan jerung, di Kepulauan Seychelles
Mereka telah diselamatkan pada 26 Mei, 1944 oleh seorang pengurus tanaman Lois Gendron dari pulau berdekatan bernama Alphonse
Keseluruhannya - Rakit 1 telah belayar sejauh 1598 batu nautika (2959km) dalam tempoh hampir 2 bulan.
Ali bin Sariwee kemudiannya diberikan satu testimoni di atas jasabaiknya dan dicadangkan untuk menerima penghargaan - antara isi kandungannya :
"Kami ingin menyatakan bahawa; dalam pendapat kami; tidak mungkin ada yang hidup jika tidak disebabkan oleh kemahiran mereka, semangat mereka yang kuat dan sikap tidak mementingkan diri sendiri"
"Orang-orang Melayu ini selalu peka terhadap peluang mendapatkan (bekalan) makanan dan ianya mungkin disebabkan mereka telah biasa hidup susah dari orang-orang Eropah"
"Ternyata kami terpaksa bergantung kepada orang-orang Melayu ini kerana kekuatan mereka. Kami mencadangkan agar bekalan (makanan) yang mereka perolehi dilebihkan bahagiannya kepada mereka (kerana susah payah mereka mendapatkan makanan) namun mereka telah menolak cadangan ini dan menegaskan ianya mesti dibahagikan samarata"
Hasil dari testimoni ini, Ali bin Sariwee kemungkinan menjadi orang Melayu yang pertama yang dianugerahi :
Pingat Kesatriaan "Most Excellent Order of the British Empire (OBE)" oleh HM King George VI pada tahun 1947. (HM King George VI juga pernah memegang jawatan Maharaja India yang terakhir dari Bangsa British)
Namun kehidupan peribadinya agak tragis - mungkin disebabkan sindrom PSTD hasil pengalaman pahit peperangan, Ali bin Sariwee dikatakan 3 kali berkahwin tetapi telah bercerai.
1) Perkahwinan pertama ialah pada tahun 1947 (tidak diketahui lokasi dan tidak diketahui samada terdapat anak dari perkahwinan ini),
2) Perkahwinan kedua adalah di Australia - mendapat seorang anak perempuan pada awal tahun 50an dan
3) Perkahwinan di England pada awal tahun 60an (mendapat seorang anak lelaki)
Tidak diketahui ke mana Ali bin Sariwee telah menghilang selepas bercerai dengan isterinya yang ketiga.
Anak lelakinya di England - masih hidup, telah berkahwin dan mendapat seorang anak perempuan.





No comments:
Post a Comment