Thursday, January 09, 2014

APA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH EKONOMI? - NIK ZAFRI

Bagaimana untuk memuaskan kehendak yang tidak berakhir dengan sumber yang terhad?


  • Apa yang baik perlu diutamakan berdasarkan kehendak dan bagaimana pembekalan dan bantuan dapat memuaskan kehendak yang tidak bernoktah
  • Kenalpasti jenis dan perbezaan kehendak manusia, utamakan kehendak dan susun produktiviti bagi memuaskan sebanyak mungkin kehendak yang termampu.
  • Tentukan apa yang hendak dikeluarkan atau berikan dahulu apa yang patut untuk memuaskan permintaan
  • Pastikan ianya selaras dengan belanjawan dan kuasa membeli yang berbeza-beza
  • Modal dan barangan adalah sama penting. Selaraskan antara keduanya.
  • Pengeluaran akan lebih cekap jika sumber diuruskan dengan baik.
  • Maksimumkan gunatenaga kerja tidak kira jawatan, jenis kerja, corak kerja dll.
  • Sistem percukaian yang tidak dirancang boleh menjadi penyebab kepada agihan kekayaan yang tidak seimbang.
  • Wujudkan suasana untuk sektor pengeluaran menjadi lebih kompetitif dan meraih keuntungan menerusi penstrukturan semula cukai dan subsidi di mana perlu.
  • Lindungi ekonomi dari pengaruh luar yang negatif menyusup masuk dengan pengaruh dasar-dasar yang boleh merosakkan ekonomi.
  • Strukturkan kembali cukai untuk industri terpilih seperti besi, pengangkutan, simen dsb.
  • Penekanan terhadap R & D adalah lebih baik dari pengeluaran produk yang tidak berguna dalam pasaran - dikeluarkan pula dalam keadaan tergesa-gesa.
  • Sektor Perbankan dan Kewangan yang tidak teratur akan menjadi sebab inflasi dan kemelesetan. Kawalan terhadap pinjaman/pembiayaan lebih penting dalam saat-saat kritikal dan bukannya menaikkan kadar faedah atau menstrukturkan kembali pinjaman yang sediada.
  • Mereka yang menyewa rumah perlu menukar sewa rumah yang banyak dibayar kepada pembelian rumah. Jadikan deposit sebagai pendahuluan. (Mungkin cadangan ini agak keterlaluan tetapi rasanya boleh dipertimbangkan)
  • Hentikan atau kurangkan penjualan aset kepada orang atau negara asing.
  • Hentikan atau kurangkan liberalisasi kewangan kepada pelabur asing. Terdapat laporan, ada di antara mereka bertanding secara tidak sihat sehingga merugikan industri tempatan.
  • Kurangkan perbelanjaan di luar kawalan terutamanya ke atas program dan inisiatif yang dibiaya oleh pinjaman luar.
  • Adakan dasar untuk mengurangkan penggunaan barangan impot
  • Lihat bagaimana negara lain berjaya membangunkan kekuatan industri dan cuba ambil contoh
  • Kawal imbangan defisit perdagangan. Kurangkan aliran keluar wang yang tidak kembali kepada kita. Wang yang tidak kembali boleh menyebabkan negara luar membeli syarikat-syarikat terbaik di negara kita.
  • Semak kembali perjanjian-perjanjian perdagangan atau memorandum-memorandum persefahaman kita dengan negara asing. Kadangkala terdapat undang-undang perdagangan luar yang tidak selaras dengan undang-undang kita menyebabkan perdagangan kita tidak konsisten dan tidak begitu adil.
  • Perdagangan bebas kadangkala menjadi satu permasalahan. Ianya perlu digantikan dengan perdagangan lebih pintar supaya ekonomi kita tidak mudah dimanipulasikan oleh pihak asing
  • Pengeluaran dalam negara kita lebih menguntungkan dari mencari kepakaran pengeluaran dari luar.
  • Pastikan kita tidak kehilangan industri percetakan, automotif, hiburan, besi, elektronik, pakaian dll kerana ini sedikit sebanyak boleh mengancam keselamatan negara dan standard kehidupan
  • Pastikan syarikat-syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia betul-betul mendatangkan keuntungan kepada pelabur - bukan hanya dalam beberapa hari selepas disenaraikan.