Wednesday, December 17, 2014

RAGAM MANUSIA HARI INI - SKETSA NIK ZAFRI

Assalaamu'alaikum wbr dan selamat sejahtera.

Manusia hari ini memang sangat suka percaya perkara yang belum dapat dipastikan kebenarannya. Dakwaan dan akuan sememangnya sangat suka dilakukan tetapi menunjukkan tanda-tanda yang menimbulkan kecurigaan dan keraguan. Berawaslah dengan perangkap yang dibina nampak seperti rumah yang cantik. Ramai sudah yang menjadi mangsa perangkap seperti ini. Akhirnya bila sudah gugur di medan perjuangan, barulah sedar bahawa usaha selama ini adalah mengikut ilusi dan nafsu - kerana selama ini disangkakan ianya adalah perjuangan menegakkan kebenaran. Berawaslah wahai sahabat-sahabatku. Segala yang bersinar dan berkilat itu bukan semestinya ada harga. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

Hari ini, saya lihat dan ada pengalaman tersendiri iaitu kebanyakan manusia yang suka mendakwa diri mereka lebih dari segi rohani atau jasmani atau kedua-duanya itulah manusia yang ingkar, jahat hatinya, suka berilusi, mendapat publisiti murahan dan buruk akhlaknya tetapi manusia spesi ini sukar untuk kita kenali kerana luarannya nampak begitu cantik sekali.

Berikut adalah antara peristiwa-peristiwa lucu :

1) Ada satu orang ni mengaku dirinya jutawan besar atau hartawan besar tetapi bila saya jumpa, saya lihat dia minum air sejuk jer kat Hotel 4 bintang (mulanya kat McD). Saya mengerling sekali imbas pakaiannya - tuxedo dengan tie...jadi rasa saya lain macam sikit tapi saya teruskan jua. (Nota : Tuxedo, biasanya dipakai dengan 'bow' dan bukan 'tie' kecuali jenis-jenis tuxedo tertentu yang mirip kepada lounge suite)

Lepas tu boleh lagi 'berlagak kaya' tu. Saya pun duduk dan pesan air sejuk dan mulalah dia membuka 'drawing' lapuk, kertas kerja yang lapuk dsb. dan mulalah bercakap besar. Menteri semua bertemu dengannya. Dalam hati saya, "mengalahkan Eli Najem nih".

Kemudian bertanya saya, "tak order makan ke?" - saya jawab sinis "tak perlu, kita nak discuss jer kan"

Kemudian dia dah boring dan mula bertanya "You nak buat ke tak nak buat projek ni?"

Saya pun jawab "You yang call saya atau saya yang call you?" Terus dia diam. Kemudian mood dia dah hilang, dia bangun dan bersalam dengan saya, terus keluar.

Semasa dia menanti di lobby, saya order 'medium rare sirloin steak' dan 'mixed fruit juice'. Sengaja saya tunjukkan padanya yang saya tengah makan dan dia ternampak di celah-celah cermin.

Sehingga sekarang tidak lagi saya bertemu dengannya.
-------------------------

2) Kisah kedua - seseorang datang dari luar KL - sememang saya dah kenal dgn manusia ini tetapi tidaklah rapat dengannya. Macai politik la ni - kira-kiranya.

Dia kata kat saya, dia ada projek sivil yang boleh dia masuk bertemu dengan PM. Dari 'first impression', saya sudah tahu - ada 'something wrong' dia ni.

Lalu saya terus mengikutnya ke Putrajaya tetapi saya yang memandu. Saya buat-buatlah macam tak kenal Putrajaya dan JPM. Sepanjang jalan, dia 'hint' saya bahawa 'saya kena bayar duit' baru boleh jumpa PM. Lalu dia membawa saya merata-rata tempat sampai tersesat ke sana sini. Saya masih diam. Masa tu, mulalah dia sms la, call kawan la dll.

Lalu ternampaklah dia akan JPM (Parcel B) - (chewah, konon-kononnya tahu la ni) Lepas tu dia suruh saya berhenti kat tempat parking dan berjalan kat pengawal. Saya tergelak kecil dalam kereta melihat dia berjalan terus ke dalam sehingga pengawal kena panggil suruh daftar. (Dia suruh saya nanti dalam kereta dan saya mengikut je sebab nak tengok sejauh mana 'permainannya')

(Info :  Parcel B adalah Kompleks JABATAN PM dan bukannya PEJABAT PM (kat Parcel A) - macamana pula saya tak tahu, saya terlibat dalam pembinaan semenjak 'pecah tanah' lagi akhir 90-an)

Saya lihat dia menuju ke D7 iaitu JAKIM. Lepas dia 'hilang dari pandangan', lalu saya menelefon seorang kawan di PEJABAT Perdana Menteri dan juga di JAKIM. Kedua-dua rakan bertanya saya, mereka tak kenal pun kawan saya ni malah bertanya kat saya :

"ini mesti Nik ni nak mengena orang - saya tahu lah perangai Nik ni..ini mesti orang nak 'pau'...aaah biar, dia tak kenal lagi siapa Nik ni"

Akhirnya muncullah kawan saya ni datang ke kereta, saya cepat-cepat tutup telefon. Lalu dia datang ke kereta memberitahu saya bahawa 'contactnya' perlukan 'wang saguhati' sebanyak RM400.00 kalau 'nak projek'. Saya tidak tahan lagi nak tergelak, lalu saya paksa dia naik ke kereta dan saya terus ke Precint 9 tanpa sebarang ragu-ragu. Sehingga dia hairan tengok saya macam biasa di tempat itu.

Setelah tiba di restoran mamak kegemaran saya, selepas memesan makanan, saya dengan terus-terang memberitahunya dengan nada yang bersahaja bahawa tempat yang dia pergi itu adalah JAKIM dan Jabatan Perdana Menteri - bukan Pejabat Perdana Menteri serta saya memberitahunya bahawa saya terlalu biasa dengan Putrajaya ni. Dia hanya diam dan akhirnya meminta saya menghantar ke stesyen komuter Kajang.

Sehingga hari ini, dia amat hormatkan saya.

-------------------------

Cukuplah dengan 2 kisah lucu ini. Masih banyak kisah lucu saya nak kongsikan agar kita jangan mudah percaya.
Saya ni bukannya apa sebab macam-macam manusia dengan karekternya ni...

Ibarat kata pepatah 'mat salleh' - saya ubah sedikit..

"It's this kind of business people who gives us (the genuine businessmen) a very bad name"

Walaupun begitu, seorang rakan pernah berkata 'wasting our precious time' jer...tetapi saya ni kadang-kadang 'kesian' kat mereka ni...They want to be someone, they want to be heard and seen, but the way they are doing it is so WRONG.

Siap ada 'pengikut' lagi tu...memang lucu. Yang 'memimpin' pun lucu, tetapi yang 'pengikut' lagi lucu. Yang saya hairannya, 'ada juga yang percaya tuh'...tak boleh kenal permata dgn kaca.Samalah kesnya dengan pengikut ajaran sesat.

Tetapi yang menjadi mangsa - yang paling saya kesihan tu. Habis semua duit mereka ditipu. Kalau yang ajaran sesat tu, habis harta dengan isteri pun dijualnya...MasyaAllah.

Jadi patutlah kalau kita kongsi pengalaman masing-masing semoga menjadi panduan. Janganlah percaya pada dakwaan, gunakan mata hati yang bersih untuk menilai, bukan mata hati yang dibutai oleh benda yang haram tetapi cuba dihalalkan dan dijustifikasikan.

One lie if told a thousand times will eventually becomes the truth...