(1)
Rekabentuk struktur yang baik untuk bangunan akan membantu mengurangkan kos dan menjimatkan masa. Walaubagaimanapun, jika reka bentuk itu tidak tepat, ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah di luar jangkaan.
Jurutera struktur sentiasa berada di bawah tekanan untuk menyiapkan projek menepati pada masanya serta mengikut bajet/belanjawan. Tekanan ini menjadi lebih besar lagi apabila projek melibatkan bangunan atau struktur sedia ada yang perlu dipasang semula menggunakan teknologi baru.
Mereka sentiasa mencari kaedah untuk menetapkan spesifikasi yang selamat dan ekonomik, namun akan berlaku kesilapan apabila terlalu ingin menjimatkan wang atau mendapatkan keuntungan yang lebih.
Pengesanan awal kesilapan rekabentuk struktur amatlah penting kerana kegagalan berbuat demikian impak negatif terhadap kewangan dan penjadualan projek.
Kesilapan dalam merekabentuk struktur boleh mempunyai pelbagai akibat, dari kesilapan kecil yang berulang-ulang semasa proses pembinaan hingga masalah yang ketara muncul dalam struktur, seperti runtuhan bangunan.
Analisis struktur yang cacat dan sikap acuh tidak acuh dalam rekabentuk struktur sering menjadi punca asal banyak kesilapan berlaku.
Photo Source : mypost dot com
(2)
Struktur tanpa Sokongan yang Sempurna
Ada sebabnya kenapa sesuatu elemen dilebihkan kerana ianya sangat penting pada struktur bagi melindungi beban yang dikenakan melebihi kapasiti komponen struktur yang lain. Melebihkan sesuatu elemen contohnya konkrit atau besi dapat meningkatkan kekuatan, kestabilan dan mencegah atau meminimakan kerosakan.
Contohnya dek jambatan memerlukan sokongan "truss" bagi mengelakkan kemungkinan runtuh kerana beban yang berlebihan.Jika salah satu sokongan ini gagal, seluruh struktur masih selamat kerana elemen berlebihan dalam sistem struktur. Tetapi jika semua sokongan gagal, maka seluruh struktur akan runtuh. Oleh itu bilangan sokongan yang diperlukan mestilah bergantung pada pengiraan beban.
Kadang-kadang sifat "berkira" dalam penambahan elemen demi keselamatan biasanya dilakukan oleh pereka struktur yang kurang pengalaman atau terlalu terikut-ikut dengan belanjawan. Apabila merekabentuk apatah lagi membina struktur - adalah penting untuk memberikan pertimbangan kepada kuantiti beban setiap elemen yang dapat bertahan sebelum mengalami kerosakan.
Photo Source : Collins/Shutterstock/Wayne (Truss Bridge)
(3)
Kerosakan pada Komponen
Sambungan yang lemah boleh memberi kesan kepada integriti keseluruhan sistem. Selain itu, sambungan yang salah boleh menyebabkan kos tambahan. Sebagai contoh, retak dalam lantai konkrit boleh melemahkan keupayaan lantai untuk menahan beban gempa bumi atau bencana alam yang lain.
Kualiti sambungan adalah satu kerja yang ramai jurutera struktur kadang-kadang gagal melihat kecukupannya kerana kecenderungan memberi lebih tumpuan kepada geometri sambungan daripada sifat-sifat bahannya (material properties)
Sumber foto : Slideshare
Kesilapan Pengiraan (beban dan/atau rekabentuk)
Jurutera struktur menggunakan kiraan matematik (formula) untuk menentukan saiz dan bentuk sesuatu struktur. Formula akan digunakan untuk mengira kecekapan pesongan/defleksi maksimum sebatang rasuk (beam) atau tekanan tegangan maksimum dalam tiang keluli/besi (steel column)
Formula biasanya berasaskan kepada kriteria/sifat geometri seperti panjang, lebar, ketebalan, kawasan, dll., dan sifat-sifat bahan (material properties) seperti modulus Young, kekuatan paksi (yield strength), kekuatan kekal (ultimate strength), dll.
Kesilapan formula berlaku apabila suatu kiraan tidak ditulis dengan tepat. Apabila hal ini berlaku, keputusan/hasil mungkin akan menjadi tidak tepat dan berpotensi meninggalkan impak negatif ke atas apa-apa spesifikasi yang sepatutnya selamat dan ekonomik.
Pengiraan yang salah boleh mengakibatkan kesan kemudiannya yang sangat serius. Sebagai contoh, jika satu formula tidak betul, nilai yang dihasilkan mungkin melebihi defleksi (pesongan/deflection) maksimum yang dibenarkan bagi setiap rasuk. Ini boleh menyebabkan kegagalan awal rasuk (premature failure). Nilai yang dikira mungkin lebih rendah daripada yang sepatutnya. Akibatnya, struktur mungkin gagal memenuhi standard yang diperlukan.
(5)
Mengabaikan Spesifikasi Kod Amalan dan Piawaian
Kod Amalan adalah piawaian yang mengawal proses pembinaan sesuatu bangunan. Standard ini menetapkan jenis bahan yang boleh digunakan dan bagaimana kaedah pemasangan atau penggunaannya. Biasanya dokumentasi-dokumentasi yang dibangunkan (mengikut kehendak kontrak dan spesifikasi) bagi menyokong piawaian ialah "Construction Method Statement" (kaedah pembinaan) dan Pelan Pemeriksaan dan Ujian (Inspection and Test Plan) termasuk "checklist" dan "Drawing" berkaitan.
Kod-Kod Amalan adalah untuk pelbagai aplikasi - contohnya kod untuk keperluan bahan pembinaan tahan api atau kod yang membataskan jenis dan kuantiti bahan yang digunakan dalam zon tertentu kerana keadaan cuaca dan alam sekitar contohnya banjir, gempa bumi, salji dsb.
Kod Bangunan Antarabangsa (IBC) menjadi rujukan utama dan digunakan ke atas semua bangunan komersil dan industri. Jika di Malaysia, sebarang kod amalan dan piawaian yang digunakan perlu dirujuk silang kepada "Uniform Building By-Laws, 1984", Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1993 serta lain-lain panduan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan. Kod-kod yang digunakan perlu meliputi perlindungan dari kebakaran, sistem elektrik, pempaipan, pemanasan dan penghawa dingin, lif dan eskalator, sistem pengairan pancuran, pencahayaan dan isu-
Ramai perekabentuk harus peka terhadap kehendak perundangan, kod-kod amalan dan piawaian-piawaian yang berkaitan tanpa mengabaikannya kerana terasa "terlalu banyak" dan "terbeban". Kegagalan mematuhi peruntukan-peruntukan ini berpotensi mengakibatkan risiko yang serius terhadap bangunan yang dibina.
Sumber Photo : adobe stock dot com
(6)
Kesilapan Analisa Perisian/Aplikasi
Perekabentuk yang melakukan analisis struktur menerusi perisian atau aplikasi harus memahami maklumat dan data serta menafsirkannya dengan tepat. Data yang silap berpotensi menghasilkan rekabentuk struktur yang tidak tepat.
Sebagai contoh, jika seorang perekabentuk menggunakan program perisian untuk menganalisa keupayaan beban (load) sebatang rasuk (beam), mereka harus input dimensi rasuk yang betul ke dalam program. Mereka juga harus memasukkan beban yang sesuai. Jika maklumat ini salah, hasilnya mungkin tidak dapat disahkan dan ini bukan sahaja akan mengakibatkan kegagalan yang tinggi kos pembaikannya, tetapi juga mendatangkan bahaya ke atas struktur. Bukan sahaja perekabentuk malah jurutera struktur juga berpotensi menghadapi tindakan undang-undang.
Perisian atau aplikasi untuk pemodelan memerlukan visualisasi hasilnya. Perekabentuk perlu mengambilkira haluan daya (force) dan "stress" (tekanan).
Sumber foto : clearcalc
(7)
Masalah Kebolehbinaan (constructibility) Secara Terperinci
Kemahiran seorang perekabentuk, arkitek mahupun pelukis pelan dalam merekabentuk/melukis pelan adalah penting untuk kejayaan sesuatu projek. Dalam merancang sesebuah bangunan yang akan dicadangkan untuk dibina, langkah pertama adalah membangunkan set pelan yang akan memaparkan bagaimana jangkaan rupa sebenar/simulasi bangunan berkenaan apabila telah disiapkan nanti.
Merekabentuk/melukis dengan tepat memerlukan kemahiran yang baik. Seorang arkitek/perekabentuk/pelukis professional boleh menghasilkan lukisan kejuruteraan berkualiti tinggi dengan tepat, pantas dan mudah. Ini juga boleh dilaksanakan menerusi penggunaan perisian yang betul yang mengambilkira elemen VR, AR, MR dan AI.
Walau bagaimanapun, walaupun artkitek atau perekabentuk atau pelukis pelan terbaik tidak mungkin dapat secara konsisten mencapai ketepatan yang sempurna sepanjang proses rekabentuk keseluruhan. Jika terdapat sebarang masalah dikenalpasti dalam rekabentuk/lukisan berkenaan, kesilapan ini perlu diperbetulkan sebelum mengorak langkah seterusnya.
Masalah kebolehbinaan harus dikenalpasti secara proaktif dalam proses reka bentuk kerana jika ianya tidak dapat dikenalpasti dengan tepat akan menyebabkan risiko kelewatan dan pertambahan belanja.

