Sebentar tadi ke Taman Greenwood - Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir di Pantai Timur (berhampiran dengan kawasan perhentian bas ekspres - di hadapan Shell Taman Greenwood) dan beberapa sukarelawan "Golongan Tidak Bernasib Baik - GTBB" untuk meninjau bantuan orangramai untuk rakyat Pantai Timur yang dikelolai oleh Encik Hazmi dan anggota RELA. Para sukarelawan termasuk Encik Hazmi sudah 6 hari berulang-alik untuk menghantar bantuan. Sudah lebih 90 jenis barangan telah dihantar dan dilihat masih belum mencukupi. Encik Hazmi kelihatan keletihan masih mahu melayan temubual ringkas dengan saya. Saya dengan ini merayu barangan-barangan berikut dapat didermakan/disumbangkan dengan seberapa segera :
- Pakaian dan selimut, Pampers, Beras 10 @ 5 kg, Air Mineral, makanan dalam tin, Makanan kering pelbagai, Ubatan, Powerbank, Barangan Mandian, Lilin, lampu suluh dll
(Juga terdapat permohonan agar bantuan ditumpukan ke Machang dan Tanah Merah - kerana setakat ini bantuan hanya tertumpu lebih kepada Kuala Krai, Gua Musang dll)

