Tuesday, February 21, 2023

SEDIKIT PESANAN

Hidup berkeluarga banyak cabarannya. Jika kita merasakan ianya satu beban dan bukan tanggungjawab, maka kita akan sedikit demi sedikit mengabaikan mereka. Terutamanya apabila kita ditekan dengan kesulitan dan menganggap kesulitan itu sebagai satu pengakhiran.

(sekadar berpesan pada orang-orang tertentu supaya tidak mendedahkan sangat masalah peribadi alam perkahwinan dalam media sosial seperti FB atau Twitter - sehingga mengaibkan diri sendiri)
Saya berterimakasih kepada beberapa orang rakan terutamanya berusia lebih muda dari saya - yang memberanikan diri meminta nasihat dari saya menerusi PM dan Whatssap dengan masalah-masalah sulit yang dirasakan sukar untuk ditanggung. Jangan simpan masalah seorang diri kerana ianya akan memakan diri.

No comments:

Post a Comment