Pada awalnya saya terlintas untuk menulis kisah Sejarah Champa mengikut kajian saya untuk membidas fiksyen/mitos dan untuk menyokong fakta tetapi tergerak di hati tidak mahu meneruskan hasrat saya. Mungkin di suatu masa yang sesuai kelak.
Kisah Champa ini sebenarnya menarik dan juga satu kisah yang paling rumit serta kompleks untuk diperbincangkan. Kisah Champa juga telah berjaya mengumpulkan ramai penyokong dan ramai penentang (samada penyokong atau penentang yang taksub atau yang waras) menggunakan fakta masing-masing yang dirujuk kepada sumber-sumber yang kaya - malah ada yang membuat kajian (yang pada saya agak lemah sedikit sampelnya) mengenai DNA..
Walaupun saya seorang pengkaji bebas tetapi melihatkan kisah Champa ini telah menimbulkan konflik yang amat besar, maka saya telah membuat keputusan untuk tidak menulis mengenai Champa buat masa ini kerana mungkin akan mendatangkan pergaduhan yang tidak perlu.
Cuma secara peribadi, saya yakin dengan kebenaran sumber yang saya aa dalam simpanan saya sebagaimana pengkaji dan pengkritik (tidak kira nawaitu mereka) yakin dengan apa yang ditulis oleh mereka.
Cuma saya ingin menyarankan, apa-apa yang kita percaya perlu diuji terlebih dahulu sebelum kita mengambil apa-apa catatan dari sebarang rujukan. Selalulah ambil inisiatif untuk memeriksa sumber kita samada buku atau kitab atau jurnal mahupun sumber dari internet - sekurang-kurangya kita perlu tahu mengenai sumber kita- tahun berapa asalnya ianya ditulis, perbandingannya dengan sumber-sumber lain, siapakah penulis berkenaan dsb.
Ciri-ciri ini dapat menguatkan hujjah kita dalam perbincangan secara beradab mengikut tradisi ilmu tanpa mencarut dan memaki-maki orang lain atau berkata-kata secara retorik dan tidak jelas atau hanya menjadi "penumpang" atau bercakap untuk mendapat publisiti murahan atau untuk menafikan pendapat orang lain dan hanya kita seorang sahaja yang betul. (Ingatlah kita akan bertanggungjawab di akhirat kelak kerana menulis perkara yang tidak benar atau samar-samar malah menyebabkan kita ikut sama menanggung dosa mereka yang menyokong hal yang tidak benar hasil tulisan kita)
Malah yang terbaik; jika kita mampu, ziarahilah lokasi-lokasi yang terbabit dan kajilah setakat yang kita mampu.
Kita tidak akan tahu kebenaran sehinggalah tiba masanya kelak. Mungkin masih belum tiba masanya untuk kita mendedahkan hal Champa namun saya tidak menyekat sesiapa sahaja yang ingin menulis atau berbicara mengenai sejarah Champa. Itu hak mereka.
Kita tidak akan tahu kebenaran sehinggalah tiba masanya kelak. Mungkin masih belum tiba masanya untuk kita mendedahkan hal Champa namun saya tidak menyekat sesiapa sahaja yang ingin menulis mengenai sejarah Champa.
Sekadar memberikan pendapat.
No comments:
Post a Comment