Sunday, December 17, 2023

TATAKELOLA YANG SALAH - RENUNGAN HARI INI

Bila berbicara mengenai tatakelola, ketelusan adalah salah satu asas yang penting. Tidak guna berbicara mengenai tatakelola dengan niat yang tidak jujur.

Ada pihak-pihak tertentu apabila diminta laporan, mereka menyediakan 2 laporan yang berbeza. Satu laporan sebenar yang disimpan untuk dilihat oleh orang-orang tertentu, satu lagi laporan "berhias" untuk diserahkan kepada pihak atasan.

Laporan "cantik" hanyalah untuk "feel good factor" dan tidak menggambarkan suasana yang sebenar.

Ini menyebabkan ketidaktepatan maklumat mungkin juga membuka peluang kepada unsur korupsi berlaku.

Kisah sebenar hanyalah diketahui apabila melihat hasil/keputusan akhir atau berlaku sesuatu peristiwa yang kurang menyenangkan atau apabila pihak atasan turun sendiri untuk memeriksa ketepatan laporan berkenaan atau apabila pihak ketiga yang dilantik pihak atasan untuk memeriksa rekod/dokumentasi.

Perkara ini; pada saya; tidak patut berlaku dan sepatutnya dibendung oleh pihak pengurusan kerana ketidaktepatan maklumat laporan adalah juga unsur korupsi.

Jika mana-mana ahli pengurusan merasakan adanya unsur negatif seperti ini, tidak perlu takut untuk melaporkan hal yang sebenar kepada pihak atasan dengan bukti-bukti yang jelas supaya tindakan susulan boleh dilaksanakan.

Hal ini menjadi satu kesalahan dari segi agama dan perundangan terhadap mereka yang tidak melaporkannya atau memberikan laporan yang tidak benar dan juga ke atas mereka yang tahu akan kebenaran tetapi memilih untuk menyembunyikannya kerana ketakutan hilangnya sesuatu kepentingan.

No comments:

Post a Comment