Muflis? AKPK? Insolvensi? adalah antara perkataan yang paling ditakuti oleh pendengarnya. Ramai si muflis yang mengalami depresi, masalah rumahtangga, rasa hilang harga diri, sukar mendapat kerja, gagal membuka akaun, gagal ke luar negara, tidak dapat mengeluarkan duit ASNB dan lain-lain.
Akta 360 Insolvensi 1967 telahpun dipinda. "Pelepasan Automatik" juga masih tertakluk kepada beberapa syarat :
1) pengisytiharan kebankrapan melepasi tempoh lima tahun dari tarikh perintah penerimaan/penghukuman/perintah kebankrapan.
2) jumlah hutang atau baki tidak melebihi RM50,000.
3) tiada perintah mahkamah, prosiding mahkamah dan/atau prosiding penyiasatan dijalankan ke atas bankrap yang menghalang pelepasan.
Nasihat saya, jangan takut untuk menghubungi Jabatan Insolvensi Malaysia (Mdl) mahupun Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berdekatan kerana mereka adalah agensi dan jabatan yang membantu dan bukan menyusahkan.
Jangan percaya khabar atau "cakap orang" yang tidak bertauliah mengenai muflis ATAU mengenai agensi/jabatan ini atau berkait politik kerana "nasihat" ini akan menakutkan anda atau mungkin ada pihak yang cuba mengambil peluang yang akan menyusahkan diri dan keluarga anda.
Jangan lari dari tindakan undang-undang atau membuat penipuan maklumat mengenai diri anda semasa memohon pekerjaan, membuka akaun atau membuat pelaburan atau cuba ke luar negara menerusi negara jiran dll. - di suatu masa nanti, anda akan menyusahkan diri anda sendiri termasuk keluarga anda yang mengharapkan anda. HADAPI REALITI.
Tetapi jika anda ada perintah/prosiding mahkamah/penyiasatan yang sedang berjalan atau baru diisytihar muflis, nasihat saya - hadirlah ke mahkamah (dapatkan khidmat peguam - pastikan dokumen mencukupi), kemudiannya jangan malu mengunjungi Mdl atau jika perlu AKPK.
Anda perlukan khidmat dan nasihat yang betul kerana anda masih boleh membuka akaun atau ke luar negara, menunaikan fardhu haji malah bekerja atau berniaga - tetapi ada syarat-syarat tertentu yang perlu anda ikuti - rujuk Mdl berdekatan.
Jika anda jatuh pada 3 kategori di atas :
1) Sila layari dahulu e-insolvensi dan buat carian tindakan muflis ke atas anda atau pastikan anda menyimpan rekod-rekod yang berkaitan tindakan ke atas anda,
2) Muaturun Borang Permohonan Pelepasan Sijil KP Insolvensi
Sebaiknya kunjungi Jabatan Insolvensi berdekatan untuk maklumat lanjut.
Hantarkan borang dengan dokumen berkaitan samada menerusi email atau sebaiknya terus ke Jabatan Insolvensi.
Sekiranya tiada bantahan diterima dari pemiutang (mungkin memakan masa sedikit untuk mendapat respon), maka kemungkinan besar anda akan dilepaskan dari tindakan bankrap. Sabarlah menanti.
Tanda-tanda pelepasan :
Semakan Status Perjalanan di portal Imigresen untuk ke luar negara - tertera "Tiada Halangan" yang berwarna hijau.
Buat carian sekali lagi menggunakan e-insolvensi dan dapatkan keputusan yang menunjukkan "Tidak Bankrap"
Selamat Berjaya.
No comments:
Post a Comment