Budaya suaikenal bagi penuntut/pelajar/pelatih rasa saya perlu diubahsuai formatnya. Budaya yang hanya untuk melahirkan rasa hormat kepada "senior" sebenarnya lebih cenderung kepada diskriminasi.
Cara sekarang telah banyak meninggalkan kesan dan trauma kepada sesetengah penuntut/pelajar/pelatih baru malah kaum keluarga mereka.
Kemudian budaya ini akan menjadi tradisi yang berterusan. Sudah sampai masanya ianya diubah kerana ini adalah warisan tinggalan yang purba.
Jangan sampai ada yang kena pukul, kena dera - malah tidak kurang juga yang lebih teruk dari itu. Banyak juga kes yang cuba ditutup. Hentikanlah atau ubah cara/kaedah.
No comments:
Post a Comment