(8)
Konsep dan Hasrat di sebalik Rekabentuk yang Gagal Difahami
Perekabentuk/arkitek/pelukis tidak digalakkan untuk menggunakan bahasa atau istilah yang samar-samar dalam menyampaikan idea atau "pitching" kepada klien atau pihak berkausa. Komunikasi amatlah penting kerana ini boleh menyebabkan kekeliruan dan pembaziran masa.
Apabila menyampaikan idea kepada orang lain, adalah penting bagi pereka struktur untuk menyatakan niat mereka dengan jelas. Selain itu, menjadi satu alasan yang baik untuk mereka menerangkan alasan/hujjah di sebalik keputusan yang mereka lakukan supaya semua orang memahami mengapa terdapat elemen-elemen tambah nilai ke atas bangunan tersebut contohnya kenapa pentingnya unsur kemampanan (sustainability) seperti adanya penggunaan sumber tenaga alternatif contohnya solar atau perlunya "green lung" di puncak bangunan berkenaan.
Perekabentuk juga perlu memberikan ruang kepada sesi soal jawab dan mendengar soalan mahupun komen dan kritik dari pihak klien atau pihak yang berminat sebelum memberikan jawapan atau hujjah.
Jika komunikasi tidak jelas kemungkinan pendengar akan salahfaham hasrat sebenar perekabentuk mahupun konsep bangunan yang ingin diketengahkan.
Komunikasi dalam persembahan perlu dilatih sesama ahli pasukan terlebih dahulu sebelum memberikan taklimat kepada pihak klien. Sekiranya pihak klien telah bersetuju, maka segala urusan akan jadi lebih lancar.
Kadang-kadang ramai perekabentuk termasuk jurutera struktur gagal memahami tujuan asas sesuatu projek itu dibangunkan dan ini akan menyebabkan kegagalan yang akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap reputasi mereka.

Sumber foto : Pinterest

No comments:
Post a Comment