KDNK untuk Asia diunjurkan melebihi purata 6.2% pada tahun 2014. Faktor yang mempengaruhi angka ini ialah keadaan tidak menentu di Filipina, India, Indonesia, Thailand dan Taiwan - kemungkinan besar akan disebabkan oleh kekurangan peluang pekerjaan dan jurang pendapatan sebagaimana jangkaan Forum Ekonomi Dunia.
India diunjurkan akan berhadapan dengan sedikit penurunan ke KDNK 4.7%. Begitu juga dengan Filipina. Kerajaan India bekerja keras untuk mengimbangkan peluang kerja dan pembangunan industri. Di samping itu, Reserve Bank of India telah menurunkan Kadar Kemudahan Piawai Marginal -50 poin asas ke 9%.
Foto Bencana Alam di Filipina (Washington Post)
Walaubagaimanapun India dan Filipina berisiko dilanda bencana alam yang mungkin akan mengganggugugat aktiviti ekonominya.
Diunjurkan ekonomi Singapura dan Korea akan berlaku sedikit peningkatan manakala China, Hong Kong, Vietnam dan Malaysia tidak mengalami apa-apa perubahan yang ketara.
KDNK Malaysia diunjurkan 5% (Foto : boothopia wordpress)
'Shutdown' di Amerika Syarikat (US) mungkin akan membuka ruang antara Republikan dan Demokrat untuk berbincang kembali mengenai siling hutang negara. Namun Kongres mengambil langkah berjaga-jaga dengan sebarang keputusan. Dijangka kata putus perlu dicapai pada bulan Disember, 2013 atau pada 15 Januari, 2014.
Shutdown di US (Foto : bbc)
Jepun telah mengisytiharkan kenaikan GST ke 3% pada tahun 2014 dan bagi memastikan kestabilan ekonominya, lebih USD50 billion (5 Trillion Yen) pakej rangsangan telah diperuntukkan. Ini termasuklah siri pelepasan cukai dan rumah kos rendah.
Program 'bailout' di Eropah, Sepanyol, Greece dan Ireland berjalan agak lancar. Portugal pula mengumumkan pakej EUR 3.2 billion bagi mencapai sasaran defisit belanjawan bagi memastikan program 'bailout' nya akan berjaya.
Program Bailout (Foto : zerohedge)
China disasarkan akan berkembang KDNKnya hampir atau melebihi 7.8% setahun hasil pelepasan cukai dan pelaburan dalam industri 'railway'



