![]() |
| Tengku Adnan |
KUALA LUMPUR: Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini, dilaporkan tidak memenuhi tahap keselamatan ditetapkan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata pusat tahfiz berkenaan hanya mempunyai satu laluan keluar dan masuk menuju ke tingkat atas.
"Kita memuji langkah pengurusan pusat tahfiz yang menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan, namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan.
"Berdasarkan tinjauan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kita dapati wujud kesalahan kerana premis ini hanya mempunyai satu laluan dan ia berbahaya dari segi keselamatan," katanya selepas meninjau lokasi kejadian, pagi tadi.
Tengku Adnan berkata, pemilik dan pengurusan pusat tahfiz berkenaan juga didapati tidak mempunyai kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta DBKL untuk menjalankan aktiviti pengajian tahfiz di premis berkenaan.
"Kadang-kadang bila kita tegur dan suruh tutup sesebuah premis, saya dan DBKL dimarahi dan dikatakan berlaku tidak adil namun sebenarnya kita tidak mahu perkara seperti ini berlaku," katanya.
Katanya, beliau sudah mengarahkan semua pegawai di Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL menjalankan pemeriksaan ke atas semua pusat tahfiz di ibu negara dan Putrajaya, hari ini.
----------------
Nota
Saya harap pembaca membaca dulu halatuju komen yang saya tulis ini. Ianya tidak berniat untuk menyalahkan samada pihak tahfiz mahupun pihak berkuasa. Yang sudah berlaku, sudahpun berlaku - yang telah pergi, telah pun pergi dan tidak dapat dikembalikan lagi.
Innaa lillaahi wa innaa ilaihi roo ji-'uun - Al-Fatihah.

Yang penting, apa langkah kita selanjutnya untuk mengelakkan perkara yang sama berulang - sebagai salah satu dari cabang usaha ikhtiar?
----------------Innaa lillaahi wa innaa ilaihi roo ji-'uun - Al-Fatihah.
Pertama saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat. Semoga semua anak-anak ini digolongkan Allah SWT di kalangan syuhada. Saya harap dapatlah kaum keluarga redha akan tragedi ini.
Apa yang disebut oleh Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memang ada kebenarannya. Namun pada saya, DBKL perlu bertegas demi keselamatan premis terutamanya yang berada di tengah-tengah bandaraya.
Atas dasar kemanusiaan, saya turut bersetuju dengan apa yang disebut oleh YB Menteri Wilayah mengenai perkhidmatan percuma yang diberikan oleh tahfiz berkenaan tetapi aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan perlu bersifat preventif serta bukannya "corrective". Ianya seolah-olah kita menanti bencana akan berlaku. Kita tidak boleh ada sikap "berserah sahaja" dan tiada usaha ikhtiar yang dilakukan untuk mencegah. Dan apabila sesuatu tragedi berlaku, kita ada budaya "menuding jari" (blaming culture)
Sudah tiba masanya, DBKL, JKKP, JAS, BOMBA dll yang berkenaan perlu duduk bersama dan memikirkan cara-cara proaktif seperti mengadakan "fire-drill", pemeriksaan berkala dan penilaian risiko bukan sahaja ke atas premis seperti ini tetapi ke atas semua premis. Ini kerana saya lihat, banyak tangga kecemasan (fire escape) di belakang bangunan telah dirobohkan, "fire door" yang tidak berfungsi, tangga kecemasan dalaman dijadikan stor barangan, penggunaan dapor gas dengan cara yang tidak selamat, tiadanya alat pemadam kebakaran (atau bertarikh luput atau ada tetapi tidak tahu digunakan), kesukaran akses kepada pihak BOMBA untuk memadamkan kebakaran, kesukaran akses untuk mangsa keluar, tiadanya penggera keselamatan, tiadanya pelan lantai, tiadanya "emergency escape route" dll.
Yang paling penting bila bercakap mengenai "preventive action" atau "risk management" ialah LATIHAN, BENGKEL, INDUKSI yang secukupnya perlu diberikan kepada semua pengusaha-pengusaha mengenai pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (dan alam sekitar) (SHE) terjaga.
Aspek SHE bukan sahaja perlu dijaga semasa premis dibina, ianya perlu dirancang semasa fasa rekabentuk, fasa tender, fasa pembinaan, fasa pasca-pembinaan, fasa penyerahan kembali tapak - MALAH perlunya susulan semasa ianya beroperasi.