Saturday, December 12, 2020

STATUS HALAL VAKSIN PFIZER BIONTECH COVID-19 DI LUAR NEGARA - ULASAN NIK ZAFRI




Sekumpulan mufti dan ulama terkenal di UK telah memfatwakan bahawa Vaksin Pfizer BioNTech untuk merawat Covid-19 adalah HALAL kerana ianya tidak mempunyai komponen yang berasal dari haiwan.

Pada awalnya salah satu bahan yang dikesan adalah sejenis kolesterol. Apabila kajian dilakukan, didapati kolesterol ini bukan berasal daripada lemak haiwan tetapi ekstrak telur ayam.

Excipient : 

Eksipien adalah bahan yang tidak aktif yang dibuat bersamaan dengan bahan aktif dari suatu ubat-ubatan yang bertujuan untuk meningkatkan volume (bulking up) bahan aktif tersebut. Eksipien disebut juga dengan pelarut (diluent) atau "pengisi" (filler).

Semua lipid eksipien yang digunakan dalam Vaksin Covid-19 mRNA BNT162b2 adalah diekstrak samada daripada tumbuhan ataupun jenis sintetik. Vaksin berkenaan tidak mempunyai sebarang komponen yang berasal dari haiwan atau lemak haiwan.

Sila rujuk nota dalam foto-foto di bawah untuk maklumat lanjut. (Kenyataan dari BioNTech Manufacturing GmbH Kupferbergterrasse 17-19 55116 Mainz, Germany)