Artikel asal ditulis di FB Page Knowledge Management pada 19 November, 2011 (00:54)
Malaysia sudah terbabit dalam kejuruteraan aeronautik terutama oleh institusi pengajian tinggi selain kejayaan syarikat tempatan menjadi pengekspot komponen pesawat.
Namun bidang ini perlu dikembangkan lagi dan dipupuk di kalangan generasi muda supaya menceburinya.
Semenjak adanya Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa (LIMA) Langkawi dan pada tahun 2008 - Pameran dan Persidangan Inovasi Kebangsaan (NICE) serta lain-lain seumpamanya telah berjaya memupuk nilai kreativiti dan inovasi di kalangan masyarakat selain meningkatkan kesedaran masyarakat supaya Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang berinovatif dalam bidang aeronautik dan aeroangkasa bagi menghadapi cabaran masa depan.
Apa yang menarik ialah banyak institusi-institusi pengajian tinggi telah merekacipta produk aeronautik sendiri. Contohnya : Model Pesawat UAV Mosquito dan Sistem Teknologi Airbone Hyperspectral oleh UPM, Helikopter Rotorway Exec oleh UTM (UTM telah mencipta pesawat ringan semenjak 1993) dan lain-lain seumpamanya.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia juga mengambil langkah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan 11 buah institusi terkemuka tempatan dalam bidang kejuruteraan penerbangan. Langkah berkenaan sejajar dengan persediaan universiti bagi memperkenalkan program baru dalam Kejuruteraan Teknologi Aeronautik.
Malaysia berhasrat untuk muncul sebagai peneraju utama dalam bidang pengeluaran komponen pesawat, penyelenggaraan pesawat, avionik dan pembangunan modal insan pada tahun 2015.
Potensi untuk bidang aeronautik berkembang di rantau ini sangat memberansangkan. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun, industri penerbangan Asia Pasifik memerlukan 250,000 jurutera dan juruteknik penyelenggaraan pesawat terbang.
Peluang pekerjaan juga terbuka luas kerana pertumbuhan syarikat penerbangan swasta agresif sekaligus memberi lembaran baru kepada graduan dalam bidang ini membina masa depan.
Pertumbuhan pesat bidang aeronatik turut meningkatkan tenaga mahir secara mendadak seterusnya memenuhi hasrat kerajaan untuk memajukan industri ini di dalam negara.
Foto berikut adalah salah satu pesawat yang digunakan untuk tujuan latihan oleh Tentera Udara Di Raja Malaysia (Pilatus PC-7 MK II Turbo Trainer)
Komen balas