Saya melihat golongan muda-mudi dalam semua parti siasah tidak kira samada kerajaan atau pembangkang malah mana-mana bangsa/agama sekalipun - amat hebat-hebat belaka.
Saya sudah agak lama menyelidik menerusi pembacaan dan video mereka (tanpa cenderung kepada aliran politik) dengan penuh minat - memang terserlah kewibawaan masing-masing.
Mereka telah bersedia dengan segala hujjah dan fakta yang lengkap, saya simpulkan apa yang golongan muda-mudi selalu sebutkan kepada 8 teras utama) :
(1) Kemajuan Rohani/Akhlak yang selaras dengan kemajuan fizikal/jasmani,
(2) Kualiti Pendidikan, Konsep Kekompetanan, dan Karier di masa Hadapan,
(3) Kepentingan beretika,
(4) Demokrasi, Kebebasan Bersuara dan Hak,
(5) Perjuangan masa hadapan,
(6) Cabaran yang perlu dilalui dan penyelesaiannya,
(7) Golongan veteran dan berpengalaman perlu dirujuk untuk panduan,
(8) Anjakan Paradigma dan Perubahan - terutamanya STRUKTUR, SIKAP dan PENDEKATAN
Malangnya, golongan veteran seperti tidak memperdulikan suara orang muda walaupun mereka sering memberikan kenyataan yang pada saya "cliche" dan "retorikal" (dalam pengurusan, saya panggil "lip service") bahawa:
"golongan muda adalah pelapis" atau "pengganti".
Golongan muda terbukti masih menghormati golongan veteran dan berpengalaman tetapi nampaknya sokongan golongan veteran seperti 'acuh tidak acuh' terhadap golongan muda.
Rasa saya, tidak perlulah kita mencampuri "trend" dan "halatuju" golongan muda, jadilah pemerhati dan pemberi panduan/nasihat. Kita berada pada era yang berbeza dengan era anak-anak muda sekarang ini.
Berilah mereka laluan jika kita mahukan perubahan.
(jenguk-jenguklah nilai positif kat luar negara tu termasuk negara-negara di Benua Asia - Jepun, Korea, Australia, Singapura dsb.termasuk beberapa negara di Eropah (Jerman, UK, Peranchis dsb) lihat macamana mereka melayan dan memotivasikan anak-anak muda..samada di sektor kerajaan mahupun swasta, kepimpinan NGO dsb, jangan duduk bawah tempurung)